MINI MURTABAK DAGING ...Juadah hari ke-8 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua

Dah masuk hari ke 8 kita berpuasa Ramadhan.
Kejap ja.. Pejam celik, Pejam Celik dah 8 hari
Menu berbuka saya dan keluarga.. saya sediakan Murtabak Daging.
Suka sangat sebab saya guna minyak sapi.
Beraroma dan sedap ! sedap ! sedap !

Yang beli mana depa nak letak minyak sapi
Mahal tu nak oiii.....

Murtabak beli dengan murtabak homemade memang tak sama
Yang dibeli kadang inti nya sikit saja.
Kalau buat sendiri macam macam boleh kita masukkan untuk penuhi selera kita

Ingat lagi....
Dulu kalau nak makan murtabak homemade emak akan menguli tepung kemudian mencanai atas belakang talam.
Tarik perlahan-lahan setiap tepi canaian tepung untuk memastikan tepung yang dicanai tidak koyak.
Tapi kadang tu koyak juga, tapi sikit-sikit lah..
Pejam mata ja lah sebab bila dah diletak inti dah tak nampak lagi.
Sedap tak terkata, maklum macam-macam ada dalam inti tu

Sekarang kalau nak buat murtabak dah senang dah.
Beli ja 'Spring Roll Pastry' aka 'Kulit Popia' yang dijual di pasarraya- pasarraya.
Balik cuma buat inti saja.
Mudahkan

Jomm... dah mudah dah ni ...
Bahan A
Spring Roll Pastry aka Kulit Popia

Bahan B
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 keping daging kisar 'Ramly'
Minyak sapi 'Ghee Blend' untuk memasak murtabak

Bahan C
3-4 biji telur ayam
2 biji bawang besar 'biasa/india' (dibelah 8 dan dihiris)
2 mangkuk hirisan sayur kubis
1 mangkuk hirisan karet
1 mangkuk hirisan daun sup
1/2 mangkuk hirisan daun bawang
1 camca teh lada hitam (ditumbuk)
8 biji cili padi merah (boleh kurangkan jika kurang gemar pedas)
2 camca besar tepung gandum (untuk memekatkan. Sayur kubis akan sedikit berair apabila semua disatukan)
3/4 kiub pati ayam
sedikit garam

Nota: * Mangkuk yang digunakan adalah mangkuk kecil yang biasa digunakan untuk mengisi 'sup nasi ayam'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan C dalam mangkuk besar.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan daging, jintan manis dan goreng sehingga air daging mengering.
4. Tuang kedalam adunan inti '1' diatas dan sebatikan.

5. Panaskan kuali leper / non stick pon boleh. Letakkan sedikit minyak sapi
6. Ambil sekeping 'spring roll' dan letakkan dalam pinggan leper atau boleh juga guna tudung periuk.
    Pastikan baki 'spring roll' ditutup dengan kain lembab untuk mengelakkan ia mengering.
7. Letakkan 1 camca besar inti ditengah tengah. 
    Jika inti sedikit berair tidak menjadi masalah kerana ia akan bersatu bersama sayuran lain apabila masak.
8. Calitkkan sedikit cairan inti pada keliling spring roll untuk melekatkan nya semasak melipat.
9. Lipat dan terus alihkan kedalam kuali leper. Pastikan bahagian lipatan berada dibawah ketika pertama memasak.
10. Alihkan jika pasti telah bertukar keperangan.

* Sedap makan panas-panas semasa berbuka.

se


No comments:

Powered by Blogger.