KARI KEMBONG BUAH MACANG .. Lauk berbuka lagi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..

KARI KEMBONG BUAH MACANG ...
Alhamdulillah semalam saya berpuasa lagi dan saya sediakan lauk ini untuk berbuka saya.

Setelah merasa KUINI KARI BAWAL  yang diberikan oleh anak saudara saya beberapa hari lalu memang terasa-rasa keenakkan nya.
Terasa di hati nak masak sendiri pula dan makan puas-puas.
Mana cukup hari tu bagi semangkuk saja..
Keh ! Keh ! Keh !

Keenakan kari ini ditambah dengan.
...Keharuman rempah kari.
...Keharuman kuini dan kemanisan nya.
Nyum nyum nyumm !

Lalu......
Bila ke pasar tempoh hari cari cari juga buah kuini, tapi yang ada hanya buah macang.
OK boleh juga lah !
Kan macang adik beradik dengan kuini dan ia mempunyai keharuman yang lebih kurang sama dengan kuini.
Saya sambar sebiji untuk dibuat kari.

Kebetulan ikan kembong pula segar-segar, jadi saya cuba satukan kembong dan macang dalam masakan kali ini.
Tapi untuk elakkan ikan hancur,  saya goreng terlebih dahulu lah.

Jom.. saya sertakan resepi nya saperti dibawah.

Bahan A (diperap 1/2 jam)
6 ekor ikan kembong yang bersaiz besar  (dibersihkan,  diasingkan kepala dan dikelar 3)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B (Bahan tumis)
Minyak untuk menumis
1/2 camca besar halba campur
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 biji bawang besar (di hiris nipis)

Bahan C (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
1 keping asam gelugor  (saiz besar) atau jus asam jawa
1 cawan air
sedikit garam

Bahan D
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air biasa

Bahan E
1 biji buah macang (dihiris menjadi potongan besar)
3 urat daun bawang (dikerat panjang ~ 2 inci)
1 biji tomato segar (dibelah 2)
6 biji cili padi hijau (menggantikan cili hijau)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan yang telah diperap sehingga 'hampir garing' (Tidak perlu terlalu garing), angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A, kacau selalu sehingga bawang bertukar keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan bahan C yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila rempah telah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan ia masak dengan perlahan sehingga menjadi pekat dengan minyak yang banyak bergeledangan didalam periuk. Teruskan memasak lagi selama 5 minit untuk memastikan rempah betul-betul masak.
Setiap 5 minit di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan D, sebatikan dengan rempah dan biarkan kuah mendidih semula.
6. Masukkan Ikan, bahan E  dan kecilkan api. Biar kari masak secara perlahan-lahan.
7. Siap dan boleh dihidangkan

Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.