ASAM KICAP MACKEREL ... Sedap !!. Kegemaran semua


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Lauk yang mudah disediakan..
Terutama jika terkejut tergempar dah tak ada ikan dalam peti sejuk.
Malas pulak nak keluar ke pasar...

Atau mungkin lauk siang sudah kehabisan, lauk ini akan dimasak untuk makan malam
Guna saja stok Ikan Mackerel atau Sardin tin dalam simpanan.

Selain dimasak sambal tumis mahu pon kari,
Saya suka menyediakan lauk ASAM KICAP MACKEREL ini...

Jomm... 



Bahan A
1 tin ikan Mackerel 230g
* boleh juga diganti dengan sardin tin atau ikan segar/kukus yang digoreng terlebih dahulu

Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci halia (dihiris tebal)
2 biji bawang besar (dihiris bulat/tebal)
8 biji cili padi hijau (dibiarkan sebiji sebiji)
8 biji cili padi merah  (dibiarkan sebiji sebiji)

Bahan C
60 g Asam jawa (dicampurkan dengan 1 cawan air untuk diambil jus nya yang pekat)
10 biji cili kering (dikisar halus) * Optional jika mahu lebih pedas
Kicap Manis 'Kipas Udang'
Kicap Masin 'Kipas Udang'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih. Kacau-kacau sebentar terus masukkan halia.
2. Apabila bawang telah sedikit garing, masukkan hirisan bawang besar dan cili padi. Goreng  sehingga bawang 1/3 layu.
3. Masukkan jus asam jawa dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan cili kisar. Dibiarkan kuah mendidih semula kemudian terus perlahankan api. Biar sehingga kuah menjadi sedikit kering untuk memastikan cili masak dan sebati dengan air asam.
5. Masukkan Kicap Manis, Kicap Masin, kacau sebati dan terus masukkan ikan. Ratakan dan biar ikan mesra dengan kuah asam secara masak dengan api yang perlahan.
6. Apabila pasti semua telah sebati, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

* FHA Selemak Santan

No comments:

Powered by Blogger.