POTATO CHEESE BREAD PUDDING & MILO AIS ...Juadah hari ke-15 Ramadhan 1437 Hijrah




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua ...

Bebuka untuk hari ke 15 Ramadhan saya sediakan PUDING ROTI KENTANG CHEESE, dan GULAI UDANG TEMPE bersama minuman MILO AIS.

Beberapa hari lalu kakak ada berikan balasan roti kentang yang dibeli nya di Tesco kebetulan beliau baru balik dari membeli belah disana.
Asalnya saya menolak kerana isi rumah bukan pengemar roti sangat. Dah diberi juga kita ambil lah nanti kata jual mahal pula..

Makan tu adalah dalam 1 bun ja.. masih tinggal lagi lapan.
Risau pula takut expired.. membazir pula tambah-tambah di bulan Ramadhan ni.
Jadi semalam saya masak Puding Roti.
Alhamdulillah semua boleh rasa...
Termasuk sebahagian nya saya hantar ke 'Pondok Mengaji Ustad Bakar' kenduri berbuka disana.

Tiba masa berbuka bila dah rasa..
Amboiii sedap nya........... !!!
Lebih sedap dari menggunakan roti biasa-biasa  maklum Roti kentang ini ada sedikit cheese.





Bahan A
9 Bun Kentang
4 cawan susu 'Dutch Lady'
1 camca besar butter
1 camca penuh gula putih (gula tak perlu banyak kerana roti ini telah sedia manis

3 biji telur ayam
3 titis pewarna hijau 'Star Brand'
3 titis pewangi vanila
Sedikit kismis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Roti bun dipotong kepada kiub-kiub kecil.
2. Satukan susu, gula dan butter. Dan panaskan sehingga butter cair. * Tidak perlu mendidih. Angkat dan sejukkan.
3. Kocakkan telur ayam bersama pewarna dan pewangi vanila.
4. Apabila susu telah sejuk masukkan telur, ratakan dan tuang keatas roti dan ratakan sekali lagi
5. Biarkan roti terendam selama 10 minit.
6. Jika menggunaan tin pembakar, griskan tin dengan sedikit minyak. Tuang kedalam acuan/tin pembakar dan tabur dengan sedikit kismis.
7. Panaskan ketuhar kepada 180 C dan bakar secara 'Steam Bath' (Isi dulang pembakar dengan air biasa). Menggunakan api 'atas bawah tanpa kipas'
8. Masa pembakaran adalah selama 45 minit hingga 1 jam. Jika menggunakan acuan pie yang kecil, masa pembakaran lebih kurang 30-35 minit sahaja.
9. Cucuk pie untuk menentu yang ia sudah masak/beku. Tukar  api kepada 'atas sahaja tanpa kipas' untuk menjadikan bahagian atas pie sedikit garing dan keperangan selama 5-7 minit.


2 comments:

  1. Replies
    1. cuba lah ADDA. Simple ja resepi ni. Tapi yang penting alhamdulillah sedap

      Delete

Powered by Blogger.