BIHUN GORENG SEMPOI ...Juadah hari ke-18 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Hari ke 18 berbuka dengan bihun goreng sahaja.
Menu yang digoreng agak sempoi
Maklum nak cepat masak konon.. masuk je cili padi yang entah beberapa biji
Ingatkan OK ja, sekali makan pedas ya ampunnn
Maklum cili padi kampung yang kontot-kontot tu...

Tapi ikut selera memang lah  suka
Risau juga perut tu...

Sedikit kelainan dalam teknik penyediaan kali ini
Daging kisar Ramly saya goreng terlebih dahulu dengan sedikit lada putih 'Ajishio', bila dah masak saya pecahkan pula telur ayam sebiji, kacau kacau ok semua baru saya masukkan bawang besar dan cili padi potong. Cili saya potong saja.. bukan nya tumbuk atau mesin hancur.

Kadang masak-memasak ni ikut mood kan...



Bahan A
1/3 bungkus bihun siam (direndam 1/2 jam dan ditoskan airnya)
Sedikit taugeh

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 keping daging kisar Ramly
Sedikit lada putih 'AjiShio'
2 biji telur ayam
1 biji bawang besar
8-10 biji cili padi (saya hiris saja)
2 camca besar sos Cili 'Life'
2 camca besar Cuka Makan
2 camca besar Sos Ikan
2 camca besar gula putih
1/2 kiub pati daging
Kicap Manis 'Kipas Udang'

Bahan B
Daun bawang
Bawang Goreng

Cara-Cara Penyediaan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Masukkan daging kisar dan lada putih. Goreng sehingga daging kecut dan air daging berkurangan.
3. Pecahkan telur, kacau rata dengan daging.
4. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
5. Masukkan cili padi, sos Cili, Cuka, Sos Ikan, gula dan kiub daging.
6. Tambahkan sedikit air dan biarkan ia mendidih sekejap.
7. Masukkan bihun, kicap manis dan ratakan. Tutup tudung kuali dan perlahan kan api supaya bihun masak serata dengan sempurna.
8. Masukkan taugeh, gaulkan sekali lagi dan biarkan seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan.

* Selamat Berbuka Puasa ...

3 comments:

  1. bihun goreng mmg fav akak jugak ni tambahan kalau banyak taugeh lagi best krup krap krup krap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Nooriah saya pon suka taugeh yang ranggup

      Delete
    2. betul tu Kak Nooriah saya pon suka taugeh yang ranggup

      Delete

Powered by Blogger.