KERABU TELUR DADAR


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  semua ...

Hari ini saya nak kongsi  resepi 'Kerabu Telur'.  Ehhh ! Kerabu ke ???
Emm.. lebih kurang juga la macam kerabu. Kerabu yang simple tapi Sedap sebab telur didadar tidak menggunakan minyak tetapi digantikan dengan butter. Suka aroma butter dalam telur ni...

Jom kita semak RESEPI ....

BAHAN A
Sedikit butter

BAHAN B (Dicampur semua sekali dan dikocak-kocak)
4 biji telur ayam
1 sudu teh lada putih 'Aji-Shio'
sedikit garam

BAHAN C
3 urat kacang panjang (dipotong pendek dan menyerong)
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
5 biji cili padi (dipotong nipis)

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan B dicampur semua sekali dan di-kocak.
2. Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter, sekadar supaya telur tidak melekat pada kuali.
3. Dadarkan Bahan B. Pastikan tidak terlalu nipis kerana iar akan menjadi kering jika dah masak.
4. Setelah masak, angkat dan hiris nipis-nipis.
5. Campurkan telur yang dihiris dengan Bahan  C. Siap.

* Selamat menjamu selera .....


3 comments:

  1. Maam2 boleh dikerabukan ye Faudziyah... kreatif!

    ReplyDelete
  2. Masak yang simple-simple aja... janji boleh buat lauk. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ayo Tunggu Apa Lagi, Segera Raih Kemenangan Besar Anda Hanya di ZeusBola Selaku Pusat Bandar Judi Online Terpercaya Dan Terbesar di Asia.

    ADA PROMO TERBARU DAN MENARIK!

    JANGAN SAMPAI KETINGGALAN!

    Segera Daftar Dan Dapatkan Jackpotmu Di Zeusbola!


    INFO SELANJUTNYA SEGERA HUBUNGI KAMI DI :
    WHATSAPP :+62 822-7710-4607


    ReplyDelete

Powered by Blogger.