LIDAH GORENG DAUN KUNYIT .. simple tapi lagi sedap dengan aroma daun kunyit


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lidah lembu yang akak beli hari tu masih ada baki 1/4 bahagian lagi kan !
 3 hari lepas akak dah share resepi SUP LIDAH yang ringkas dan sedap tanpa perasa tambahan !

Jadi hari ini kita jamu dengan resepi LIDAH GORENG DAUN KUNYIT pulak

Cara memasak nya mudah saja saperti kita goreng kunyit biasa tu,
Cuma 5 minit sebelum angkat, masukkan hirisan daun kunyit, kacau-kacau seketika dah boleh diangkat untuk dihidangkan.

Rasa nya memang tentu jauh berbeza dengan goreng kunyit biasa,
Sebab nya daun kunyit ini ada aroma nya tersendiri.

Jom lah cuba !,
Boleh guna resepi yang sama untuk ayam dan juga daging

Bahan A
1/4 bahagian lidah lembu
Air secukup nya untuk merebus sehingga lembut

Bahan B
3/4 camca teh kunyit serbuk
1/2 camca teh lada hitam serbuk
Sedikit garam

Bahan C
Sedikit minyak
1/2 inci halia *optional
3 biji bawang besar (dihiris tebal)
1 biji cili merah (dihiris menyerong)
30-35 biji cili padi kampung (merah dan hijau) * Boleh diganti dengan cili merah atau cili padi biasa
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
Sedikit kicap lemak masin 'kipas udang'
Sedikit kicap lemak manis 'kipas udang'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Lidah dibasuh bersih dengan mengikis lendir-lendir dan kotoran (jika ada) menggunakan pisau dan kemudian nya ia dibilas bersih.
2. Masukkan kedalam periuk yang berisi air dan rebus kan ia sehingga lembut.
3. Keluarkan lidah dan kikis / tanggalkan kulit keras dibahagian luar.
4. Potong kepada ketulan mengikut saiz yang disukai dan gaul dengan bahan B, kemudian nya diperap 1/2 jam

5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan lidah yang telah diperap tadi bersama hirisan halia. Goreng jangan terlalu lama kerana lidah sebelum ini telah pon masak.
6. Seterusnya masukkan bahan C yang lain dan ratakan (agak-agak 5 minit sahaja untuk mengelakkan bawang menjadi terlalu layu) boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. betul lah kak, aroma daun kunyit tu jd menyelerakan... tak kira lah masakan apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana, kadang jemu juga goreng kunyit biasa-biasa tu

      Delete
  2. aduh tak pernah makan lidah lembu ni, tak tau rasa nya lah
    macam rasa daging jugak ke kaknoor memang blur lah
    kalau perut dan limpa tu rasa nya memang berbeza kan, ni lidah adoii tak tau nak imagine!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perut dan limpa memang rasa lain yang berbeza ketara. Yang ini rasa saperti daging, tapi lebih lebih sedap lagi, sedikit kenyal... sedap sangat kalau rebus buat sup,cicah air asam atau apa saja... kalau belum pernah rasa, eloknya buat sup dulu baru dapat rasa keaslian. lepas tu baru boleh cuba masakan lain

      Delete

Powered by Blogger.