SALMON PANGGANG LADA HITAM yang sedap ... untuk ibu berpantang


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum semua ...

Masih lagi lauk untuk ibu berpantang... SALMON PANGGANG LADA HITAM
Yang tak berpantang pon tumpang sekaki.
Eh   ! bukan sekaki, tapi dua kaki,  macam akak ni... ahaks !

Senang ja nak buat .........
Akak perap sebelum tidur, sehari sebelum lah tu supaya semua rempah ratus sebati dalam isi ikan.
Siang terus panggang.

Bahan perapan pon simple, sebab akak nak yang asli,
Tak nak sebarang perasa tambahan walaupon sos tiram !

Masa nak makan, tabur dengan bawang putih yang digoreng ranggup krup ! krap ! krup ! krap !
Sedap lah pulak !

Boleh buat selalu ni !!!!!!!!



IKAN SALMON

Bahan A
2 keping isi ikan salmon

Bahan B
1 1/2 inci halia (dicincang)
1 camca kecil 'penuh' lada hitam serbuk * kisar dari lada hitam biji
1/2 camca teh kunyit serbuk * seelok nya guna kunyit segar
sedikitt  garam * Tak perlu masin saperti ikan goreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan B sehingga sebati dan salut pada ikan sehingga rata.
2. Masukkan dalam bekas bertutup, atau plastik wrap dan perap semalaman dalam peti sejuk.



BAWANG PUTIH RANGGUP

Bahan C
2 labu bawang putih (dicincang)
sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga keemasan dan ranggup. Pastikan menggunakan api perlahan untuk ia garing dengan sekata dan tidak hangus. 
2. Angkat dan toskan minyak nya * minyak di simpan untuk panggang ikan







PROSES MEMANGGANG

1. Menggunakan kuali non stick, panaskan 1 camca besar 'minyak goreng bawang putih' diatas .
2. Masukkan ikan bersama bahan perapan, tutup tudung kuali dan perlahankan api.
3. Panggang sehingga keperangan. 
4. Alihkan ikan dan terus kan proses memanggang sehingga masak sempurna.

* Proses memanggang tidak memakan masa yang telalu lama kerana udara panas yang terperangkap dalam kuali mempercepatkan proses memasak.






CARA MENGHIDANG

1. Letakkan ikan dalam pinggan hidang
2. Taburkan bawang putih goreng 'ranggup' di atas dan sekeliling ikan.
3. Siap.

Yummy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

1 comment:

  1. Kalau ibu yg menyusu lepas tu anak still kuning rasa nya x sesuai letak lada hitam kan? Sbb panas . Kalau anak dh hilang jaundice ok la . Sedap nya nak try without lada 😋

    ReplyDelete

Powered by Blogger.