AYAM SAMBAL YOGURT ... kesukaan keluarga
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Hari ini tak nak celoteh panjang.. maklum Chinese New Year
Semua bercuti kan ...
Cuma nak kongsi resepi AYAM SAMBAL YOGURT.
Ayam goreng yang dimasak dengan kuah sambal yang pekat ini memang amat menyelerakan.
Jomm...kita terus masuk ke dapur!
Hari ini tak nak celoteh panjang.. maklum Chinese New Year
Semua bercuti kan ...
Cuma nak kongsi resepi AYAM SAMBAL YOGURT.
Ayam goreng yang dimasak dengan kuah sambal yang pekat ini memang amat menyelerakan.
Jomm...kita terus masuk ke dapur!
Bahan A (diperap 1/2 Jam)
1/2 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Bahan B
8 biji cili kering
10-12 biji cili padi merah (boleh dikurangkan atau digantikan dengan 5 cili merah biasa)
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam biji
1/2 sudu kecil lada putih biji
1 sudu kecil ketumbar biji
1 inci halia
sedikit air
5 ulas bawang putih
Bahan C
minyak untuk menumis
2 batang serai (di ketuk lebam)
2 camca besar yogurt
1 biji bawang besar (dibelah 8)
2 camca besar madu
sedikit garam
Cara-Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dan diperap 1/2 jam dan digoreng dengan api perlahan sehingga masak.
Pastikan tudung kuali ditutup semasa proses menggoreng untuk memastikan ke'mois'an ayam kekal.
Kita tak nak isi ayam menjadi keras.
2. Satukan kesemua bahan B kecuali bawang merah dan bawang putih. Kisar sehingga halus baru dimasukkan bawang merah dan bawang putih dan di kisar selama 2 saat stop, 2 saat stop dan 2 saat stop. Tujuan nya supaya bawang tidak terlalu hancur, hanya sekadar pecah-pecah sahaja.
Boleh juga ditumbuk jika mahu.
2. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan B yang telah dikisar tadi. Masukkan serai dan masak sehingga pekat dan terbit minyak.
3. Masukkan yogurt, sebatikan sehingga rata baru dumasukkan ayam yang telah digoreng tadi.
4. Masukkan bawang besar, madu dan perasakan dengan garam.
5. Apabila kuah mendidih semula barulah padamkan api dan boleh dihidangkan.
* Selamat Menjamu Selera ...
* FHA Selemak Santan
No comments: