SUP TULANG QURBAN 'REMPAH SANGAI' ... sup yang sedang-sedang pekat sedap bila dihirup !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Akak masak SUP TULANG QURBAN semalam.
Kali ini bahan-bahan rempah nya akak campurkan rempah sup dan rempah yang akak beli di Mekah beberapa tahun dulu.
Kalau tak ada boleh gantikan dengan rempah yang akak nyatakan dalam resepi dibawah ini ya...
Rempah-rempah ini disangai terlebih dahulu untuk menaik kan lagi aroma nya yang menjadikan sup kita bertambah sedap.
Sup ini tidak cair tetapi sedang-sedang saja dan memang menyelerakan !!!
Akak masak lebih untuk ratahan dan juga dimakan dengan roti dan nasi ....
Jom kita ke dapur ...
Bahan A
2 kilo tulang bersama sedikit daging
air secukup nya untuk merebus
Bahan B
Sedikit minyak untuk menumis
8 ulas bawang merah (dihiris)
1 labu bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dihiris tebal)
2 batang kulit kayu manis sepanjang 2 inci setiap satu
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
Bahan C (disangai/goreng tanpa minyak sehingga wangi)
1 camca besar 'penuh' rempah sup
1 camca besar 'penuh' rempah kurma *
1/2 camca teh kunyit serbuk *
1/2 camca teh lada putih serbuk *
1/2 camca teh lada hitam serbuk *
*Akak gantikan dengan rempah yang dibeli di Mekah
Bahan D
1-2 biji ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong kepada ketulan sederhana besar)
1 biji lobak merah (dipotong kepada ketulan sederhana besar)
1-2 biji tomato (dibelah 4)
1/2 kiub pati daging 'KNOR'
sedikit garam
Bahan E
Hirisan Daun Sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satu kan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga empuk.
Akak guna pressure cooker dan tempoh merebus 40 minit bermula dari masa ia mula mendidih.
2. Keluarkan lemak yang terampai dengan mengaut keluar dari permukaan sup. Baki lemak yang masih tinggal boleh dikeluarkan dengan mencelup bungkusan plastik yang berisi ketulan ais ke dalam sup untuk membekukan lemak.
3. Panaskan minyak dalam periuk yang lain dan tumis bahan B sehingga wangi dan sedikit keperangan.
4. Masukkan bahan C (rempah sangai) dan di aduk sekejap lalu terus dimasukkan air rebusan bersama tulang dan daging, Tambahkan air jika kuah tidak mencukupi. * Akak masak seperiuk hampir penuh 'rice cooker'. Juga masukkan bahan D dan masak sehingga ubi empuk.
5. Sebelum angkat masukkan separuh dari bahan E. Siap
6. Semasa meghidang taburkan separuhlagi bahan E.
terasa2 sup kat tekak ni..hehehe
ReplyDeleterindu pulak nak makan sup daging Qurban kat kg..mungkin tahun depan la kot..
Tak balik kampung ka Fuzy ? Tapi apa-apa pon In Sya ALLAH tahun depan boleh kan
Deletesup tulang gini layan gitu je pun dh sedap kak.... sedar2 abis semangkuk besar
ReplyDeletesesekali dapat menghirup sup tulang yang baru memang sedap kan
Delete