SAMBAL TUMIS TALANG KERING ... bukan mudah nak dapat rasa sesedap air tangan arwah emak ! Kena simpan resepi ...



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi ni akak buat entry yang serba ringkas ya
Kalut nak pi kebun
Kena pi awal ni sebab sekarang ni dalam pukul 1.30 tengahhari saja dah mendung lepas tu hujan lebat.
Selalu nya akak balik kebun paling lewat pukul 2.30 pm
Paling awal sampai kebun lebih kurang 9.30 pagi

Resepi ini walau pon ramai pernah masak, akak pon dah banyak kali masak tapi selalu nya tak jadi sesedap air tangan arwah emak.

Tapi kali ini,  Alhamdulillah...
Akak kena simpan resepi ini walaupon biasa-bisa saja pada semua tapi ia adalah untuk rujukan hari mendatang akak.

Akak masak sambal ini petang, lepas balik kebun,
Lapar sangat, dah tak tahu nak masak apa,
Akak capai ikan talang kering, kebetulan ada stok dalam peti sejuk,
Kalau lauk lain kena rendam bagi cair dulu sebab beku dalam peti,

Akak fikir nak masak sambal tumis saja, sebab kebetulan ada balance cili kisar dengan bawang dalam peti ais.
Nasi pulak akak masak nasi lemak lagi, walaupon dah berkali-kali akak masak dalam tempoh terdekat ini, selagi sedap selagi tu akak masak.
Tak ada timun, tak ada ikan bilis, tak ada kacang, cukup sambal ikan kering ini

Akak hiris 2 biji bawang besar tambah dalam sambal sebab tengok macam cili nya tak berapa pekat,
Alhamdulillah kejadian sambal akak ini sebiji macam arwah emak masak, sedap sangat !!!!
Sambal yang tak diletakkan gula, cukup rasa ikan kering dan rasa masam, masin dengan yang aroma nya sedap sekali

Sedap sebab lapar... salah satu nya
Tapi bila kenyang pon, akak asyik ulang nasi berkali-kali,
Habis nasi lemak, akak ulang dengan nasi putih biasa pulak ........

Juga untuk keesokkan nya pon makan sehingga baki bekas-periuk pon sayang nak dibasuh, akak gaul dengan sedikit nasi ...
emmmmmmmmmm...


Bahan A
12-15 ketul ikan talang kering bersaiz sebesar ibu jari tangan
minyak untuk menggoreng

Bahan B (digoreng selama 1-2 minit secara berasingan dan dikisar halus)
15 biji cili kering
1 biji bawang merah (dipotong 4)

sedikit air

Bahan C
2 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
8 biji cili padi merah (di potong kasar) * untuk menambah kepedasan dan sedap
1 camca teh pes asam jawa 'Adabi'
Sedikit belacan
Sedikit garam *jika perlu

* Tidak dimasukkan gula


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan goreng cili kering dan bawang merah selama 1-2 minit secara berasingan dan kemudian nya dikisar sehingga halus.

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng ikan talang kering sehingga masak, biarkan sedikit garing (warna bertukar kecoklatan) baru sedap.

3. Menggunakan minyak goreng ikan kering, tumis bahan kisar. Biar sehingga cili masak sedikit dan air mulai susut.
4. Masukkan bahan C yang lain dan perlahan kan api, masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak.
* Minyak tak lah sebanyak/bergelidangan terbit kerana kita masukkan bawang hiris kemudian. Cuma sedikit sahaja... tak apa abaikan pasal minyak tu, yang pasti sambal ini memang sedap !!!
5. Siap untuk dihidangkan .
Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. alahai sedap nya kak... biasa ikan talang ni kan org msk lemak cili api atau msk kari... bila bt sambal tumis lain lak... nampak sedap btl hsilnya tu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.