AYAM KAPITAN ... Lama mengidam lauk ini, memang yummy dan sedap sangat!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Keinginan nak merasa lauk AYAM KAPITAN memang dah lama,
Cuma baru ini berkesempatan untuk menikmati nya kerana kebiasaan nya ayam akan di masak kari, goreng dan masak cabai atau masak yang biasa-bisa tu.

Kerap kali mengintai lauk ini di Dapur Tanpa Sempadan yang di sediakan oleh Che Mat Gebu.
emmmm.... tengok foto-foto nya pon dah tau menyelerakan akak !

Menurut  beliau, resepi ini adalah resipi orang peranakan kaum Baba Nyonya yang mana masakan mereka juga boleh dikatakan fusion, iaitu menggabungkan bahan2 tertentu dalam masakan. Kari kapitan terkenal di Penang dan ia adalah salah satu masakan orang2 peranakan yang tersohor. 

Kuahnya masakan ini agak sedikit pekat dan rasanya tidak berapa pedas, tapi oleh kerana akak suka masakan pedas maka akak lebihkan cili kering.
Sesuai dimakan bersama nasi panas dan boleh juga dicicah dengan lempeng atau roti.


Resepi asal boleh rujuk disni AYAM MASAK KARI KAPITAN.
Terima Kasih Che Mat


Bahan A
1/2 ekor ayam (dipotong kepada ketulan sederhana)
4 helai daun limau purut
1/2 camca teh lada sulah * akak masukkan 1/2 camca teh lada hitam serbuk dan 1/2 camca teh lada putih serbuk yang dikisar sendiri

Bahan B
1/2 cawan minyak
1 cawan pati santan
1 biji limau nipis (perah jusnya) * akak gantikan dengan 2 biji limau kasturi
Gula secukup rasa * Akak tak masukkan
Garam
Air secukupnya

Bahan C (dikisar halus)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
4 biji cili merah * akak masukkan sebiji sahaja
8 tangkai cili kering * akak gunakan cili kering superhot ~ 12 biji
1 inci kunyit hidup
2 batang serai (hiris)
1/2 inci belacan
2 camca besar minyak masak * akak tambah untuk melancarkan proses kisar
Sedikit air

Bahan D (untuk hiasan)
Bawang goreng
Daun pudina

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam dipotong kecil atau ikut suka, cuci dan toskan, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum hingga rata dan perap 15 minit. Cuci kembali hingga bersih. tos dan ketepikan.

2.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis  bahan C sehingga harum dan terbit minyak yang banyak. Pastikan guna api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berkerak.
3.  Bila sudah naik minyak, masukkan ayam, daun limau purut dan lada hitam/putih, gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
4. Tuang sedikit air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih kembali.
5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan ayam masak.
6. Masukkan jus limau nipis (yang ni anda agak2 lah yea, masukkan sikit dulu, kacau dan rasa kuahnya, kalau perlu baru tambah lagi). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
7. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun pudina sebelum dihidangkan..

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. sedapnya ni kak.... tgk bahan2nya pun dh tau sedap...
    bau semerbak nih.... lagi2 bila ada daun limau purut tuh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.