NASI AYAM PENYEK ... Sedap nyaaaaa. Ranggup sungguh !!!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...
Hari ini saya sediakan NASI AYAM PENYEK.
Sedappp !
Sejak menjak tahu rahsia menjadikan Kremesan ranggup, memang suka sangat masak Nasi Ayam Penyet ini.
Boleh rujuk di sini NASI AYAM PENYET ...yang Terlajak Sedap dengan Kremesan Super Renyah dan Bersarang 'Anti Gagal'
Boleh rujuk di sini NASI AYAM PENYET ...yang Terlajak Sedap dengan Kremesan Super Renyah dan Bersarang 'Anti Gagal'
Ranggup nya rencah-rencah tepung ini, yang dipanggil sebagai Kremesan oleh sahabat seberang Indo.
Dah tu tahan lama pulak !
Tak perlu risau lagi.
Jom... tak nak celoteh panjang
Resepi kali ini nya adalah untuk 1/2 ekor ayam
* Saya juga sediakan video dalam penyediaan NASI AYAM PENYEK ini.
Rajin-rajin lah terjah instagram 'fhaselemaksantan' ya...
Resepi kali ini nya adalah untuk 1/2 ekor ayam
* Saya juga sediakan video dalam penyediaan NASI AYAM PENYEK ini.
Rajin-rajin lah terjah instagram 'fhaselemaksantan' ya...
AYAM PENYET
Bahan A
1/2 ekor ayam (Saiz besar)
2 helai daun bay
2 batang serai (diketuk lebam)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kiub 'pati ayam'
sedikit air (Air jangan lebih kerana akan membazir rempah rebusan.Sekadar tenggelamkan ayam saja)
sedikit garam
Bahan B (diblend halus)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca teh lada hitam
1 camca teh lada putih
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
2 camca teh ketumbar
Bahan C (Tepung gorengan Ayam)
125 gram Tepung Sagu
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah)
1 biji kuning telur
250 ml 'air rebusan ayam'. (Keluarkan serai dan Daun bay. Masukkan kesemua air rebusan. Tambahkan air jika terkurang)
1/2 sudu teh baking powder
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kesemua bahan A dan B kedalam periuk, tutup tudung periuk dan rebus dengan api perlahan untuk mengelakan kuah meruap.
Periuk ditutup tudung nya untuk memastikan isi ayam masak sempurna.
Proses merebus jangan terlalu lama kerana isi ayam akan hancur dan texture menjadi kurang menarik.
2. Balikkan ayam dengan perlahandan teruskan merebus.
3. Jika pasti isi ayam telah masak sampai ketulang, terus di angkat dan asingkan isi ayam dari air rebusan.
* Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk merebus rempe, tauhu juga dalam pembuatan kremesan
4. Satukan kesemua bahan C dalam bekas yang lain dan sebatikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Apabila minyak sudah panas, baru masukkan baking powder kedalam adunan tepung dan ratakan sekali lagi.
7. Celup ayam kedalam adunan tepung dan goreng. Buat satu persatu.
8. Goreng pula jangan terlalu lama kerana isi ayam sudah sedia masak. Hanya sekadar nak menggaringkan tepung dibahagian luar sudah mencukupi dan boleh diangkat kedalam penapis yang dilapik dengan tisu penyerap minyak. Angkat juga kremesan dari gorengan ayam.
9. Tabur dengan kremesan semasa dihidangkan.
SAMBAL TERASI MATANG
Bahan A
Minyak untuk menggoreng
3 biji cili merah
20 biji cili padi merah
12 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 biji tomato segar (dibelah 2)
2 inci belacan (sebesar 2 ibu jari)
Bahan B
1/2 keping Gula Melaka
Limau Kasturi
sedikit garam
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan A diatas kecuali Tomato.
2. Agak-agak dah layu, baru masukkan tomato biji dan terus menggoreng beberapa minit lagi sebelum diangkat dan ditoskan minyak nya.
3. Masukkan bahan yang telah digoreng diatas kedalam lesung, masukkan garam dan gula melaka dan tumbuk sehingga 3/4 hancur.
4. Perah jus limau dan gaul sebatikan sebelum dikaup kedalam mangkuk.
* Kalau nak saperti yang dijual direstoren, sambalini boleh diblend kasar dan dicampur sedikit air.
Saya memang sediakan sambal yang pekat.
TEMPE DAN TAUHU
Bahan A
2 keping tempe (setiap keping dipotong 6)
2 keping tauhu (setiap keping dipotong 4)
Bahan B
Baki Air rebusan ayam diatas
Bahan C
Baki Tepung gorengan Ayam diatas
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Selepas ayam dikeluarkan dari periuk rebusan (bahan B), masukkan pula tempe dan tauhu.
2. Rebus selama 1/2 jam dengan api yang sederhana supaya rempah ratus meresap dengan sebati.
3. Keluarkan tempe dan tauhu dari periuk dan masukkan kedalam bahan C.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sehingga ia menjadi sedikit keperangan. Angkat dan toskan atas kertas serap minyak.
KREMESAN AYAM PENYET
KREMESAN AYAM PENYET
Bahan A
125 gram Tepung Sagu (JANGAN diganti dengan tepung Tropika atau Kanji)
2 sudu besar 'penuh' tepung beras 'Campuran' (Cap 1 Gajah. Kalau 3 Gajah untuk kuih-muih)
200 ml air + 100ml Santan Pekat (saya guna 280 air rebusan ayam + 20 ml santan pekat)
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh Double Action Baking Powder (saya masukkan 1 sudu teh Baking Powder biasa)
2 ulas bawang putih (dicincang halus) * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
Kiub ayam * Saya tak masukkan sebab dah campur air rebusan
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A (kecuali Baking Powder) diatas sampai rata.
Langkah Langkah Menggoreng
2. Panaskan minyak dalam kuali. Sambil menunggu minyak panas, baru masukan baking powder ke dalam adunan dan kacau sehingga rata.
3. Pastikan minyak sudah benar-benar panas....
Kacau-kacau adunan menggunakan telapak tangan dan ambil adunan dengan tangan dan masukkan ia kedalam kuali. Dan dengan bantuan jari jurai-juraikan ia sambil gerakan tangan secara berputar.
* Jarak tangan dari atas minyak lebih kurang 20-25cm sewaktu proses 'mengurai'
*Ulang 3-4 genggam untuk setiap kali menggoreng. Jika terlalu banyak/penuh takut nanti ia akan melekat antara-satu sama lain. Walau bagaimana pon ia bergantung kepada saiz kuali.
4. Adunan akan menyebar memenuhi kuali saperti berikut
4. Biarkan ia sedikit mengeras sebelum angkat hujungnya dan terus lipat 2 atau 4 (terpulang).
Jangan sekali-kali mengacau atau 'menguis' selagi ia belum mengeras kerana akan menyebabkan ia melekat antara satu sama lain dan tidak akan 'bersarang'.
5. Setelah melipat, perlahan kan api sedikit supaya ia masak dengan sekata.
6. Goreng sehingga warna keperangan dan agak-agak dah masak boleh lah diangkat.
7. Letakkan ia dalam penapis yang berasalaskan kertas serap minyak.
* Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam bekas yang bertutup untuk tahan lebih lama.
8. Besarkan sedikit api dan PASTIKAN minyak betul-betul panas, dan ulang langkah 3 sehingga habis adunan.
* FHA Selemak Santan
No comments: