NASI GORENG TOMYAM SPECIAL ... Yummy ! Sedapppp ! Terima Kasih !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .......

Alhamdulillah ...
Semalam dapur masih tak berasap lagi
Terima Kasih kerana menghantar NASI GORENG TOMYAM SPECIAL semangkuk besar
Memang sedap sangat-sangat !!!

Katanya pes tomyam yang digunakan tu dibeli di Padang Besar
Memang marvelous. Sedap !!!
Tambahan pula bahan untuk nasi goreng semua cukup lengkap
Dengan udang yang besar dan segar
Dengan Isi ayam yang berketul-ketul

Yang ketara....
Cara Memasak nya sedikit berbeza dari yang biasa saya sediakan
Dimana ayam dan udang akan ditumis terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma udang dan ayam goreng sebelum memasukkan bahan tumis yang lain saperti bawang.

Penggunaan bawang putih yang banyak juga menaikkan aroma nasi goreng tomyam ini.

Terima Kasih Daun Keladi
Nanti hantar lah lagiiiiiii !

Yummy !!!


Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
12-15 ekor udang besar
1 ketul dada ayam (dipotong kecil)

Bahan B
2 labu bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 batang serai (diketuk lebam)
4 tangkai /8 helai daun limau purut (dikoyak 2)
8 biji cili padi merah- optional (diketuk lebam)

Bahan C
1 camca besar pes tomyam
3 mangkuk nasi sejuk
Kacang Panjang
Bunga Kubis
Kubis
Sedikit garam

Bahan D
Hirisan Daun ketumbar
Jus Limau nipis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan isi ayam dan udang. Goreng sehingga terbit aroma dan isi ayam 1/2 masak.
2. Masukkan bahan B dan goreng sehingga bawang putih layu dan sedikit keperangan.
3. Masukkan pes tomyam, kacau lagi selama 1-2 minit dan terus masukkan bahan C yang lain. Perasakan dengan sedikit garam.
4. Sebelum angkat, tabur dengan hirisan daun ketumbar dan perahan jus limau nipis.
5. Siap untuk dihidangkan.

Yummy !!!

* Selamat Menjamu Selera ...


2 comments:

Powered by Blogger.