SIZZLING MEE ... Panas-panas ! Yummmmmy......

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Sizzling mee ini saya sediakan pada hujung minggu lepas.
Terasa tekak ini teringin benar nak makan.
Kalau ke Tesco .. Suka dan 'ralet' tengok cara si-tukang masak menyediakan mee ini.
Dari satu pan ke satu pan..
Laku bebenor !!!

Tapi saya tak lah order sebab dah beli nasi kampung.
Pernah rasa sesudu-dua mee semasa anak saudara mengorder.
Sedap juga !

Jom kita masak sendiri lagi sedapp !!!
Hidangan adalah untuk 8 orang

Bahan A
1 kilo Mee Kuning * saya guna mee kuning saja (Alirkan air dan toskan)
8 biji telur
Sayur sawi
Cili padi 

Bahan B
1/3 cawan minyak untuk menumis
1 inci halia (dihiris tebal)

Bahan C
1 labu bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
1 sudu besar 'Penuh' udang kering (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar lada putih (ditumbuk halus)
1 cawan potongan daun sup
1 biji tomato segar (dibelah 8)

Bahan D
1 sudu makan Sos Cili 'Life'
1 sudu makan Sos Tiram
2 sudu makan Sos Ikan
4 sudu makan penuh gula putih
Kicap Lemak Masin Kipas Udang (menjadikan kuah sedikit bewarna)
Kicap Manis ABC (menjadikan kuah sedikit bewarna)
8-10 biji cili kering (dikerat 2)
1/2 cawan air

Bahan E
3 potongan dada ayam (dipotong kepada potongan kecil)
8 -12 cendawan butang kering (dibersihkan dan direbus sehingga lembut)
Air secukup nya sebagai kuah (Kuah tidak perlu terlalu banyak kerana mee ini kurang berkuah sangat)
1/2 kiub Pati Ayam
Sedikit garam

Bahan F (dibancuh)
2 camca besar penuh tepung jagung (Jika kurang pekat boleh lah ditambah sedikit lagi. Kerana kepekatan bergantung kepada jenama tepung. Kadang 2 camca dah cukup pekat)
1/2 cawan air

Cara-Cara Menyediakan Kuah
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halia bersama kesemua bahan C sehingga benar-benar garing dan kecut saperti gambar dibawah.


2. Masukkan kesemua bahan D dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan bahan E dan masak sehingga kuah kembali mendidih.
4. Bancuh bahan F sebelum dimasukkan kedalam kuah.
5. Siap.

Cara-Cara Menyediakan hidangan
1. Panaskan pan.
2. Masukkan mee kuning, sawi dan curahkan kuah yang telah dimasak.
3. Pecahkan telur dan biarkan sehingga kuah mengelegak dan telur separuh masak.
4. Siap dan boleh dihidangkan.

* Sedap makan panas-panas.

No comments:

Powered by Blogger.