Sila Click sini ya... Terima Kasih !

TEMPE SAMBAL PETAI DAUN SELASIH ... sambal yang beraroma dan cukup sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Kepada peminat tempe yang sukakan masakan sambal petai boleh cuba resepi ini
TEMPE SAMBAL PETAI DAUN SELASIH
Saperti sambal-sambal yang lain cuma kita tambahkan daun selasih untuk mendapatkan rasa sambal
yang lagi umphh !!! sedap !!!

Juga menggunakan limau kasturi menggantikan jus asam jawa !

Jom...


Bahan A
sedikit minyak untuk menggoreng
3 keping tempe

Bahan B (diblend halus)
1 biji cili merah
8 biji cili padi merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit belacan

Bahan C
1/2 mangkuk kecil ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 mangkuk isi petai
2 biji limau kasturi
2 tangkai daun selasih
1 camca besar gula putih
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Tempe di potong kepada kiub-kiub kecil dan digoreng sehingga keperangan/ranggup. Angkat dan toskan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan B sehingga terbit aroma.
3. Masukkan ikan bilis, gula dan masak dengan api perlahan sehingga kuah sambal menjadi pekat.
4. Apabila sambal telah pekat masukkan jus limau kasturi, tempe, isi petai, daun selasih dan perasakan dengan garam.
5. Biarkan selama 7-10 minit supaya semua sebati dengan sambal sebelum diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...
* FHA Selemak Santan

1 comment:

  1. Sedap ni, Puan! Saya teringin sangat nak cuba :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.