BIHUN GORENG SINGAPORE .. sarapan sebelum puasa Ramadhan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

Selamat Berhujung minggu semua
Lusa In Sya ALLAH kita umat Islam akan mula berpuasa.

Jadi hari ini sesiapa yang tak berpuasa sunat atau ganti masih boleh bersarapan saperti biasa..

Sarapan apa hari ini ?
Tentu ada yang makan bihun goreng
Hari ini saya sediakan bihun goreng Singapore
Kebiasaan nya kalau masakan ini saya akan masukkan daging ayam
Tapi kali ini saya gantikan dengan udang hidup
Sedap !

Jomm...



Untuk 2-3 orang makan

Bahan C
1/3 bungkus bihun (direndam 1/2 jam dan ditoskan air nya)
10-12 ekor udang hidup
Lobak Merah
Sawi
Taugeh

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1/2 camca besar udang kering (ditumbuk halus)
1/2 cawan daun sup

Bahan C
1 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/3 kiub pati ayam
2 cawan air
sedikit garam

Bahan D
Cili merah/padi
Limau Kasturi
Bawang Goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga bawang putih dan udang kering garing; dan daun sup kecut.
2. Masukkan bahan C dan biarkan kuah mendidih seketika dan kering sedikit.
3. Masukkan udang dan biarkan kuah mendidih kembali.
4. Masukkan bihun, sawi, dan lobak merah. Ratakan, tutup tudung kuali dan perlahankan api seperlahan yang  boleh. Ini adalah untuk memastikan bihun masak dengan sempurna dan rata.
5. Sebelum angkat masukkan taugeh dan ratakan.
6. Tabur denan bahan D sebelum dihidangkan.

* Pastikan semasa meratakan bihun kita menggunakan garfu untuk mengelakkan bihun hancur / putus.

No comments:

Powered by Blogger.