MURTABAK MAGGI 'Aweera' ... Juadah hari ke-3 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum ..

Alhamdulillah dah masuk hari ke-3 kita hari ini
Menu berbuka tetap simple...

Gara-gara 'Ketuk-Ketuk Ramadhan' ini lah hasil nya
MURTABAK MAGGI dari cetusan idea penyanyi Aweera
Ala Aweera dari kumpulan 'Mojo' tu ...

Rancangan KKR ini memang selalu saya tunggu
Tepat 12.30 tengahari saya akan terpacak depan tv
Channel TV 1
hahaha ...
Suka sangat tengok gelagat dan celoteh Sheila Rossly dengan tetamu undangan nya
Sambil-sambil tu dapat idea apa yang nak dimasak nanti
Setakat ini dah beberapa resepi saya telah cuba termasuk resepi dari anak pelakon Aznah Hamid
Ala .. lupa pulak nama nya
ya... Sheera Iskandar
Nasi Daging
emmm ... sedap tu !!!

Jom kita tengok resepi Murtabak Maggi ini
Saya alter sana-sini mengikut apa yang ada dalam peti sejuk ya

Untuk 6 orang makan

Bahan A
2 bungkus Maggi Mee (Saya guna 'Kari Cili Api'. Kalau yang biasa pon boleh)

Bahan B
Sedikit minyak
1 ketul dada ayam (Dihiris kepada ketulan kecil)
Sedikit daging (Dihiris kepada ketulan kecil)
sedikit kunyit
3 ulas bawang putih (dicincang)
sedikit garam

Bahan C
1 paket perencah Maggi (Guna 1 paket saja)
1 1/2 biji bawang besar Holland (Dibelah 4 dan dihiris tebal)
4 biji cili padi (saya tambah lagi untuk lebih pedas)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 cawan potongan daun sup
1/2 cawan potongan daun bawang
7 biji telur ayam
* Tiada tambahan garam kerana perencah telah sedia masin

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan air dan celur maggi mee sehingga lembut dan toskan air nya.
2. Ayam dan daging diperap dengan sedikit kunyit dan garam;  digoreng dengan bawang putih sehingga masak dan ditoskan minyak nya.
3. Satukan kesemua bahan C bersama gorengan ayam/daging dan ratakan.

Bergantung kepada saiz kuali yang digunakan ...saya buat 3 kali masak
* Maggi tidak digalakkan dicampur terlalu lama dalam bancuhan telur untuk mengelakkan ia kembang.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
5. Satukan 1 bahagian maggie dan 1 bahagian bancuhan telur dan masukkan dalam kuali.
6. Guna api perlahan dan tutup tudung kuali untuk memastikan murtabak masak dengan sekata.
7. Alihkan bila pasti bahagian bawah telah bertukar keperangan.
Ulang langkah 4-7 sehingga habis.

* Selamat Berbuka Puasa

No comments:

Powered by Blogger.