SOS BAWANG ... sos yang sedap dan 'tetap' menjadi pilihan keluarga !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Sebagaimana yang dijanjikan semalam, hari ini akak nak share resepi SOS BAWANG kegemaran keluarga yang dimakan dengan cucur bawang, cucur udang mahu pon cucur bilis.
Senang kata apajenis cucur lah kecuali cucur kodok kerana cucur ini memang sudah tersedia manis.
Resepi ini adalah dari arwah isteri abang pupu yang memang pakar dalam bidang masak-memasak.
Sos yang boleh dikatakan kerap disediakan kerana Sos botol memang tak ada dalam menu list keluarga kami.
Tak saperti sos cucur bawang yang lain yang agak cair, sos ini lebih enak jika dibuat pekat.
Maksud nya tak perlu diletakkan banyak air, cukup sekadar 2-3 camca besar air.
Untuk kali ini pon akak dah 'terlajak' masukkan air'.
Itu yang nampak sedikit berair.
Cuba lah... memang sedap sangat-sangat !!!!
Bahan A (di tumbuk sehigga lumat)
12-15 biji cili kering (direbus lebih kurang 5-12 minit supaya lembut. Toskan air nya)
sedikit belacan
sedikit garam
1-3 camca besar air
Bahan B
3-4 sudu besar 'penuh' gula putih * Boleh digantikan dengan gula merah atau gula perang
1 1/2 camca teh asam jawa *akak guna jenama 'ADABI'
5-7 ulas bawang merah kecil (dihiris nipis)
1 biji limau kasturi atau 1/2 biji limau nipis (diambil jus nya) *optional untuk menambah aroma dan keenakan sos. Jika tambahkan jus ini, asam jawa mesti 'dikurangkan sedikit'
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cili kering direbus lebih kurang 5-12 minit supaya lembut. Kemudian toskan air nya lalu ditumbuk sehingga lumat bersama belacan dan garam.
2. Kaup cili kedalam mangkuk. Masukkan sedikit air kedalam lesung untuk pastikan bekas-bekas cili tidak terbuang. Tuang kedalam mangkuk.
3. Satukan semua bahan tumbuk dengan bahan B yang lain dan di gaul sehingga rata.
4. Siap untuk dihidangkan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
No comments: