CARA XXL BERLAUK ... garing diluar lembut didalam !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat


Semalam masak kuih cara sebaga minum petang
Lama dah mengidam nak makan
Teringat-ingat ke enakkan kuih cara ini dengan kulit diluar yang ranggup dan isi nya lembut penuh dengan hirisan daging dan aroma daun sup yang pernah saya buat tak lama dulu di sini ....CARA BERLAUK DAGING garing diluar.. lembut didalam !!!

Memang dah jadi kebiasaan kalau masak inti untuk kuih cara saya akan masukkan 100 % daging. 
Tak sedap kalau ditambahkan ubi  atau apa-apa yang sewaktu dengan nya ....

Jomm...

* Kalau rajin.. jengah-jengah lah instagram saya 'fhaselemaksantan' untuk intai VIDEO penyediaan kuih cara ini .....


Bahan A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan air biasa (lebih sedikit dari 1 1/2 cawan)
3 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
3 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
1 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

Bahan B1
1 sudu besar minyak utk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan B2
3/4 paket rempah kari Daging dibancuh dengan sedikit air (dijadikan pes)
300 gram Daging (dipotong kecil)
1 camca kecil lada hitam/putih (ditumbuk halus)
1/2 kiub Daging lembu 'Knor'
sedikit garam

Bahan B3
2 biji bawang besar (dipotong kuib)
1/2 mangkuk kecil hirisan daun sup

Bahan B4 (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bahan B1 sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan B2. Masak sehingga daging empuk dan kuah sedikit menjadi pekat.
3. Akhir sekali masukkan bahan B3, ratakan dan terus padamkan api.

Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan ada sedikit minyak dalam acuan dalam 1 camca kecil. Ini adalah bertujuan untuk menggaring dan meranggupkan kuih cara nanti.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1-2 minit supaya tepung 1/3 masak. (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti  dan taburkan cili potong dan daun sup diatas nya.
* Kalau nak cili dan daun sup nampak fresh, tunggu sehingga kuih ini masak dahulu ia-itu selepas langkah ke  baru ia di taburkan.

5. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak. Biarkan lama sedikit supaya ia garing.

* Pastikan masak dengan api yang 'amat perlahan' supaya tepung masak sempurna didalam dan amat garing diluar.  
* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. puas hati makan ni kalau kuih cara besar ni...haha..blog saya http://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.