KELI LOMAK NOGORI ... Mudah dan Sedap !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Masakan Lemak Cili Api memang tak jemu bagi saya sekeluarga selain masakan kari.
Bila dah tak ada idea nak masak, masak lemak atau kari selalu menjadi pilihan.
Sebenar nya masak lemak ini ada beberapa versi
Versi tanpa bawang mahu pon ber'bawang, masing-masing ada ke enakkan nya tersendiri.
Versi tumis juga versi 'Sekali Naik' tetap sedap !
Jika versi ber'bawang, seelok nya ia ditumbuk dari dikisar
Masak lemak Cili Padi hari ini memang amat mudah disediakan.
Tanpa bawang ... resepi asli orang Negeri Sembilan.
Dan cara 'Sekali Naik' ia-itu memasukkan kesemua bahan dalam periuk dan terus hidupkan api.
Jangan risau walau pon cara penyediaan nya amat mudah tetapi rasa nya tetap sedap.
Boleh habis berpinggan-pinggan juga lah nasi hari ini !!!
Jom....

Bahan A
2 ekor ikan Keli yang bersaiz besar (dipotong 4 bahagian setiap satu)
Bahan B (diblend halus)
20 biji cili padi hijau
1 inci kunyit hidup
sedikit air
Bahan C
1/2 mangkuk kecil santan pekat (saya guna santan kotak 'KARA')
2 mangkuk air
2 batang serai (diketuk lebam)
2 inci lengkuas (diketuk lebam)
1 inci halia (dihiris)
1/3 kiub pati Ikan Bilis
sedikit garam
Bahan D
1 helai daun kunyit (dihiris lebar)
3 helai daun limau purut (6 keping. Disiat-siat)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan B dan C didalam periuk dan kacau sebati.
2. Masukkan ikan dan terus hidupkan api. Pastikan api kecil digunakan untuk mengelakkan kuah mengelegak dan santan pecah minyak.
3. Apabila kuah nampak mula mengelegak baru dimasukkan bahan D dan biarkan ia mendidih selama 5 minit secara perlahan sebelum diangkat untuk dihidangkan.
* Elakkan dari mengacau/mengodak kuah dengan sudu/senduk.
* Untuk meratakan ikan dalam kuah, seelok nya goyangkan saja periuk mengikut putaran jam beberapa kali.
* FHA Selemak Santan
Kalau resepi nogori ni mesti sedap dan pedas kan. Suka makan masak lemak tapi tak makan ikan darat. tak tau kenapa. Blog saya http://cararesepi.blogspot.my/
ReplyDeleteMungkin tak biasa ...
Delete