UDANG KERTAS GORENG GARING .... Sungguh Ranggup. Habis lah diet akak !!!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat !!!!

Hari ini saya sediakan UDANG KERTAS GORENG GARING
Kebiasaan nya udang kertas ini dimasak sayur ataupon digoreng bersama bihun atau mee.

Kali ini saya goreng kunyit saja
Tapi bukan sebarang goreng kunyit tauuuuu
Goreng kunyit yang betul-betul garing !!
Dan semerbau harum aroma udang satu rumah !!!
Lepas tu masukkan bawang besar, cili padi dan daun kari
Memang sedap !!!
Bertambah nasi akak 4 pinggan !
Makan lauk ini saja ............

Tak apa esok saya diet balik

Udang ini kalau tak nak buang kepala nya pon tak apa.
Tetapi yang ini saya dah buang.
Terlekat sekor dua yang masih berkepala
Tak jadi masalah
Ranggup licin dengan kepala-kepala sekali
hik hik hik !!!


Bahan A (diperap 1/2 jam)
1/2 kilo udang kertas (tak perlu dibuang kulit dan ekor. Kepala nya boleh dibuang atau tidak)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk menggoreng (dilebihkan dari biasa kerana kita akan goreng udang sehingga garing)
4 biji bawang besar
10-15 biji cili padi merah
2 tangkai daun kari

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan udang yang telah diperap.
2. Goreng sehingga udang benar-benar garing. Pastikan dikacau selalu untuk menjadikan ia garing sekata.
3. Ketepikan udang disudut kuali dan masukkan bawang besar, cili padi dan  daun kari.
4. Apabila bawang telah layu baru digaul ia bersama udang.
5. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...

* FHA Selemak Santan

4 comments:

  1. Makan dulu, Puan. Diet belakang kira. Tu yang selalu PH buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PH, Kalau dah tak sihat, bagi apa pon dah tak berselera ...

      Delete
  2. Tak aci makan sorang... sedap tuuu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.