A

A

STEW Tulang Lembu dengan makaroni .... sedap nooooo !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

semalam hari NO nasi
kita makan pasta pulak
kebetulan ada sedikit urusan kat luar menemani kakak saya
jadi sebelum keluar tu saya sempat sediakan Stew dulu
balik baru lah rebus makaroni

kebetulan semalam seharian hujan lebat disini
jadi makan makanan berkuah ni panas-panas memang menyelerakan
Stew ni saya masak lebih sikit
jadi boleh sambung makan sampai ke malam

rasa nya..
sikit sikit macam sup
tapi kuah nya lebih pekat... lebih terasa
ada ada sedikit rasa-rasa masam buah tomato yang fresh

sedap juga nooooo !

Jom

Bahan A
500 gram Tulang Lembu
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 inci halia (di ketuk)
1 sudu besar rempah sup
5 ulas bawang putih (saya masukkan sebiji-sebiji sebab bila rebus nanti ia akan lembut juga nanti)
1 biji bawang besar (belah 8)
2 biji ubi kentang (belah 2)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
2 biji tomato biji (belah 4)
2 biji ubi kentang (belah 4)
1 biji lobak merah (potong tebal)
1 kiub pati lembu 'KNOR'
3 kuntum cendawan 'Telinga Kera' direndam dalam air panas sehingga kembang dan dipotong sederhana besar)
sedikit garam

Bahan C
Daun Sup
Daun bawang

Bahan D (rebus sehingga lembut dan toskan air nya)
1 1/2 cawan makaroni
air secukup nya untuk merebus
sedikit minyak masak

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan bahan A kedalam periuk dan masak sehingga daging empuk (~ 1 jam).
2. Keluarkan ubi kentang dan lenyek halus dan masukkan kembali kedalam periuk.
3. Masukkan bahan B kedalam periuk diatas dan teruskan memasak
4. Sebelum angkat, masukkan bahan C.

5. Untuk makaroni, rebus bahan D dalam periuk yang lain
6. Pastikan kacau sekali sekala pada awal memasak supaya makaroni tidak melekat pada dasar periuk
7. Setelah lembut angkat dan toskan air nya.

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.