'DAGING SUP' GORENG ...lauk dengan aroma sup dan digoreng wangi

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Lagi 7 hari kita akan menyambut bulan Ramadhan kan..
Tak sabar rasa nya
Bulan yang penuh keberkatan
Bulan yang mulia..

Mari lah kita lebihkan beramal  lebih dari hari-hari biasa
Banyak kan bersedekah ya..

Insya ALLAH saperti tahun tahun lalu, saya order 'bawang goreng' dari kawan kakak pupu untuk di sedekah ke masjid untuk penyediaan bubur lambuk.
Alhamdulillah tahun ini order lebih sikit kerana rancang nak tambah lagi 1 masjid.

Lagi banyak bawang goreng lagi sedap bubur lambuk !
Lagi-lagi bawang goreng ini keluaran baru... fresh dari kuali u!
Usaha orang-orang kampung dengan bimbingan 'Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang'


Jom kita tengok lauk yang saya sediakan semalam 'DAGING SUP' GORENG
Saya suka sangat lauk ini dengan aroma sup dan daging yang digoreng wangi...

Bahan A
400 g daging
1 camca besar serbuk rempah sup (saya guna keluaran 'Faiza')
1 camca teh lada putih (ditumbuk)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 inci halia
3 cawan air
sedikit garam

Bahan B
1/3 cawan minyak masak

Bahan C
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
5 biji cili  padi merah (dipotong menyerong)
1 biji tomato segar (dibelah 4)
sedikit kacang buncis
sedikit daun sup

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dalam kuali dan rebus sehingga air hampir kering dan daging empuk.  * Jika daging masih kurang empuk boleh ditambah air lagi dan pastikan rebus lagi sehingga air hampir kering.
2. Masukkan bahan B. Minyak boleh dikurangkan jika kurang suka berminyak. Goreng dengan api perlahan sehingga hampir garing.
3. Masukkan kicap Lemak Masin, Lemak Manis dan ratakan.
4. Masukkan bahan-bahan C yang lain dan goreng sebentar tapi pastikan jangan terlalu lama untuk memastikan kesegaran sayuran kita.
5. Siap dan bolehlah dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ..

4 comments:

  1. Sedapnyaa... mengancam... boleh try ni...

    ReplyDelete
  2. Dah try...sedap..semua suka daging yg siti mask..terima kasi untuk resepi..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.