PARU GORENG '9 MIX SPICE' yang sedap ... cuba yang ini jika jemu goreng goreng biasa


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Resepi untuk hari ini ini PARU GORENG '9 MIX SPICE'

Kalau jemu dengan goreng kunyit, goreng jintan dan goreng Sambal paru yang kering,
Boleh cuba resepi yang ini pulak.

Amat mudah dan yang pasti amat sedap.

Menggunakan 5 MIX Spice.... campuran rempah ratus serba guna yang akak buat khas untuk  GOLDEN CHICKEN tempoh hari.
Masukkan lagi beberapa jenis rempah tambahan untuk lebih menyedapkan saperti lada hitam, lada putih, kunyit serbuk dan serbuk buah pala.

Boleh dimasak  untuk apa saja; ayam, daging, sotong, udang, limpa mahu pon paru.

Tak rugi kalau ada 5 MIX Spice ni ..........

Hari tu akak buat sendiri ja, sebab tak sabar-sabar nak makan.

Nak mudah, boleh order dengan Izzati Sobri di FB Chef Hassan Hen Mai Kongsi Resepi.

Jommm  ikut masuk dapurrrrrrrrrrrr.


Bahan A
300 gram paru
Air secukup nya utuk merebus

Bahan B
1 1/2 Camca kecil 'penuh' 5 MIX SPICE
1/2 Camca kecil Lada Hitam Serbuk
1/2 Camca Kecil Lada Putih Serbuk
1/2 Camca Kecil Kunyit Serbuk
1/2 camca kecil Buah Pala serbuk (optional)
1/2 inci halia (di hiris batang mancis)
Sedikit Garam (optional)

Bahan C
sedikit minyak untuk menggoreng (bukan goreng tenggelam)
1-2 pelepah daun kari
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'

Bahan D
8 ulas bawang kecil (di belah 4)
10-12 biji Cili Padi (di hiris menyerong)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Paru dipotong kepada ketulan sederhana besar untuk memudahkan proses merebus.
2. Masukkan kedalam periuk, tambahkan air dan rebus sehingga masak dan lembut.
3. Toskan air dan potong kepada ketulan saiz kecil (ikut kesukaan )
4. Perap paru dengan bahan B selama 2 jam.

5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan paru bersama daun kari.
6. Goreng sehingga paru sedikit mengecut. ,,, Tak perlu sehingga paru kering kerana texture akan menjadi keras dan liat
7. Tambahkan kicap masin, kicap manis dan sebatikan. Lebihkan kicap manis berbanding masin.
8. Akhir sekali masukkan bahan D. Ratakan sebentar dan angkat untuk dihidangkan.


5 MIX SPICE
Bahan A
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1  1/2 camca besar ketumbar biji
* setiap satu disangai  secara berasingan sehingga wangi. Kemudian satukan dalam pengisar kering dan kisar sehingga menjadi serbuk.
* Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan ditempat kering atau dalam peti sejuk dan boleh digunakan bila-bila masa diperlukan.



Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Replies
    1. Boleh cuba. Dengan tambahasn aroma daun kari memang menyelerakan

      Delete
  2. tak pernah masak macam ni lagi..nak cuba la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. Akak belajar dari nyonya yg akak jumpa di pasaraya semasa mencari 5 mix spice. Chinese memang selalu guna spice ini dlm masakan mereka

      Delete

Powered by Blogger.