Sila Click sini ya... Terima Kasih !

NASI ARAB 'CHICKEN MADGHOUT' ...Juadah hari ke-24 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah semalam dah masuk hari ke 24 kita berpuasa untuk tahun 1437 Hijrah.
Tinggal tak beberapa hari saja kan... kita akan menyambut hari raya Puasa.

Tentu ramai yang dah membuat persiapan nak raya.

Saya ....
Setakat minuman tu adalah..
Sirap yang saya postkan semalam dan beberapa jenis sirap yang Ins Sya ALLAH akan menyusul untuk dikongsi,
alaaa, sirap biasa-biasa saja...
Ada juga sebungkus dodol durian minta anak saudara belikan di Melaka tempoh hari.
Kuih belum lagi...

Baju..... pakai baju-baju yang telah sedia ada saja
Jubah yang beli di Madinah pada tahun lepas semasa mengerjakan umrah pon masih belum dipakai lagi.
Jubah yang dibuat untuk kesana pon masih baru dan elok.
Pakaian kerja banyak yang masih baru... Kebaya,  Baju Kurung, Seluar
Kenapa nak membazirkan duit..kan

Saya bukan nya artis macam 'Che TA'
Pakai baju lama pon orang akan ingat baju baru.
heheheh...

Eh...
Dah kelaut pulak celoteh saya ni
Jom hari ini saya nak kongsi nasi arab yang saya sediakan semalam

Fulamakkkkk !
Saya tak nak puji lebih lebih nanti kata masuk bakul pulak ...
Saya cuba menggunakan rempah yang saya beli di Mekah dalam penyediaan nasi dan ayam
Tapi saya rasa mungkin ada sebahagian rempahratus nya boleh didapat disini.

Dibawah adalah ole-ole Mekah dari saya, juga untuk saya ... hehehe
Tiga bungkus serbuk rempah dari 3 kedai berbeza. Setiap satu kalau tak silap RM 20.
Buah Pelaga muda
Disebelah kanan pula adalah repah ratus yang masih belum dikisar untuk panduan kalau kekedai mamak, boleh cari  dan kita buat sendiri. Yang kurang pasti yang bulat-bulat hitam dan yang berkerutu dikiri kanan atas dalam piring tu.




Untuk 6-7  orang

NASI DAN AYAM

Bahan A
4 cawan beras brasmati 'PusaGold' Jasmine (cawan penyukat air rice cooker). Beras tidak perlu direndam

Bahan B
1 camca besar 'penuh' minyak sapi Ghee Blend
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camca teh lada putih biji
1/2 camca teh jintan manis biji
2 helai daun bay
1 camca besar 'penuh' rempah serbuk  Mekah (kalau rempah ratus biji saperti diatas, perlu disangai kering dan dikisar halus)

Bahan C
7 cawan air biasa
1 biji cili hijau
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 ekor Ayam (dipotong ikut suka)
3/4 kiub pati ayam
3 camca kecil 'penuh' garam (Camca KFC)

Bahan D
1 camca besar 'penuh' minyak sapi Ghee Blend
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
1/2 camca teh lada putih biji
1/2 camca teh jintan manis biji
4 helai daun pandan, dikoyak dan disimpul

Bahan E
Arang sebesar menumbuk
Aluminium foil

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis kesemua bahan B diatas (kecuali rempah) sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan rempah dan kacau-kacau sebentar selama ~ 30saat dan terus masukkan bahan C.
3. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga hampir mendidih dan angkat.
4. Asingkan ayam bersama sedikit minyak dan kuah dalam 1 senduk.

5. Panaskan periuk rice cooker dan tumis bahan D sehingga hampir keperangan,
5. Masukkan beras yang telah dibersihkan. Goreng sekejap selama ~ 1 minit.
6. Masukkan air rebusan ayam  juga bersama semua perencah rebusan spt bawang dll kedalam rice cooker (7 cawan).
7. Masukkan beras, ratakan dan masak saperti nasi biasa. Jangan dibuka periuk semasa nasi sedang masak.
8. Apabila lampu periuk nasi telah bertukar ke 'Warm' biarkan ia selama ~20 minit sebelum gembur.
* Jika kita gembur terlalu awal, nasi mungkin akan patah dan tidak cantik.

9. Apabila hampir ke minit 10 , terus bakar ketulan arang sehingga menjadi bara.
10. Pindahkan arang kedalam aluminium foil dan 'lekukkan' foil.

11. Berbalik kepada rice cooker, Gemburkan nasi sedikit menggunakan 'cop stick'  dan buatkan sedikit lubang dibahagian tengah nasi.
12. Masukkan aluminium foil (bersama arang) ke lubang tersebut.
13. Dengan pantas susun ayam diatas nasi / disekeliling aluminium foil. Dan curahkan baki air rebusan dan minyak diatas ayam.
14. Renjiskan/ tuangkan 1 sudu minyak masak diatas bara (* asap akan keluar berkepul-kepul) dan dengan cepat tutup periuk nasi. 
15. Biarkan nasi selama ~ 30 minit untuk ia mesra dengan aroma arang sebelum dihidangkan . Boleh juga  'On' kan periuk nasi sekejap selama 5 minit. sekadar memanaskan ia kembali dalam tempuh tersebut.

SALSA
Bahan A
1 biji timun (dibuang bahagian tengah dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dipotong kiub)
10 biji cili padi merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau  (dihiris nipis)
2 biji tomato segar (dipotong kiub)
1 biji lemon (diambil jus nya)
3 camca besar 'penuh' gula putih 
sedikit daun ketumbar (dihiris) * Saya Tambah
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua diatas dan dibiarkan 10 minit( untuk mesrakan nya) sebelum dihidangkan. 

* Selamat Berbuka Puasa ...


1 comment:

  1. salam singgah hiiii, betol tu pakai la apa yang ada,, nasi macam ni kalau buat hidangan untuk raya ni mesti sedap ..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.