SUP IKAN MERAH yang sedap tanpa MSG ... untuk ibu berpantang
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...
Hari ini akak nak share resepi SUP IKAN MERAH yang sedap tanpa MSG
Lauk yang dimasak khas untuk anak saudara yang sedang melalui proses berpantang.
Alhamdulillah beliau baru melahirkan anak kembar setelah sekian lama menantikan zuriat.
Akak tumpang gembira sangat-sangat ...
Tidak lupa ucapan 'terima kasih' kepada seorang customer di tempat akak berkerja dulu yang sanggup berkongsi pengalaman dan pendapat beliau.
Sanggup melayan soalan-soalan akak yang cerewet dan berjela-jela walau pon ketika itu sudah pon larut malam.
Soalan demi soalan yang bermain dikepala diajukan maka nya mendorong akak cadangkan kepada anak saudara untuk mencuba alternatif yang dipilih.
Semua ini telah ditentukan ALLAH sejak azali lagi.
Walaubagaimana pon, kita harus berusaha, walau pandangan siapa pon tidak boleh diperkecilkan
Kerana penyelesaian nya kadang melalui orang lain.
Sup yang akak sediakan ini tidak dimasukkan sebarang perasa tambahan.
Tapi rasa nya sangattt sedappppp.
Dan yang penting, ia amat sesuai juga kepada yang ingin berdiet.
Mungkin bahan yang digunakan sama atau hampir sama dengan resepi-resepi yang lain, tetapi cara akak menyediakan nya yang sedikit berbeza menjadikan lauk kali ini amat sedap sekali.
Contoh nya...
Akak akan tumis bawang putih dahulu sehingga ia bertukar menjadi keemasan untuk menerbitkan aroma bawang, baru akak masukkan halia.
Halia ini pula akak akan potong kecil-kecil atau boleh kata macam cincang lah.
Kacau-kacau halia sehingga 'betul-betul layu' untuk mengeluarkan rasa halia baru dimasukkan rempah 4 sekawan.
Bawang merah yang ditumbuk (bukan kisar ya, kerana bawang kisar mengeluarkan rasa yang tidak sedap... jadi akak lebih suka tumbuk) akan dimasukkan selepas memasukkan air, supaya kemanisan bawang tidak berkurangan dan ia akan larut dan sebati dalam kuah sup.
Lada hitam pula, akak kisar sendiri kerana lada hitam serbuk yang siap dijual dipasaran kebiasaan nya dicampur dengan tepung...
OK... itu cara akak masak sup kali ini.
Kerana akak cuba elakkan memasukkan perasa tambahan tapi nak masakan tetap sedap !
Macam selalu, akak masak lebihhhh
Akhir nya berpinggan-pinggan menambah nasi.
Bukan 2 tapi 4 tau ....... makan dengan cili padi kampong... ahaks !!!
Peminat pedas kan !!!
memang sedap !!!!!!!
akak suka...
Bahan A
2 keping ikan merah
1-2 biji ubi kentang (dipotong kiub)
Bahan B
1 camca besar minyak jagung / zaiton (sedikitttt saja sekadar untuk menumis)
5-6 ulas bawang putih (seelok nya dicincang dari dihiris)
1 1/2 inci halia (dihiris batang mancis dan dipotong pendek atau dicincang)
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
8 kuntum bunga cengih
6 biji buah pelaga
Bahan C (jadikan pes)
1 camca besar rempah sup
sedikit air
Bahan D
Air secukup
2 biji bawang besar (ditumbuk. Jangan kisar kerana rasa nya akan 'lari')
1/2 camca besar Lada Hitam biji (ditumbuk halus/kisar kering)
1/2 pokok daun ketumbar (dihiris)
garam
2 pokok daun ketumbar (biarkan sepokok-sepokok)
Bahan F
Bawang Goreng
Daun Sup (optional)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumis bawang putih sehingga ia bertukar keemasan untuk menerbitkan aroma sepenuhnya.
3. Baru masukkan halia dan kacau ~ 5 minit sehingga ia benar-benar layu/kecut.
4. Masukkan rempah 4 sekawan dan kacau sehingga terbit aroma.
5. Masukkan pes rempah. Kacau sehingga rempah sedikit kering.
6. Masukkan air bersama bawang merah dan biarkan sehingga kuah mendidih.
7. Masukkan ikan, ubi kentang, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan perasakan dengan garam.
8. Perlahankan api dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
9. 2 minit sebelum angkat, masukkan daun ketumbar (pokok).
10. Tabur dengan bahan F semasa menghidang.
No comments: