Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.....
ALHAMDULILLAH kita dipanjangkan umur dan berjumpa bulan Ramadan sekali lagi, bulan yang penuh keberkatan ini. In Syaa ALLAH saperti bulan-bulan yang lepas, cuba penuhi masa-masa dengan lebih beramal ibadat ya....
Apa Juadah berbuka ???
Emmm....... Juadah untuk berbuka tu kalau boleh biarlah ala kadar saja, tak perlu lah membazir.
Biasa lah kalau perut tengah lapar tu tengok apa pon semua nak. Tengok tu nak, tengok ni nak.
Kalau pi pasar ramadan tu tangan kosong.. dompet penuh, tapi bila balik emmmm...dompet dah kureng... tangan pula penuh jinjing-jinjing makanan.... hehehe
Tapi alhamdulillah setakat ini, saya kalau nak beli atau masak sesuatu, saya akan fikirkan beberapa kali, kalau buat dalam kuantiti banyak tu habis tak ? Kalau tak habis, cuba kurangkan adunan supaya cukup-cukup aja.
Lauk pula memadai 1 jenis dah cukup. Habis-habis banyak pon 2 jenis aja.
Kuih pula kalau tak ada tak apa, kalau ada alhamdulillah.. sebiji dah cukup.
Yang penting masa nak berbuka tu mesti ada nasi dan air .... hehehe
OK lah tak nak berceloteh panjang, hari ini saya nak kongsi resepi Kuih cara manis yang Teramat.. ... lah lembut sekali. Masih lembut walau pon dimakan setelah ia dah sejuk. Amat sesuai kalau buat untuk berbuka nanti.
Cara nya amat mudah, masukkan 3 camca besar minyak masak kedalam adunan dan blend semua sekali.
Jom kita semak RESEPI....
BAHAN A (Campurkan semua dibawah dan blend)
... sukatan guna cawan kopi yang biasa tu ya... bukan nya Mug
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur (kalau kuih melekat/ susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air daun pandan (dari 3-4 helai daun pandan).... (1 cawan + 1/2 cawan)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
BAHAN B
Gula putih
BAHAN C (Untuk sapuan pada dasar loyang)
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan acuan Kuih cara.
2. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung.
3. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan... hampir-hampir penuh (lebih dari 3/4)
4. Biarkan seketika <> 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit.. barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan.
5. Tutup dengan tudung periuk.
6. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.
* Selamat berbuka puasa .....