Kwetiau KUNGFU yang sedap menyengat ...


Assalamualaikum...

Asal Kwetiau berkuah ja, dah menjadi kesukaan saya dan tentu sekali keluarga
salah satu nya adalah Kwetiau Kungfu

dengan kuah yang sedikit pekat,
tidak pedas,
ber isi ayam, udang atau pon sotong boleh juga dimasukkan
sedap dimakan ketika panas-panas

kwetiau pula di gaul dengan telur,
dan digoreng seketika
jika dibiarkan sedikit garing
teramat lah sedap nya....

tapi bagi saya yang suka pedas ini,
tanpa cili padi, tentulah kurang menyelerakan
dimana saja saya makan, tentu soalan pertama yang akan saya tanya... ada cili padi tak ?
cukup cili padi potong tanpa kicap
dah menjadikan ia tambah menyengat..... sedap

Jom...

Bahan A
Minyak untuk menggoreng
1 bungkus kwetiau anggaran 500 g
4-5 biji telur (dikocak)

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dicincang)
3 ketul isi ayam (dipotong sederhana besar) * Saya masukkan kepak ayam
1/2 pokok daun sup (dipotong 1/2 inci panjang)
Air secukup nya sebagai kuah
1 kiub pati ayam
sedikit garam

Bahan C
Sayur Sawi
Lobak merah
Jagung muda (jika ada)

Bahan D
1 sudu besar tepung jagung (Jika rasa kurang pekat boleh ditambah lagi, tapi pastikan ia dibancuh dengan air dahulu sebelum dimasukkan kedalam kuah)
1 cawan air

Bahan E
Cili Padi potong

Cara-Cara Menyediakan nya:-
Penyediaan Kwetiau
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Telur dikocak terlebih dahulu. Ambil segenggam kwetiau, masukkan kedalam telur dan digoreng sehingga keperangan. Diangkat dan ditoskan minyak.
* Jangan direndam kwetiau kedalam telur terlalu lama. Oleh itu hanya campurkan bahagian yang akan digoreng sahaja kedalam telur.

Penyediaan Kuah
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan, terus masukkan ayam, daun sup dan garam.
3. Masak sehingga daun sup menjadi kecut.
4. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan sehingga kuah mendidih.
5. Masukkan sayuran Karet dan jagung muda. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kembali.
6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air (pastikan bancuhan ini dikacau terlebih dahulu sebelum dicurahkan kedalam kuah.
7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.