Tuesday, 31 December 2013

KUBIS GORENG Banjir Udang


Assalamualaikum semua..

Resepi kali ini disajikan pula oleh Chef Ipin. 

Dapur saya tak berasap lagi lah nampak gaya nya
 ...hehehe syok nya

BAHAN A
Sedikit Minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)

BAHAN B
1 kilo Udang yang bersaiz besar

BAHAN C
Sayur Kubis 
sedikit lobak merah
1 sudu teh perencah 'Maggie Cukup Rasa'
sedikit garam

BAHAN D
2 biji telur ayam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang menjadi kekuningan.
3. Masukkan Udang dan goreng sehingga 1/2 masak.
4. Masukkan bahan C dan teruskan menggoreng.
5. Akhir sekali sebelum angkat masukkan bahan D.

* Selamat menjamu selera ...



Monday, 30 December 2013

SAMBAL TUMIS Bilis Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom kita layan resepi dari Chef Jannah yang amat mengancam selera saya !

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

BAHAN B (dimesin halus)
sedikit belacan
30 biji cili kering (direbus dan ditapis)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

BAHAN C
sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula putih
1/2 kiub Ikan bilis KNOR
sedikit garam

BAHAN D
6 biji telur ayam (direbus dan dikopek kulit)
1 biji bawang besar

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A.
2. Apabila bawang telah sedikit garing, masukkan bahan  B dan C. 
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak yang banyak.
4. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan D.

* Selamat menjamu selera ...



Saturday, 28 December 2013

GULAI SELAR KUNING Kacang Bendi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Menu saya hari ini Gulai Ikan
Simple aja kan .....

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas

BAHAN C
15-20 ekor Ikan selar Kuning
1 gelas air (menggantikan santan)

BAHAN D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
2 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji
15 biji kacang bendi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak.
* Setiap 5 minit pastikan rempah dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan air (hari ini saya tidak menggunakan santan) dan kacau lagi supaya rempah sebati dengan air.
5. Masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
6. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali barulah diangkat.

* Selamat menjamu selera ....


Thursday, 26 December 2013

SAMBAL SARDIN Cili Burung..... yang Umphh !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ....

Tentu anda pernah makan sambal sardin kan ?
Nak masak pon senang, tak payah siang-siang ikan ...
Rasa pon sedap

Mengikut selera saya....
Sambal Sardin yang menggunakan CILI PADI... rasa nya emmmm lebih sedap dari Cili KERING.
Pertama kali saya rasa semasa bulan puasa baru-baru ini, beli dari gerai SU berhampiran pejabat. Terus terpikat ...

Jom cuba !

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih  (Ditumbuk)
1 biji bawang besar  (Ditumbuk)

BAHAN B (Dimesin halus)
30-40  biji cili padi kampong
6 biji cili kering
sedikit belacan

BAHAN C
1 tin Ikan Sardin
2 biji limau kasturi (Di ambil jusnya)
2 biji bawang besar (dipotong tebal)
sedikit garam

Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang sehingga bertukar keperangan.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak.
3. Masukkan bahan C dan teruskan memasak dengan api perlahan sehingga mendidih semula. Boleh lah diangkat.
4. Semasa makan, taburkan sediki hirisan bawang putih jika suka.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 24 December 2013

KEK LAPIS SARAWAK... Seri-Kaya


Assalamualaikum semua....

Filem P. Ramlee kan banyak kali diulang tayang kat TV

Macam tu juga resepi ni..resepi ulang tayang aja..
kepada yang terlepas ....

hehehehe....

RESEPI (untuk loyang 8 x 8)

BAHAN A
Gula Halus 100 gram
Serikaya 200 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram

BAHAN B
Telur 10 biji (Gred A)

BAHAN C
Tepung Hong Kong 270 gram

Cara-Cara Mengadun
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan maksima
2. Masukkan telur (sebiji sebiji) dan pukul lagi juga dengan kelajuan maksima
3. Masukkan Tepung Hong Kong dan adun perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bahagikan kpd 3 bahagian dan warna kan merah, kuning dan hijau


Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang kecil (api biru).
* saya pakai dapur Kek Lapis yang mengunakan gas 
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

* Selamat menjamu selera .....



Saturday, 21 December 2013

LIMPA GORENG Berjintan-jintan ...



Assalamualaikum semua...

Jom kita kedapur jenguk-jenguk resepi lauk hari ini ... simple aja.


BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (Diperap 1/2 jam)
Limpa (anggaran 400 gram)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1/2 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam

BAHAN C
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
kicap masin
1 sudu teh perencah 'Maggie' secukup rasa
15 biji cili padi 

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B.
2. Tutup kuali supaya limpa masak sempurna didalam dan tidak menjadi keras / liat
3. Apabila  hampir masak, masukkan bahan C. Gaulkan seketika dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...


Tuesday, 17 December 2013

PUFF RANGGUP Berinti Ayam



Assalamualaikum semua

Makan puff lagi .....
tapi kali ini berinti Ayam pula ...

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
10 keping Puff Pastry

BAHAN B (Inti)
1 sudu besar minyak utk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
Isi Ayam (dipotong kecil)
1/2 sudu makan rempah kari Daging 'Babas'
1/4 kiub Daging Ayam 'Knor'
2 biji Ubi  kentang (dipotong kiub)

1 biji bawang besar (dipotong kuib)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk )
1 sudu besar Gula

BAHAN C (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
2. Masukkan ubi kentang, isi ayam, lada hitam, rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga rempah pekat dan bersalut pada ayam.
3. Masukkan kiub Knor dan garam.
4. Sebelum angkat masukkan bawang besar, gula dan daun sup.

Cara-Cara Membalut:-
1..Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.

* Selamat menjamu selera ..


Monday, 9 December 2013

Oh My.... ... Pavlova.. Pavlova


Assalamualaikum Semua...

Jom layan Pavlova..
Memenuhi permintaan anak saudara ...
Pertama kali buat selepas geledah dapur CMG  dan Bisousatoi ... terpikat sudah !
Terima Kasih kerana Share Resepi dan teknik-teknik membuat nya.

Kepada yang belum pernah merasa....
emmm... based nya cukup ranggup .. se ranggup-ranggup nyaa  lah
sedap dimakan segera...
Ranggup !, Manis ! Masam ! Sejuk ! Nyamannnn... semua ada

BAHAN A (Base) Anggaran 28 keping
Based boleh dibuat awal
150 gram putih telur (anggaran 5 biji telur)
3/4 cawan gula kastor atau 150 g (boleh juga gula kasar dan dimesin halus)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan

BAHAN B
3/4  cawan Whipping cream
Buah-buahan Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Peach

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 150C
2. Sediakan kertas minyak, buat bulatan dengan menggunakan pensil. Saya mengunakan acuan pie yang besar  untuk melukis bulatan. kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova.Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. 
4. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata menggunakan spatula. Jangan terlalu lama.
5. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel  jenis bulat.... Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Buat sehingga habis. 
6. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven.  (Rak kedua dari bawah, api atas dan bawah / tanpa blower). Dah masak simpan dalam balang.

Untuk dihidangkan
7. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

Gambar kurang memuaskan kerana di ambil pada malam hari



Saturday, 7 December 2013

TOMEH CABAI ...Bebola Daging


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni nak share resepi Bebola daging Product /keluaran Jenama Ramly.
Selama ini memang saya tak tahu pula yang Ramly ada keluarkan Bebola Daging, 
Saya beli minggu selepas semasa ke pasaraya Giant... rancangan asal  nak buat bihun sup bebola daging bila-bila nanti ......
Sedap juga kan

Entah macam mana nak cuba sedikit kelainan, saya masak Tumis cabai.
emmm... sedap

Enak dimakan dengan nasi putih panas-panas...
Kalau makan dengan nasi tomato pon sedap juga

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
Minyak untuk menumis
1 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
2 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)

BAHAN B
30 -35 biji Cili Kering (Bergantung kepada saiz cili)  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
3 batang Serai (diketuk)
1 sudu makan Tomato Puri
Garam

BAHAN C
15 biji Bebola Daging

BAHAN D
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2-3 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak hingga cili naik minyak.
4. Akhir sekali masukkan bahan D. Kalau nak letak sedikit kicap Masin KIPAS UDANG pon boleh.
5. Siap boleh dihidangkan

* Selamat menjamu selera .....


Thursday, 5 December 2013

CUCUR BAWANG.. SOS CILI BAWANG




Assalamualaikum semua...

Beberapa hari kebelakangan ini begitu sibuk sekali.
Sibuk dengan projek yang perlu disiapkan segera. 
Dapat tahu pula tu last minit.. !

Kerja-kerja yang dirancang terlebih awal... terpaksa ditolak ketepi sekejap
Perancangan awal.. perjumpaan dan perbincangan dengan vendor yang nak datang ke Malaysia semata-mata untuk perbincangan projek terbaru juga terpaksa ditunda 2 minggu kedepan.

Memang betul-betul beri keutamaan untuk menyiapkan projek SEGERA ini !

Alhamdulillah !
Comitement yang diberikan projek team patut di beri PUJIAN.
Internal dan User testing berjalan lancar tanpa masalah.
User pula beri penuh kerjasama!
Semua nya Siap mengikut perancangan !

ALHAMDULILLAH !!! 
ALHAMDULILLAH !!! 
ALHAMDULILLAH !!!

KAMI SEMUA DAH BERSEDIA !
Bila-bila masa saja boleh LIVE !

Eh eh eh  ...dah melalot pula...
nak lepaskan sedikit perasaan tu....... 

Jom kita kedapor...
Kita goreng Cucoq Bawang ..yang lembut....

CUCUR BAWANG

BAHAN A
1.5 cawan tepung gandum
1 cawan tepung cucur Udang 'Adabi'
air + sedikit garam

BAHAN B
2 genggam taugeh segar
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
15 ekor udang hidup
sedikit kucai (dipotong 1 inci panjang)

Cara-Cara Mengadun
1. Satukan bahan A dan gaul sehingga rata.
2. Masukkan bahan B dan gaul lagi
3. Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan cucur tenggelam semasa meggoreng

SOS CILI BAWANG
BAHAN C
 (Gaul semua bahan yg di bawah dan terus dihidangkan)

15 biji Cili Kering (Direbus sehingga lembut, ditapis)
 Cili diatas  + sedikit belacan + garam (Tumbuk. JANGAN ditambah air. Biar sedikit pekat, kalau nak tambah air, pastikan guna air asam jawa di bawah)
Sedikit asam Jawa sebesar duit 10 sen + 2 sudu besar Air
3 sudu besar penuh Gula Putih
6 ulas Bawang Kecil (dihiris nipis-nipis)

*Pastikan Kuah Cili yang terhasil adalah yang pekat.

* Selamat menjamu selera .....