SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI ... sungguh merecik-recik sedap nya !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..........
Nampak gaya nya, akak kena mula latih diri untuk masak menu yang lebih sihat lagi.. sebab kebelakangan ni penyakit tangan kebas kembali lagi,
Dulu pernah sekali, lama juga lepas makan ubat, buat fisio dan berkat doa, alhamdulillah dah berkurang.
Dan baru baru ni akak check kolesterol akak naik sedikit, mungkin ini penyebab nya
emmm nampak gaya nya kena control-control makan dah .
Jadi buat permulaan akak masak stim je lah.
Menu dari Thailand boleh rujuk disini IKAN SIAKAP STIM VERSI THAILAND
Kat pasar tu, kadang ada perkhidmatan menyiang ikan, Kadang tu tak ada ........
Tapi kalau nak masak pada hari yang sama elok lah diminta si penjual tu siang kan awal-awal..
Tapi macam akak ni, kadang beli banyak sekali, 2-3 hari baru masak, jadi lebih elok siang sendiri bila confirm dah nak masuk kuali.

Dulu akak guna pisau untuk membuang sisik ikan,
Sekarang dah pakai alat ini.. ... tapak paku yang diguna untuk mencucuk bunga hiasan.
Sekarang dah pakai alat ini.. ... tapak paku yang diguna untuk mencucuk bunga hiasan.
Bagus juga fungsi nya sebab mudah sangat untuk menanggalkan sisik,
Ini lah hasil nya.....
Jom kita tengok resepi pulak
Bahan A
1 ekor ikan siakap
1 batang serai (dikerat menyerong. Ambil bahagian pangkal ubi sahaja manakala bahagian atas masukkan kedalam bahan D )
sedikit akar dan daun ketumbar (dikerat sepanjang 1 inci)
Bahan B (Tabur diatas ikan)
1 batang serai (dikerat menyerong. Ambil bahagian pangkal ubi sahaja manakala bahagikan atas masukkan kedalam bahan D )
3 helai daun limau purut (carikkan)
Bahan C (Sos)
8 ulas bawang putih (dicincang halus)
5 camca besar Sos Ikan
1 biji limau nipis (diambil jus nya)
20 biji Cili padi merah dan hijau (dihiris nipis)
Sedikit gula kabung / Merah
Sedikit gula putih
sedikit Daun Ketumbar (dikerat pendek)
Bahan D (Air kukusan)
2 batang serai (bahagian hujung dari bahan A dan B)
3 helai daun limau purut
Air secukup nya untuk proses mengukus
Cara-Cara Menyediakan nya
2. Masukan bahan A yang lain (serai dan daun /akar ketumbar) kedalam perut ikan dan ketepikan.
4. Letakkan periuk kukus yang berlubang diatas nya dan letakkan bekas yang berisi ikan tadi, dan
tabur dengan bahan B.
5.Tutup tudung pengukus dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga ikan masak.
6. Untuk Sos... Satukan kesemua bahan C kedalam mangkuk. Jus yang terhasil dari proses mengukus juga disatukan dalam mangkuk ini (Asingkan daun limau purut dan serai).
7. Ikan kukus dipindahkan kedalam mangkuk hidang dan curahkan sos ke atas nya,
8. Siap untuk dihidangkan
Assalamualaikum FHA
ReplyDeletekaknoor baca resepinya pun dah tau sedap sebab macam2 ada nak kena cari jugak siakap ni terlioq lah
kaknoor pun ada jugak benda yg digunakan utk buang sisik tu, tapi diBrunei di jual dengan pemegangnya sekali lagi mudah taklah kena tangan dan sangat memudahkan kita nak buang sisik ikan
W'salam kak noor, kat sini pon ada dijual. Tapi akak nak diy sendiri.. Konon konon hehe...
ReplyDeleteSayang nak buang tapak paku ku