SET NASI TOMATO





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni sabtu hari cuti bagi kebanyakan sektor pekerjaan, tentu ada yang luangkan masa untuk memasak yang sedikit special kan .....

OK lah menu hidangan saya hari ni 'Nasi Tomato' bersama 'Ayam Masak Cabai' (Resepi Kegemaran Emak yang sangat sedap) dan 'Tumis Acar Nenas'.

Jom kita semak RESEPI ...

NASI TOMATO

BAHAN A
1/2 sudu makan Minyak sapi GHEE BLEND
1 sudu makan penuh butter
3 ulas bawang merah (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
2 batang kulit kayu manis

BAHAN B
1/2 cawan Tomato Puree KIMBALL
1 cawan susu cair
6 cawan air
sedikit garam
4 helai daun Pandan

4 cawan beras Brasmathi (Tidak payah direndam dahulu)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak sapi dan butter didalam kuali
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang bertukar keperangan.
3. Pindahkan semua bahan tumis bersama minyak kedalam Rice Cooker.
4. Masukkan bahan B dan masak sehingga mendidih. (Pastikan jangan terlalu lama kerana air akan berkurang)
5. Masukkan beras, kacau sedikit dan biarkan nasi masak dengan sempurna sebagaimana biasa.
-----------------------------
AYAM MASAK CABAI

BAHAN A
3/4 cawan minyak masak
3 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
4 tangkai Daun Kari
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis memanjang dan nipis)
8 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)

BAHAN B
30 biji Cili Kering  (Direbus dan di mesin halus)
4 batang Serai (diketuk lebam-lebam)
Lengkuas sebesar 2 ibu jari (diketuk lebam-lebam)
3 Tomato biji (dibelah 2)
2 Asam keping
Garam

BAHAN C
Ayam 1 ekor + sedikit kunyit + garam (digoreng 3/4 masak)
(Tutup tudung kuali semasa menggoreng supaya ayam masak di dalam dan lembut diluar)

BAHAN D
2 helai Daun Kunyit (dihiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar.)

Cara-cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak.
4. Masukkan air sedikit(sedikit aja tau..) supaya ia berkuah kembali dan biarkan sehingga ia mendidih semula.  (NOTE: Kuah yang cair kurang sedap)
5. Masukkan ayam, bahan D dan perlahankan api supaya kuah berpalut pada ayam perlahan-lahan.
6. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi dan boleh terus diangkat.
---------------------------------------
TUMIS ACAR NENAS
1 biji nenas (dibelah 4 dan di hiris sederhana tebal)

BAHAN A
Sedikit Minyak utk menumis
1 sudu besar biji sawi
Sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 kuntum bunga lawang
3 batang Kulit kayu manis

BAHAN B
3-4 sudu besar penuh Gula Putih
5 sudu besar cuka makan
sedikit air (sikit aja)
Sedikit Kunyit
1 biji cili merah (hiris tebal)
Garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga bawang bertukar keperangan.
3. Masukkan Semua Bahan B dan biarkan mendidih sedikit
4. Akhir sekali masukkan Nenas.
5. Masakkan ~ 3 minit lagi dan terus angkat.

* Selamat menjamu selera .....

2 comments:

  1. Kalau masak resepi warisan bonda memang sedapkan... tak ada tolok bandingannya!

    ReplyDelete
  2. MINIMAL DEPOSIT YANG SANGAT TERJANGKAU, MENYEDIAKAN BERBAGAI FASILITAS DIDALAMNYA

    • Permainan Terlengkap

    • Layanan Customer Service Online 24Jam nonstop

    • Pelayanan Super Ramah, Profesional, Teraman & Fast Respon

    • Menerima Deposit Via All Bank Lokal Indonesia

    • Menerima Deposit Via Pulsa Telkomsel & XL

    • Menerima Deposit Via Ovo

    Tunggu Apalagi? Daftar sekarang juga Di Zeusbola


    INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
    WHATSAPP :+62 822-7710-4607




    ReplyDelete

Powered by Blogger.