PARU SAMBAL BEREMPAH ...yang terlajak tambah berpinggan nasi


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Keinginan nak makan paru yang dibeli bersama daging ketika nak sambut raya puasa hampir sebulan lalu terubat sudah.
Hampir sebulan tersimpan berbungkus elok dalam peti sejuk beku.
2 hari lepas baru berkesempatan memasak nya.

Mana tak nya asyik masak daging, ikan, ayam, udang, daging, ikan, ayam, udang sampai terlupa.
Akak beli banyak juga masa tu,
Ya lah.. barang baru, rasa macam semua nak diborong,
Akhir nya daging, paru dan lidah menjadi pilihan.

Semua dah dimasak kecuali paru saja yang tinggal.

Oleh kerana akak beli agak banyak, jadi yang ini masak separuh dulu, PARU SAMBAL BEREMPAH.

Kebetulan dah lama tak makan lauk bersambal sebegini.

Sambal kegemaran arwah emak,
Cuma kali ini akak tambah sedikit sos, rempah daging dan gula kabung supaya ia mempunyai sipi-sipi rasa manis.
Tapi kalau resepi asal memang tak ada semua tu kerana emak memang tak suka lauk manis ala orang kelantan.

Selain paru, bahagian-bahagian lain atau daging mahu pon ayam boleh dimasak sambal sedap ini.
Tapi kalau ayam, pastikan ia digoreng 1/2 masak dahulu.

Jomm...


Bahan A
500 gram Paru
Air secukup nya

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dimayang nipis)
5 ulas bawang putih (dimayang nipis)
1 inci halia (dimayang nipis)
2 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan C (kisar sehingga halus)
20-25 biji cili cili kering (ikut kepedasan yang disukai)
2 camca besar minyak masak
Sedikit air

Bahan D
1 camca besar rempah kari daging
6 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
1 batang serai (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)

Bahan E
1 keping asam gelugor
1 camca besar Sos Cili 'Life'
1 camca besar Gula Merah atau Gula Kabung

Bahan F
Kicap Masin 'Kipas Udang'
Sedikit garam
1 helai daun Kunyit (dihiris nipis)

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Bahan A disatukan dalam periuk dan direbus sehingga lembut atau separa  kemudian dipotong kepada ketulan kecil.
* Air rebusan disimpan untuk memasak sambal

2. Dalm periuk yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga terbit aroma dan bawang menjadi layu.
3. Masukkan bahan C dan D. Masak sehingga naik minyak dan sambal menjadi pekat.
4. Masukkan paru bersama air rebusan dan bahan E. Sebatikan dan masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat kembali.
5. Perasakan dengan kicap dan sedikit garam (jika perlu). Terus kan masak sehingga terbit minyak.
6. Agak-agak 5 minit sebelum angkat, tabur dengan hirisan daun kunyit.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. sedapnya kak.... raya aritu mak tak sempat masakkn sambal paru, sempat msk rendang hati ngn limpa...
    paru nih msk apa pun sedap kan kak, cuma kadang klu beli kt kedai yg msk paru sambal di grg dulu, kadang liat sgt.... dana suka yg direbus dulu mcmni... takdela seliat di grg tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana... susah nak cari masakan paru yang lembut, selalu nya digoreng hampir kering menjadikan ia kadang tu keras

      Delete

Powered by Blogger.