Wednesday, 29 July 2015

SOTO AYAM ... yang marvelous


Assalamualaikum

Saperti yang saya maklumkan dalam entry tempoh hari Bergedil Tauhu, disini saya sertakan resepi Kuah Soto yang saya share dari FB Noor Dz Salleh.
Terima Kasih kepada yang empunya resepi LinaZubir.

Betul saperti mana kata Noor....  'kuah nya memang sedap giler' 

Jom kita semak resepi kuah

KUAH SOTO
Bahan A
1  ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah
1 kiub pati ayam
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak dan dimesin halus bersama bahan C)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C (di mesin halus)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (saya guna 1/2 sk serbuk kunyit)
2 biji buah keras
** 5 sudu besar minyak masak (saya letak minyak untuk menggantikan air, jadi semasa menumis nanti saya kurangkan minyak kerana bahan kisaran ini sudah terkandung minyak. Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan dan menjadikan ia cepat hancur. Juga semasa menumis nanti rempah ini akan lebih cepat masak)

Bahan D
2 btg serai dititik (Saya letakkan 3 batang)
3 sudu besar serbuk rempah sup 'adabi'

Cara-Cara Memasak kuah
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumis semua bahan diatas kecuali bahan A
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum. Kacau selalu supaya tidak hangit.
4. Masukkan bahan A (air, ayam, garam dan perasa). Rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)

SAMBAL KICAP (dimesin halus)
10 biji cili api
2 ulas bwang putih
sedikit halia 
sedikit kuah soto
kicap secukupnya

Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

* Selamat memasak .......

Friday, 24 July 2015

BERGEDIL TAUHU ... berdaging


Assalamualailkum 

Selesai sudah berpuasa 6,
Hari ini saya berhari raya lagi .....

Juadah berbuka untuk semalam hari yang ke 6 saya menyediakan Soto Ayam dan bergedil.
Kebiasaan nya Perencah Kuah Soto saya beli yang dah siap, cuma perlu masukkan  dalam periuk bersama ayam sahaja. 
Tetapi untuk juadah berbuka semalam saya adun sendiri berpandukan resepi yang dikongsi oleh salah seorang rakan FB.
Rasa nya ...
emm Tip Top !!!!  sedap !!!!
Lain kali tak payah beli yang ready made
Buat sendiri berbaloi...sedap lagi 

Nanti saya akan share resepi nya ya
Untuk kali ini kita semak resepi Bergedil Tauhu...berdaging yang dimakan bersama soto tadi

Bahan A (Untuk 2 orang)
1 biji kentang bersaiz besar. Anggaran 250 g (Saya gunakan Wasshington Potatoes/Russet Potatoes kerana ubi nya lebih lembut. Ubi direbus, dibuang kulit dan dilenyek halus).
1/2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
4 tangkai daun sup (dihiris pendek)
1 1/2 sudu teh lada hitam Aji Shio
1 biji Tauhu (didadu kecil, kemudian  digoreng sekejap dan dilenyek bersama kentang)
1 sudu besar penuh tepung Jagung (untuk melekatkan)
sedikit garam

Bahan B
sedikit daging (dipotong kecil)
1 camca air

Bahan C
1 biji telur ayam (dikocak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara memasak
1. Bahan B iaitu daging dimasak sekejap. Sekadar daging masak sahaja dan ditoskan air nya.
2. Masukkan daging kedalam bahan A. Gaulkan semua bahan supaya bercampur rata.
3. Ambil sejemput, kepal kepalkan sehingga habis
4. Panaskan minyak didalam kuali. Pastikan api sederhana besar (api yang terlalu besar mengakibatkan minyak terlalu panas boleh menyebabkan kepalan ubi pecah berderai semasa menggoreng)
5. Celup kepalan bergedil kedalam telur sebelum menggoreng. Goreng sehingga keemasan barulah di balikkan.

* Selamat berhari raya .........

Tuesday, 21 July 2015

RENDANG HIJAU DAGING


Assalamualaikum semua...

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan 'Selamat Hari Raya AidilFitri'
Maaf jika ada terkasar bahasa ya..

Masih berpuasa 6, hari ini In Sya ALLAH dah hari ke 4.

Juadah hari raya bagi tahun ini saperti tahun tahun sebelum. 
simple saja....
'Ketupat Pulut Daun Pisang' 
dimakan dengan 'Rendang Hijau Daging'
'Pioor Oat Cookies'
dan 'Maruku'

Untuk hari raya pertama saya sediakan 'Mee Kuah Kak Puah'
Teringat ketika kecil dulu, bila balik kampong saja Mak, Ayah dan kami adek beradik akan singgah di kedai makan di kepala simpang Jalan To' Elong untuk menikmati keenakan Mee ini sebelum pulang ke Kuaters Bomba.

Resepi nya simple saja
Tapi banyak nya bahan yang digunakan penting untuk mendapatkan rasa kuah yang sedap.
In sya ALLAH akan saya kongsikan resepi nya nanti

Tapi untuk kali ini saya kongsikan resepi 'Rendang Hijau Daging' yang sesuai sangat dimakan dengan Ketupat Pulut daun pisang.

Bahan A
1 kilo daging (Dipotong sederhana besar)
1 sudu besar kerisik
1/2 kilo santan pekat
1 sudu teh kunyit serbuk
1 keping Asam Gelugor 

Bahan B (dimesin halus)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
20-25 biji cili padi hijau
3 batang serai
3 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh biji ketumbar
3 sudu besar minyak masak

Bahan C
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
5 helai daun limau purut (dikoyak-koyakkan)
1 kiub lembu 'KNOR'
sedikit garam

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan bahan A dan B kedalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar sehingga daging empok dan kuah menjadi pekat.
2. 5 minit sebelum angkat masukkan bahan C.

Tuesday, 14 July 2015

MASAK ASAM Talang Kering


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

teringat akan ikan talang masin yang dibeli beberapa hari lepas
emm... nak masak apa ya ?
masih tersimpan kemas dalam peti ais
lama sangat nanti akan bertukar rupa dan rasa pulak
maklumlah peti ais sekarang ni bukan yang macam peti ais dulu
cepat sangat serap air...
kalau simpan ikan atau daging lama sikit dah tak fresh lagi, silap silap tinggal kulit saja sebab kecut

nak masak yng simple saja tapi menyelerakan.
masak asam ok juga
kuah yang pekat-pekat
pedas pedas masin masam lengkap !

Jom kita terjah resepi

Bahan A
Isi ikan talang kering (dipotong kepada beberapa ketulan sederhana besar)
Minyak untuk menggoreng

Bahan B
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
sedikit halia (dihiris memanjang)

Bahan C
1 cawan air asam jawa (sederhana pekat)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)

Bahan D
10-15 biji cili padi (dihiris 2)
1 biji bawang besar (dihiris tebal)
garam (Jika kurang masin)

Cara-Cara Memasak
1. Ikan talang kering digoreng sehingga masak dan diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan B sehingga naik bau yang harum.
3. Masukkan bahan C dan kecilkan api supaya kuah menjadi sedikit pekat dan terbit minyak.
4. Masukkan Ikan yang telah digoreng dan bahan D.
5. Masak selama 2-3 minit lagi dan boleh lah diangkat.

* Selamat berbuka puasa ...

Monday, 13 July 2015

NASI GORENG CENDAWAN



Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Salah satu menu berbuka puasa saya sekeluarga
Nasi goreng cendawan
Saya mengggunakan cendawan Telinga Gajah yang telah dikeringkan yang dibeli di Terco beberapa bulan lepas.
Keriuk keriuk cendawan semasa mengunyiah begitu terasa sekali.
Suka sangat !

Jom kita terjah resepi ...

Bahan A
minyak untuk menumis
2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan terlebih dahulu)

Bahan B (ditumbuk)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan

Bahan C
2 keping Cendawan Telinga Gajah (Di rendam dalam air panas mendidih selama 1 jam dan di potong kecil)

Bahan D
Kiub Pati Ikan bilis 'KNOR'
sedikit Lada Hitam (ditumbuk)
garam

Bahan D
1 biji telur (Dikocak, digoreng dadar dan dipotong nipis)

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga hampir keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan Cendawan dan sedikit air. Teruskan memasak sehingga kuah kembali pekat.
3. Masukkan bahan D dan nasi. Gaulkan rata selama 3-5 minit.
4. Siap dan boleh dihidangkan.

* Selamat berbuka puasa ...

Saturday, 11 July 2015

CURRY BAWAL Tanpa Santan


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Rasa nya lama tak masak gulai ikan bawal kacang bendi
saya memang suka bendi sejak kecil hingga kini
my favourite

Teringat dulu masa waktu bersekolah
Emak selalu bekalkan nasi gulai ikan dengan bendi
lagi banyak bendi lagi best
buka tudung tupperware bersaiz 4 inci penuh dengan kacang bendi
emak memang tahu kesukaan saya ini

Dalam kelas asyik tunggu bila loceng 'recess' nak berbunyi
ingat nak makan kacang bendi ja ....
Kenangan yang tak dapat dilupakan ...

Tips Kari Penang...
Untui gulai Bawal, pastikan lebihkan asam dari biasa
Lebih masam lebih sedap !

Jom kita terjah resepi Utara ini 
*Untuk lebih sedap, tambahan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk akan dimasukkan kedalam bancuhan rempah/Bahan B.  Kali ni saya tak masukkan sebab nak cepat.

Bahan A (Bahan tumis) ... 
Minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (di tumbuk)
1/2 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1/2 sudu besar halba campur

Bahan B (Bancuhan Rempah)
2 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
30 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
sedikit garam

Bahan C
1 gelas air biasa

Bahan D
Ikan Bawal (2 potong)

Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dipatahkan
Kacang bendi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 1/2 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak dan ia menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan yang banyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C(Air), Kacau-kacau supaya rempah sebati.
6. Terus masukkan Ikan dan bahan E. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

Saperti biasa 
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat berbuka puasa selera ....

Friday, 10 July 2015

STICKY CARAMEL Chicken Wing


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

2 hari lepas dalam sibuk-sibuk dengan tugas harian saya sempat berkunjung ke rumah Amie.
Jenguk jenguk la... tengok rakan kita ni tengah masak apa untuk berbuka hari tu.
Rajin betul masak 2-3 lauk. Maklumlah keluarga ramai
Dalam pada berceloteh tu Amie sempat bercerita betapa keenakkan Kepak Ayam yang disediakan nya tempoh.
Kata nya resepi tu simple aja, tapi rasa nya aduh sedap sekali.

Sebelum balik Amie sempat berbisik, kata nya .............
'Firdaus suka sangat........menjilat jilat caramel pada kepak ayam tu'

Aduh ! Tak boleh jadi ni
kena cuba
mesti cuba

betul lah ..
sedap !
aroma halia cincang dan kemanisan madu
ohhhhh .....chicken wing

Jom kita tengok resepi ni ...

'Terima Kasih' kepada yang empunya resepi'
Resepi : mutiarazura
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan A  (untuk 2 orang)
6 keping kepak ayam - potong dua
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih  - diketuk
1 inci halia - cincang

Bahan B
1 sudu besar sos ikan (Saya gantikan dengan kiub pati ayam 'KNOR')
1 sudu besar kicap (Saya gantikan dengan 'Sos Manis ABC')
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan madu (saya masukkan sedikit sahaja sebab tiada stok. Saya tambahkan 1/2 sudu besar gula putih)

Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam. (saya perapkan ayam dgn bawang putih dan halia),
3. Kacau dan goreng selama 5 minit
3. Masukkan semua bahan B, kacau sekejap dan kemudian tutup kuali.
4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak atau keperang-perangan atau bersalut dengan sos.

Peringatan: Apabila sudah masukkan madu, sos akan berbuih. Jangan takut apabila sos seperti hangit. Apabila sos agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi melekit seperti ayam barbeku.

* Selamat berbuka puasa ...

Wednesday, 8 July 2015

TOMYAM UDANG


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Tomyam Udang adalah salah satu menu berbuka yang saya sediakan untuk keluarga saya.
Simple saja kan !
Makan nasi berlauk yang berkuah memang menjadi kesukaan saya.

Jom kita terjah resepi

Bahan A (Untuk 4 orang)
12 ekor udang bersaiz besar (Pastikan pasir yang berada diatas kepala udang dikeluarkan dengan memotong sedikit bahagian dikepala nya)
10 biji cili padi (Boleh dikurang kan atau lebihkan mengikut kepedasan yang dikehendaki)
3 batang serai (diketuk lebam)
1 1/2 kiub Tomyam 'KNOR'
Air secukup nya sebagai kuah
garam

Bahan B
Kubis Bunga (Hijau dan Putih)
1 biji bawang besar (Di belah 4)
1 biji limau nipis (Ambil jus nya sahaja)
3 helai daun limau purut

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
2. Masukkan Bahan B dan biarkan ia mendidih seketika dan terus diangkat.

* Selamat berbuka puasa

Sunday, 5 July 2015

PUDING SAGU Gula Merah ber'Aroma


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Puding Sagu
Salah satu pencuci mulut kegemaran saya dan keluarga
Suka sangat !
Ditambah dengan aroma vanila

Jom kita semak resepi
* Resepi nya sama saperti di sini Puding Sagu Gula Merah

Bahan A (Puding Sagu)
1 cawan sagu kecil
3 cawan air
3 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan simpul
Pewarna merah (boleh gunakan sebarang warna yang disukai)

Cara memasak:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan
2. Didihkan air bersama daun pandan. Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi.
    Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.
    Jika air hampir kering tetapi sagu masih belum jernih, boleh lah ditambah sedikit air.
3. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai.
5. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan

Bahan B (Untuk Manisan)
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara Memasak:
1. Satukan semua bahan B diatas, masak hingga gula larut dan agak pekat.
2. Tutup api, tapis dan sejukkan.

Bahan C
1/2 kotak susu cair (Full Cream) Dutch Lady
Perasa vanila
* Panaskan seketika saja (jangan sampai mendidih). Kemudian sejukkan

Cara menghidang:
1. Masukkan sirap gula merah kedalam mangkuk
2. Potong sagu dan masukkan kedalam mangkuk.
3. Curahkan susu cair.
* Untuk lebih enak lagi, sejukkan dahulu sebelum makan.

* Selamat berbuka puasa ....

Saturday, 4 July 2015

Sirap SELASIH PUCUK PISANG


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Sekali lagi kita bersua dengan resepi 'Sirap Pucuk Pisang' ? 
Sirap yang paling saya gemari.
Kerap kali saya sediakan untuk minuman harian keluarga saya, Jamuan Hari Raya di rumah dan juga dipejabat.

Dalam pembuatan sirap ini, pastikan anda menggunakan Daun Pandan dan bukan nya 'Perasa Daun Pandan' ya kerana hasil nya akan berlainan rasa.
Untuk mendapatkan aroma yang umphh !!! daun pandan yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang banyak.
Pernah untuk 8 kilo gula saya gunakan 1 perdu (pohon) daun pandan

Resepi nya saperti biasa dan sama saperti disini Sirap Pucuk Pisang

Jom kita masak sirap ini..

Bahan A
2 kilo Gula putih 
15-20 helai daun pandan (saya suka letak daun pandan yang banyak semasa memasak sirap. Lagi banyak, lagi wangi) 
1 botol air biasa
Beberapa titis pewarna hijau
Beberapa titis pewangi/perasa 'Pisang Star Brand'

Bahan B
biji selasih (direndam dalam air panas ~ 5-10 minit supaya ia kembang)

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan bahan A (kecuali pewangi) kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Angkat dan biarkan sirap sejuk sedikit, ~ 30 minit, baru dimasukkan pewangi 'Pisang Star Brand'. (Jika sirap terlalu panas, aroma pisang akan berkurangan)
3. Sebelum disaji baru dimasukkan biji selasih. 

* Biji selasih jika dicampurkan kedalam sirap terlalu lama, ia akan menyerap kemanisan sirap tersebut. Dan hasilnya sirap anda akan rasa kurang kemanisan. Oleh itu adalah digalakkan mencampurkan ia semasa menghidangkan nya.

Thursday, 2 July 2015

NASI GORENG KERABU 'Versi Sambal Terasi matang'


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Nasi Goreng Kerabu kalau kena bahan yang digunakan nya memang 'menjadi'.
Sedap !
Sampai tak cukup !

Untuk yang ini saya gunakan lebihan Sambal Terasi beberapa hari lalu. Saya olah kembali dengan penambahan serai, daun limau purut, bunga kantan dan taugeh menjadikan ia 'Nasi Goreng Kerabu'

Memang Cun
Habis Licin !

Jom kita jengok resepi ...

Bahan A
Sambal Terasi Matang  di-sini

Bahan B (untuk 4 orang)
4 mangkuk nasi putih
1 kuntum bunga kantan (dihiris nipis)
3 bawang serai (dihiris nipis)
2 helai daun limau purut (dihiris nipis)
sedikit garam
segenggam taugeh.

Cara-Cara Memasak
1. Masukkan sambal Terasi kedalam kuali untuk memanaskan ia kembali (saya tidak menggunakan minyak tambahan kerana sambal terasi tersebut telah sedia berminyak)
2. Masukkan kesemua bahan B kecuali taugeh. Gaul biar rata.
3. Sebelum angkat, masukkan taugeh.

* Selamat berbuka puasa ...

Wednesday, 1 July 2015

KFC... Hot & Spicy


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Kentucy Fried Chicken Home Made.
Ranggup !
Pedas !
Sedap !
Best !

Jom ...

'Terima Kasih' kepada yang empunya resepi'
Resepi :  Blogresipi
Sumber : Dari Dapur MadihaA

Bahan A (Untuk Perap Ayam)
1/2 ekor ayam
6 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk perasa
Sedikit garam

Bahan B (untuk tepung)
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk perasa
Sedikit garam

Bahan C
1 biji telur (* saya tak gunakan, sebalik nya saya perapkan lagi sekali ayam yg telah disalut tepung untuk memastikan yg tepung 'mesra dan melekat' pada ayam)
Minyak secukupnya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan A selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan tepung B di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam ayam diperap, Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung B tadi.
4. Perapkan 1 jam lagi.
5. 5 minit sebelum digoreng, salutkan ayam tersebut (untuk kali ke-2) di dalam campuran tepung.
   Goreng dalam minyak yang banyak dan kuali yg bertutup (supaya ayam masak dan lembut isi nya didalam) sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

* Selamat Berbuka Puasa ..