BIHUN GORENG KICAP LEMAK MANIS ...Harum dengan Udang Kepal

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera semua ..

BIHUN GORENG KICAP LEMAK MANIS
Kurang pedas..
Memang menjadi kegemaran kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak memang penggemar kicap.
Saya dulu masa kecil pon suka kicap.
Asalkan ada kicap, makan laju saja.
Makan nasi dengan kicap berlaukkan ikan goreng pon boleh bertambah-tambah nasi.

Bihun ini saya tambahkan sedikit udang kepal atau dipanggil udang geragau untuk menambahkan lagi kewangian bihun.
Saya juga sediakan daging yang direbus dengan rempah 4 sekawan untuk menambahkan lagi selera semasa makan.

Kepada yang makan pedas, boleh lah taburkan sedikit cili padi.
Nak lebih pedas lagi.. kita guna cili padi yang merah tu.
Berasap telinga tapi boleh tambah lagi 3-4 piring tu
Ahaks !

Jomm...

Bahan A
1/3 bungkus bihun. kali ini saya gunakan bihun siam yang ber'urat halus (direndam 1/2 jam dan ditoskan airnya)

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar bersaiz besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar Udang Kepal

Bahan C
1 camca besar Cuka Makan
1 camca besar Sos Tiram
1 camca besar Sos Ikan
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang' secukup nya
Sedikit air

Bahan D
1/2 mangkuk kubis

Bahan E
Cili padi merah
Cili padi hijau
Limau Kasturi 
Daun bawang

Bahan F (direbus sehingga empuk dan dihiris nipis) 
Sedikit daging
1/2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
Air untuk merebus
* Saya tak masukkan garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu dan ber'aroma.
2. Masukkan bawang putih dan udang kepal. Goreng sehingga bawang putih bertukar keperangan.
3. Masukkan bahan C dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
4. Pastikan kuah mencukupi untuk mengembangkan/memasak bihun. Jika kurang boleh tambahkan sedikit air dan biarkan ia mendidih sebentar sebelum masukkan bihun yang telah ditoskan.
5. Ratakan bihun dengan kuah dan tutup tudung kuali. Perlahankan api sekecil yang boleh.
Biarkan bihun masak perlahan-lahan.
6. Setelah pasti bihun telah masak sempurna, masukkan sayur kubis, ratakan sekali lagi dan masak lagi selama 2-3 minit sebelum diangkat.
7. Tabur dengan bahan E dan F sebelum makan.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.