Monday, 28 July 2014
Sunday, 20 July 2014
PUDING 'MATAKUCING' nyum nyum nyum nyaman....
Assalamualaikum semua
Hari ni dah masuk 22 hari kita berpuasa.
sekejap saja masa berlalu
sedih pula kerana tak lama lagi Ramadan akan meninggalkan kita...
emmm...sedih
hari ni saya postkan entry puding yang saya sediakan semalam,
awal nya rancang nak buat air buah mata kucing saja
aleh aleh teringin pula nak makan puding
tengah-tengah malam, paksa Pakcik Google carikan resepi.
walaupon keletihan kerana baru saja sampai penang dari kl..
5 jam perjalanan amat meletihkan
Tapi sebab teringin sangat, paksa juga mata untuk celik dalam tidur...
cari resepi...
Pandai pula Pakcik Google mencari.......
rumah pertama dituju terus kedapur Masam Manis.
apa lagi terpikat sangat ...
terima kasih Azlita.
Jom kita semak resepi yang saya ubah suai sukatan mengikut selera saya
BAHAN A
7 gram agar-agar tali + sedikit air
BAHAN B
1 liter air (~ 1 kg kalau timbang)
100 gram gula
8 helai daun pandan
Pewarna kuning
BAHAN C
40 gram isi buah mata kucing (dimesin 2/3 hancur)
BAHAN D
1 sudu besar biji selasih (dibasuh dan direndam sekejap)
Cara-cara memasak
1. Satukan bahan A dan masak sehingga agar-agar cair
2. Masukkan bahan B dan teruskan memasak sehingga gula larut.
3. Tapis dan masukkan bahan C dan D.
4. Masak selama ~ 5 minit lagi (tidak perlu sampai mendidih)
5. Sejukkan sedikit sebelum dimasukkan kedalam gelas
6. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang nya 1 jam.
* Selamat berbuka ....
Wednesday, 16 July 2014
PAJERI RAMBUTAN
Assalamualaikum semua...
Sayang tengok buah rambutan luruh banyak ditepi dapur.
Nak panjat, tak reti
hehehe.......
Setakat kait yang bawah-bawah tu ok lah
tu pon jenuh ....
dari terbuang macam tu saja... buat pajeri pon sedap kan.
sedap makan dengan ikan masin.
saya gu kan dengan ikan talang cili bawang saja.
SEBAB....
ikan tu saja ada dalam peti ais....selain ikan bilis
Buat lebih sikit, untuk diberi pada jiran dan penghuni Pondok Mengaji.
Alhamdulillah
sedekah dibulan puasa
Jom kita semak resepi ....
30-35 Buah Rambutan (Boleh dilebihkan jika suka)
BAHAN A
Minyak masak
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
2 batang Kulit Kayu Manis
2 Tangkai Daun Kari
1 biji bawang besar (Hiris nipis)
3 ulas bawang Putih (hiris nipis)
1 inci Halia (Hiris memanjang)
BAHAN B
3 sudu besar penuh Rempah Kari DAGING
1/2 sudu besar Lada Hitam (Tumbuk halus)
1 1/2 sudu besar Udang Kering (Tumbuk lebam-lebam saja)
1 sudu besar Kerisik
3 cawan air
Garam
BAHAN C
5 sudu besar penuh gula putih
1 cawan air atau santan cair (saya tidak menggunakan santan dalam masakan ini)
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Masukkan Bahan A dan goreng sehingga wangi dan garing.
3. Kemudian masukkan Bahan B.
4. Besar kan api dan biar kan ia mendidih selama 5 minit. Kemudian kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan rempah masak
Pastikan sentiasa kacau supaya rempah tidak hangit atau berkerak.
5. Selepas terbit minyak, masukkan Bahan C dan kacau. Biarkan ia mendidih kembali.
6. Akhir sekali masukkan rambutan dan biarkan kari mendidih perlahan-lahan <> 10 minit dan terus diangkat.
* Selamat berbuka puasa
Monday, 14 July 2014
DALCA SAYUR TUMIS DARAT ....harummmm
Assalamualaikum...
Juadah iftar hari ke 15 ini dimasak oleh anak saudara saya Siti Nurul Jannah.
Memang sedap...
Aroma dalca ini memang harummmmm...
sedap ke tak sedap ? ... haaaa sampai bangun sahur beberapa kali semata-mata nak makan dalca ini.
Kalau ada roti pon sedap juga
Jom kita semak resepi
BAHAN A
1 sudu besar penuh Rempah kari Daging
1 sudu teh kunyit
1/2 kilo daging
segenggam kacang dhal (direndam semalaman dan dibasuh. Jika terbeli dhal yang keras, mesin/tumbuk hancur terlebih dahulu)
Air untuk merebus
BAHAN B
Santan Pekat (1 mangkuk)
2 biji ubi kentang
2 biji terung
1 kiub KNOR 'DAGING LEMBU'
garam
BAHAN C
1 batang Lobak merah
10 kacang panjang
4 jangung muda
BAHAN D (* menjadikan aroma dalca amat harum sekali)
2 camca besar minyak sapi GLEEBLEND
8 ulas bawang kecil merah (dihiris nipis)
halia sebesar ibu jari (dihiris nipis dan memanjang)
2 tangkai daun Kari
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
sepokok daun sup (dipotong~ 1inci)
BAHAN E
3 biji cili merah/cili api (Di hiris halus)
2 ulas bawang putih (Di hiris halus dan memanjang atau nipis)
2 tangkai daun sup (Di potong kecil)
Cara-Cara Memasak
1. Rebus Bahan A selama ~ 2 jam atau sehingga kacang dhal dan daging empuk.
2. Masukkan Bahan B. Perlahan kan api supaya santan tidak pecah minyak.Masak sehingga santan hampir-hampir mendidih
3. Masukkan Bahan C. Masak ~ 5-10 lagi. Pastikan sayur tidak terlebih masak dan boleh diangkat.
4. Dalam kuali yang lain, panaskan Minyak sapi Gleeblend.
5. Masukkan Bahan D dan goreng sehingga bau harum dan bawang kekuningan.
6. Terus masukan gorengan ini bersama-sama minyak sapi...kedalam periuk DALCA (3) di atas.
7. Semasa nak makan, taburkan bahan-bahan E diatas 'DALCA' tadi.
* Selamat berbuka puasa ...
Sunday, 13 July 2014
MEE HAILAM UDANG ... hari tanpa nasi
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua....
Semalam saya sekeluarga berbuka dengan Mee Hailam.
Masak 5-7 minit sebelum berbuka
Sedap makan panas-panas.
Layan ini saja...
hari tanpa nasi....
BAHAN A (Pastikan di tumbuk. Bukan nya dikisar)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
BAHAN B **
1 pokok daun saderi/sup (di potong <>1 cm)
1 sudu besar Lada hitam (ditumbuk)
BAHAN C **
Kicap manis 'Kipas Udang'
3 sudu besar Sos Tiram
Sedikit garam (Jika kurang masin)
1 kiub KNOR 'Daging Lembu'
Air rebusan udang dan kulit udang (Rujuk cara menyediakan nya BAHAN D)
Tambahan air, jika suka lebih berkuah)
2 tomato biji (belah 4
BAHAN D **
Udang hidup direbus BERSAMA kulit dan kepala
Asingkan isi udang dari kepala dan kulit.
Kulit dan kepala udang di goreng dengan sedikit minyak sehingga GARING dan di mesin halus.
Tapis untuk di ambil air nya SAHAJA
BAHAN E
1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
BAHAN E
1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
BAHAN F
Sedikit sayur spt bunga kubis,carrot atau jagung muda
BAHAN G
Mee kuning basah (dibasuh sedikit untuk membuang rasa pahit mee jika ada)
Taugeh
BAHAN H (Bahan Hiasan/Penyedap)
Limau Kasturi/nipis, cili padi potong, bawang goreng, daun bawang/sup
Cara-Cara Memasak :-
1. Sediakan bahan D dahulu.
2. Gunakan minyak dari gorengan bahan D, ..Panaskan didalam kuali dan tumis bahan A sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan bahan B.
Kacau sehingga daun saderi BETUL-BETUL layu/kecut (1/4 garing).
Nota Penting: Daun Saderi akan menjadikan kuah berbau harum dan enak.
4. Masukkan bahan C dan D.Pastikan kuah mencukupi... Biar ia mendidih kembali
5. Masukkan bahan E, biarkan seketika supaya kuah menjadi pekat sedikit.
5. Masukkan bahan E, biarkan seketika supaya kuah menjadi pekat sedikit.
6. Masukkan bahan F dan G, ratakan seketika dan boleh lah dihidangkan dengan bahan H
Nota: Yang bertanda ‘**’ adalah penting dalam penyediaan Mee Hailam
*Selamat berbuka puasa ....
Saturday, 12 July 2014
CARROT SUSU ... jus berkhasiat
Assalamualaikum semua..
Minuman berbuka hari ini amat berkhasiat.... Jus Lobak Merah
elok untuk mata
Nak menyediakan nya pon senang.................
BAHAN A (Di-blend semua sekali)
Lobak Merah
Gula
Air
BAHAN B
Susu Pekat Manis
Ais kiub
1. Satukan bahan A dan bahan B
2. Siap untuk berbuka...
Thursday, 10 July 2014
CARA BERLAUK DAGING garing diluar.. lembut didalam !!!
Assalamualaikum semua ...
Jom kita layan pula Kuih Cara Berlauk atau ada yang panggil Kuih Bakar Berlauk
Sebiji boleh kongsi 3-4 orang
TAPI..
Untuk saya...
tak nak share-share...
nak sebiji yang besar ini juga
garing diluar lembutttttt didalam.
sebab tu tak nak share
hehehe !
BAHAN A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan air biasa (lebih sedikit dari 1 1/2 cawan)
3 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
3 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
2 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning
BAHAN B (Inti)
1 sudu besar minyak utk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
Daging (dipotong kecil)
1 sudu makan rempah kari Daging 'Babas'
1/4 kiub Daging lembu 'Knor'
sedikit garam
1 biji bawang besar (dipotong kuib)
BAHAN C (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup
Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
2. Masukkan daging, rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga rempah pekat dan bersalut pada daging.
3. Masukkan kiub Knor dan garam.
4. Sebelum angkat masukkan bawang besar.
Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan ada sedikit minyak dalam acuan. Ini adalah bertujuan untuk menggaring dan meranggupkan kuih cara nanti.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1-2 minit supaya tepung 1/3 masak. (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti dan taburkan cili potong dan daun sup diatas nya.
5. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak. Biarkan lama sedikit supaya ia garing dan boleh diangkat. SEDAP !!!
* Selamat berbuka puasa .......
Monday, 7 July 2014
TOMYAM SOTONG... King
Assalamualaikum semua ...
Sekejap saja dah masuk hari ke 9 kita berpuasa.
Hari ni nak kongsi lauk berbuka semalam..
Dah lama tak makan tomyam.
Kali ni saya beli sotong yang bersaiz besar..besar tu....berat hampir 1/2 kilo
1 ekor dah cukup
BAHAN A
Air secukup nya sebagai kuah
2 kiub Tomyam 'KNOR'
4 batang serai (diketuk lebam)
10-15 biji cili padi (diketuk lebam)
garam
BAHAN B
1 ekor sotong besar berat ~ 1/2 kilo (Dipotong kpd lapan gelungan)
BAHAN C
Bunga Kubis (Putih)
1 Batang Saderi (dipotong 1 inci tebal)
2 biji tomato (dibelah 4)
4 helai daun limau Purut (dikoyak kan sedikit supaya aroma nya keluar)
1/2 biji limau nipis (diambil air nya)
Daun ketumbar
Cara-cara memasak
1. Masukkan bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
2. Masukkan sotong dan teruskan merebus sehingga sotong masak.
3. Sebelum angkat, masukkan bahan C.
.
Saturday, 5 July 2014
JUS TEMBIKAI SUSU menyegarkan tekak
Assalamualaikum semua..
apa lauk berbuka untuk hari ini ?
biasa-biasa saja....
Ala kadar....
Menu istimewa
Apa lagi kalau bukan 'Jus Tembikai susu'.
Nak menyediakan nya pon mudah.
BAHAN A
Tembikai susu
Gula Putih + Air + Daun Pandan (dimasak untuk dijadikan air gula)
Air masak
Ketulan ais
Cara menyediakan nya
1. Tembikai susu dipotong kepada ketulan kecil dan diblend bersama air masak.
2. Masukkan Air Gula dan sebatikan.
3. Tuang kedalam gelas dan masukkan ketulan Ais.
4. Dah siap untuk dihidangkan.
* Selamat berbuka ...
Friday, 4 July 2014
BUBUR LAMBUK Lobak Merah
Assalamualaikum,
Jom berbuka dengan bubur lambuk...
Kemanisan bubur ini terbit dari sayur lobak merah yang menjadi bahan kedua penting dalam masakan ini. Sedikit kelainan....
Sedap.....manis sayur
BAHAN A
1 cawan beras
7 cawan air (lebihkan jika mahu beras lebih hancur)
sedikit daging
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1/2 sudu teh lada hitam biji
1/2 sudu teh halba biji
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris nipis)
BAHAN B
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
santan pekat dari 1 biji kelapa
daun sup
daun bawang
1/2 kiub daging KNOR
bawang goreng
1 sudu besar minyak sapi 'Ghee Blend'
garam
Cara-Cara Memasak
1. Satukan bahan A kedalam periuk dan masak sehingga beras hancur dan menjadi pekat.
2. Untuk mempercepatkan proses menghancurkan beras, nasi hendak lah dikacau selalu.
2. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan B.
* Selamat berbuka puasa nanti ....
Wednesday, 2 July 2014
RENDANG BESAR Ayam Berkuah ...
Assalamualaikum semua ...
Jom kita layan resepi 'Rendang Besar Ayam' lagi. Tapi untuk kali ini sedikit berkuah ...
BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar minyak sapi GHEE Blend
2 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
2 biji Buah Pelaga
1 batang Kulit Kayu Manis
2 tangkai daun kari
BAHAN B (Dimesin halus)
1 inci Halia
sedikit lengkuas
2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu teh Jintan Manis
1 sudu teh Jintan Putih
1 sudu teh Lada Hitam
1 'biji buah pala'
BAHAN C
1 sudu besar penuh Serbuk Kari Ayam Babas
1 sudu besar kerisik
Santan dari 1 biji kelapa
2 keping Asam gelugor
Garam
BAHAN D
1/2 ekor Ayam (dipotong sederhana besar)
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 sudu besar minyak sapi GHEE Blend
Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan A dan goreng sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan Bahan B dan C. Bila rempah telah hampir pekat, masukkan bahan D dan kecilkan api.
4. Biarkan sehingga ayam masak dengan sempurna dan kuah menjadi pekat sedikit.
5. Siap dan boleh di hidangkan.
* Selamat menjamu selera ...