AYAM GORENG 'BAWANG PUTIH' YANG SEDAP .... suka dengan aroma bawang !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Dah lama ngidam nak makan AYAM GORENG 'BAWANG PUTIH' ini apabila ter VIEW foto dari google yang chanel ke blog Zila di sini AYAM GORENG BAWANG PUTIH.
Tentu ramai dah mencuba nya.
Akak baru saja nak rasa.

Yang ini kali ke dua akak sediakan.
Kali pertama tak sempat diambil foto nya sebab akak masak sedikit. Dah tu pulak habis cepat !

Rupanya bawang putih yang diketuk sedikit dan digoreng dengan kulit-kulit begini memang sedap kan.
Cepat saja habis bawang tu
Jadi untuk kali ini akak lebihkan lagi bawang.

Akak masak guna bawang putih 'bakar' ini sebab aroma nya lebih harum dari bawang putih yang biasa tu.
Sebenar nya bawang putih apa pon tak kisah .... yang penting bawang putih

Jomm masak ........

Bahan A
1/2 ekor ayam  ~ 600 gram (dipotong menjadi ketulan kecil)

Bahan B
1 camca besar Tepung Jagung
1 camca besar Sos Tiram
2 camca teh Serbuk Penaik * akak tak masukkan
2 camca teh Ketumbar biji (disangai terlebih dahulu dan ditumbuk halus)
2 camca teh Kunyit Serbuk
1 inci halia (dihiris halus/parut)
1/2 camca teh lada hitam serbuk *akak tambah
1/2 camca teh lada putih serbuk *akak tambah
4 tangkai daun kari *akak tambah
Sedikit garam

Bahan B
Minyak secukupnya untuk menggoreng
8 labu bawang putih 
1/2 camca teh garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Basuh ayam sehingga bersih.

2. Satukan ayam dengan bahan A dalam bekas dan digaul sehingga rata. 

3. Biarkan selama 20-30 minit sehingga rempah-rempah sebati bersama ayam.

4. Bawang putih diceraikan-ceraikan dan kemudian disiram air untuk membersihkan nya. Jangan dikupas/buang kulit luar nya. 


5. 'Ketuk-ketuk manja' setiap satu sekali atau 2 dengan lesung supaya lebam/pecah sedikit sahaja tetapi jangan sampai hancur.
6. Tabur dengan sedikit garam, sebati dan ketepikan.



7. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas.
8. Masukkan bawang putih dan goreng sehngga garing dan ranggup.


9. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

10. Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak. Angkat dan toskan minyak.


11. Satukan ayam dan bawang putih. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Ya allah...kenapa nampak sedap sangat ni...gambar pun nampak cantik betul tu ha..SA pun masak guna bawang putih bakar ni...lagi sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawang putih bakar ni memang lebih beraroma dari bawang putih yang biasa kan.
      Susah nak cari. Setakat ini yang akak perasan di kediaman akak, hanya ada di Tesco sahaja

      Delete
  2. Boleh cuba ni... menyelerakan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.