IKAN GORENG GARAM ASAM .. Sedap bangat !!!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Hari ini teringin nak makan IKAN GORENG GARAM ASAM
Resepi nya pernah saya kongsi kan dulu disini IKAN GORENG GARAM ASAM yang sangat sedap dan menyelerakan.
Rupa ikan yang siap digoreng mungkin nampak kurang mengancam !
Tapi .....................
Jangan dinilai rasa dari rupa !
Aduhaiiii terliur walaupon baru ja makan kali kedua tadi.
Sedikit minyak minyak bekas goreng ikan dan bawang memang sedap dicalit pada nasi panas !!!
Sedap kalau makan dengan sambal belacan.
Kalau nak tengok VIDEO penyediaan ini boleh lah jengah ke instagram 'fhaselemaksantan' . Banyak video menarik dihimpunkan disana

Bahan A
5 ekor Ikan kembong (boleh digantikan dengan apa saja jenis ikan yang disukai selain ikan bilis hehehe !)
sedikit garam (lebihkan garam dari biasa kerana apabila dikukus sedikit garam akan mengalir masuk kedalam wap air dan menyebabkan ikan kurang kemasinan)
Bahan B (satu dan jadikan pes yang pekat)
asam jawa sebesar duit 50 sen (saiz lama)
sedikit saja air
Bahan C
10 biji cili padi merah (dihiris menyerong)
10 biji cili padi hijau (dihiris menyerong)
3 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris tebal)
2 helai daun limau purut (4 keping)
sedikit garam atau kicap masin jika ikan yang digoreng kurang masin
Bahan C
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Menyediakan nya
1. Ikan diperap dengan bahan A selama 1/2 jam.
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus ikan selama 20 minit kemudian angkat dan sejukkan ke suhu bilik.
3. Lumur ikan dengan bahan B dan perap lagi selama 1-2 jam. Kalau nak lebih lama lagi sedap !
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sperti biasa.
* Untuk makluman warna ikan goreng ini akan bertukar menjadi kehitaman. Jangan risau ia bukan nya hangit tetapi disebabkan asam jawa.
5. Balikkan setelah agak-agak bahagian bawah sudah sedikit garing. Kita tak perlu risau kerana ikan telah masak sebelum ini
6. Angkat dan toskan minyak nya.
7. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bahan C sehingga layu.
8. Kaup dan taburkan ke atas ikan yang telah siap digoreng tadi.
* FHA Selemak Santan
sedapnyer....
ReplyDeleteMemang sedap heheh !
DeleteSelalu.makan ikan goreng camni masa bujang dulu..housemate org kelantan selalu buat..hehe
ReplyDeleteKalau dah jemu goreng biasa. Suka goreng macam ni Juls...
Delete