Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KEDERA GORENG 'BAWANG KICAP' ... Lagi ranggup lagi sedap !!!



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Ikan kedera memang sesuai sangat kalau digoreng.
Kebetulan semasa saya kepasar tempoh hari, banyak ikan kedera yang bersaiz besar
Dan masih segar-segar pula
Yang sedikit remeh kedera ini adalah sisik nya yang banyak
Tapi berbaloi kalau digoreng kunyit saja
Kalau nak masak kari pon sedap

Kalau dah digoreng, kita sediakan pula BAWANG KICAP dan kemudian taburkan sedikit cili padi.
Makan ber'ulamkan timun comel yang ranggup Krup-krup!
Memang sedap weiiii !!!

Jom...


Bahan A
1/2 kilo ikan kedera segar
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan B
Minyak untuk menggoreng
4 biji bawang besar (dihiris nipis)
6 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari
1/2 inci halia (dihiris memanjang)
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk)
Kicap manis 'Kipas Udang'
Kicap masin 'Kipas Udang'
Saus Manis ABC
Cili padi merah (optional)

Cara-Cara Menyediakan nya
IKAN GORENG
1. Ikan kedera dibuang sisik dan perut dan dibersihkan.
2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing dan angkat.

BAWANG KICAP
1. Menggunakan minyak goreng ikan (jika terlalu banyak boleh dikurangkan) panaskan ia kembali.
2. Tumis bawang besar sehingga terbit aroma dan layu.
3. Masukkan bawang putih, halia dan daun kari. Goreng sehingga bawang benar-benar layu dan kecut sehinggakan seakan ia melekat pada sudip.
4. Masukkan lada hitam, lada putih, saus manis ABC, kicap masin dan kicap manis. Lebihkan kicap manis berbanding masin.
5. Teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat sebelum diangkat.
6. Tabur dengan cili padi jika suka sebelum dihidangkan.


* FHA Selemak Santan

2 comments:

Powered by Blogger.