KWETIAU SUP TELUR ... mudah tapi terlajak sedap


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

KWETIAU SUP TELUR ini akak sediakan petang semalam.
Kadang-kadang tekak nak makan macam-macam.
Tapi malas nak masuk dapur lama-lama, tambahan dah petang, maka jadi ini lah menu ini.
Mudah saja tapi amat sedap !

KWETIAU SUP TELUR ....
Kes teringat yang akak pernah order 'Meehon Sup'  di Restaurent DJU cafe di kawasan kediaman akak dulu di Selangor.
Terbayangkan ketika itu sup daging yang amat mengiorkan....
Tapi apabila sampai ja... sup telur.

Silap tak tanya terlebih dahulu sup telur ke sup ayam ka sup daging.
Nak tak nak makan juga lah

OK lah kenyang jugak..

Jom kita 
Ini cara akak masak sup telur yang amat menggoda ! ahaks !!!


Untuk 2 orang makan

KWETIAU

Bahan A
1/2 bungkus kwetiau
Air Mendidih secukup nya

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan kwetiau ke dalam mangkuk atau boleh juga masukkan kedalam penapis dan letak kan kedalam mangkuk.
2. Curahkan air mendidih dan ratakan. Tujuan nya adalah untuk mengasingkan minyak lebihan secara tak langsung meleraikan antara satu sama lain setiap urat kwetiau.
3. Tos kan air dan ketepikan.

KUAH SUP

Bahan B
minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (dicincang)
3/4 mangkuk kecil hirisan daun sup *bahan penting..daun sup yang ditumis sampai kecut nanti akan menjadikan sup kita lebih sedap

6 ketul fish ball
1 keping fish cake (dipotong sederhana tebal)

Bahan C
Air secukupnya sebagai kuah
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1/3 camca teh lada putih serbuk
1 camca teh stock ayam 'Meggi'
gula batu sebesar ibu jari
sedikit garam

2 biji telur

Bahan D
Cili padi
Bawang Goreng
Limau kasturi  *optional
Sedikit Daun ketumbar *optional

Cara-Cara Menyediakan nya
1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum.* Tak perlu tunggu sampai bertukar keperangan
2. Masukkan hirisan daun sup dan masak sehingga layu untuk menerbitkan aroma daun sup
3. Masukkan fish ball dan fish cake. Masak sehingga  bertukar sedikit keperangan,
4. Terus masukkan bahan C (kecuali telur).
5. Apabila kuah telah mendidih, baru masukkan telur sebiji sebiji secara berasingan supaya terpisah antara satu sama lain. Perlahankan api dan tutup tudung kuali supaya telur masak sempurna.
6. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

3 comments:

  1. bg dana kak masakan yg ala2 sup ni, mkn ngn apa je... isi simple cuma tlr pun boleh jd menyelerakan.... mkn lak pns2 compom blh bertambah

    ReplyDelete
  2. Bak mai semangkuk... sedapnya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.