JOM TEBAS HUTAN ... aktiviti menegang urat dan mengeluar peluh !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Akhir-akhir ini akak agak sibuk sikit dengan aktiviti menegangkan urat saraf dan mengeluarkan peluh.....aktiviti yang dah lama ditinggalkan. 
Kalau bab-bab sapu sampah, daun -daun kering dan bakar, akak memang suka.
Suka melihat hasil kawasan yang cerah bersih.. Lega rasa hati dan lapang dada... Puas sangat....

Sekarang sibuk bersihkan hutan lalang, kayu kering dan cabut rumput atas tanah pemberian arwah emak.

Ibarat dalam 'coding program computer', menebas variable yang tak diperlukan yang melambat  kan processing, betulkan alignment, betulkan coding, cari syntax, cari lubang kesalahan dan sebagainya ...  semasa akak walk-thru 'code' anak buah / kakitangan akak dulu.

Berbalik pada tanah pusaka ini
Memang dulu akak tak berapa minat dengan tanah ini kerana kedudukan nya agak kedalam kampung ia-itu 300 meter dari jalan besar jika melalui belok-belok jalan tar kampung.
Tetapi kalau ikut kan jarak sebenar nya adalah lebih kurang 100 meter sahaja dari jalan besar.

Bukan bermaksud lain tetapi akak sebenar nya tak boleh tinggal dalam kawasan yang sunyi, satu perasaan yang tak tahu nak diceritakan.

Tapi arwah emak beria-ia maklumkan bahawa kawasan tersebut seronok untuk diduduki kerana kedudukan nya bersebelahan dengan sekolah rendah agama.

Oleh kerana akak tak berapa minat ketika itu, jadi akak tak pernah ada perasaan nak tinjau sekolah tersebut tambahan kawasan sekeliling penuh dengan pokok-pokok dan tak banyak pula rumah dibina ketika itu.
Kalau tak silap akak adalah lebih kurang 3 kali akak berkunjung ke sana bersama arwah emak. 

Kalau dulu akak sibuk dengan kerja di Kuala Lumpur, memang sah lah tak sempat nak tengok-tengok kan tanah tersebut walaupon jarak nya hanya lebih kurang 5.3 km sahaja dari rumah akak di Penang ini.

Setelah lebih 3 tahun menetap di Utara, masih tak timbul keinginan nak pergi melawat kawasan, al-maklum tak berminat katakan ....

Sehingga lah dalam pertengahan tahun ini terbit satu perasaan nak lawat kawasan....
Ya ALLAH patut lah emak kata seronok ...
Memang sekolah rendah agama tersergam betul betul sebelah dengan tanah akak.
Sekarang pon masih ada beberapa bangunan baru sedang dalam pembinaan
Kawasan keliling pon dah cerah, 
Rumah-rumah jiran ada beberapa buah.

Atas tanah ini emak ada menanam pokok rambutan juga mangga dan dari dibiarkan kosong, telah di amanahkan  kepada jiran sekampung yang juga membeli tanah sebelahan untuk bercucuk tanam juga menternak ayam. 

Dulu memang ia ditadbir dengan elok, tetapi setelah suami nya tiada, menyebabkan tanah tersebut kini penuh dengan rumput lalang juga ranting-ranting kayu kering.

Ketika ini belum ada apa-apa perancangan untuk tanah tersebut, sama ada nak bercucuk tanam atau dibiarkan kosong sebagai tempat parking kenderaan sekolah berdekatan, sekurang-kurang nya dapat juga pahala.
Dalam masa terdekat bersihkan dahulu... untuk kepuasan diri

Jom... akak memang berkobar-kobar sekarang ini
Sehingga hari ini dah 3 hari akak tegangkan urat akak. 
Mula pada ahad lepas 30 Sept,  03 dan 04 Oct
Bukan hari-hari pon... ikut kemampuan, kelonggaran masa dan kecerahan hari.. sebab di Utara ini kerap hujan.

Alhamdulillah sekurang-kurang nya aktiviti ini dapat menegangkan urat-urat juga mengeluarkan peluh.
Almaklum rasa nya lebih kurang 6 tahun tak beriadah. Dulu rajin juga berjogging keliling taman KLCC setiap petang target 7 pusingan tercunggap-cunggap tapi memang rasa segar-bugar selepas itu.

Jomm...
Hari ini kita tinjau peralatan-peralatan yang akak bawak.
Susulan nanti akak postkan foto-foto nya.

Bakul barang untuk mengangkut cangkul dan segala peralatan , Bangku dan Air Minuman

Cangkul, Pencakar Besi Kasar, Pencakar Sampah dan Pisau Sabit

Gergaji, Gunting , Gunting Pokok, Penyepit dan Golok

Plastik Sampah dan Raga Sampah

Minyak Gas, Kertas-Kertas Terbuang, Penyala Api, Pencucuh Api

Air Basuhan , Sabun, Sarung Tangan, Semburan Serangga


dan yang penting Penutup Kepala supaya tidak kepanasan yang boleh menyebabkan sakit kepala... Maklum dulu asyik duduk dalam Air-Cond saja...

Kesimpulan nya..
akak memang suka sangat aktiviti ini..mencabut rumput hingga ke akar umbi, bukan nya sekadar  layang dibahagian atas sahaja !

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.