A

A

MEE SOTONG ... sedap yoo sampai licin kuah !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua...

Mee lagi ya ...
Kali ini mee Sotong pula !
Memang lama benar tak makan mee sotong

Mee ini saya sediakan beberapa hari lalu
Betul-betul sedap
Licin  yooo !

Sebelum-sebelum ini saya memang tidak suka masukkan udang kering dalam masakan kuah mee.
Bukan nya apa..
Pernah merasa masakan pemberian rakan yang mana udang kering nya tidak dimasak sempurna yang mana tak sesuai dengan selera saya.
Tapi semenjak dua menjak ini saya cuba masukkan sedikit tetapi saya goreng sehingga benar-benar garing.
Amboii sedap sungguh pulak !

Jadi pastikan udang kering digoreng sehingga benar-benar garing dalam masakan kita ya...



Untuk 8 orang makan

Bahan A
1 kilo Mee Kuning  (Alirkan air dan toskan)
Tauhu (digoreng seketika)
Semangkuk taugeh
Sayur sawi
Cili padi 
Limau Kasturi /Limau nipis

Bahan B
1/3 cawan minyak untuk menumis
1 labu bawang putih (ditumbuk)

Bahan C
2 biji bawang besar (ditumbuk)
1 sudu besar 'Penuh' udang kering (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 sudu besar lada putih (ditumbuk halus)
1 cawan potongan daun sup
1 biji tomato segar (dibelah 8)

Bahan D
1 camca makan Sos Cili 'Life'
1 camca makan Sos Tiram
2 camca makan Sos Ikan
4 camca makan 'penuh' gula putih
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Kicap 'Saus Manis ABC'
1/2 cawan air

Bahan E
8-10 ekor sotong yang bersaiz besar (dipotong kepada potongan kecil)
Air secukup nya sebagai kuah
1/2 kiub Pati Ayam
Sedikit garam

Bahan F (dibancuh)
2 camca besar 'penuh' tepung jagung (Jika kurang pekat boleh lah ditambah sedikit lagi)
1/2 cawan air


Cara-Cara Menyediakan Kuah
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga keperangan dan angkat.
2. Dengan menggunakan minyak gorengan bawang putih diatas, alihkan kedalam periuk, panaskan  dan tumis kesemua bahan C sehingga benar-benar garing dan kecut.
2. Masukkan kesemua bahan D dan biarkan sehingga terbit minyak kembali dan sedikit pekat.
3. Masukkan bahan E dan masak sehingga kuah kembali mendidih.
4. Bancuhkan bahan F sebelum dimasukkan kedalam kuah dan biarkan ia mendidih kembali.
5. Siap.

Cara-Cara Menyediakan nya Mee
1. Masukkan kuah secukup nya kedalam kuali dan biarkan ia mendidih seketika.
2. Masukkan mee yang telah dibasuh, sayur sawi dan biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan taugeh, balik-balikkan dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

* Sedap makan panas-panas.

No comments:

Powered by Blogger.