UNGKEP AYAM STYLE JAWA ... sedap masakan jawa ini
Bismillahirrohmanirrohim
Salam Jumaat semua !
Isnin, Selasa ... dah Jumaat. Kemudian Sabtu dan Ahad.
Kembali Isnin...
January, February ... dan sekarang dah minggu ke 3 September
Lepas tu hujung tahun, disusuli tahun baru.
Sekarang bila dah bersara ni, amat-amat terasa sangat masa berjalan ! bergitu cepat ! bersilih berganti !
Berbanding dulu yang terlalu sibuk dengan projek dipejabat... sampai tak ingat dunia luar.
Bom kalau meletup dipejabat sebelah pon akak tak perasan... Itulah dulu
Jadi kita semua termasuk diri akak harus pandai agih-agihkan masa dan lebihkan amalan untuk akhirat. In Sya ALLAH !
OK berbalik kepada resepi hari ini... UNGKEP AYAM STYLE JAWA
Nak cari sedikit kelainan sebab dah tak tahu nak masak apa dengan isi ayam.
Teringat resepi Ungkep !
Search internet lah macam biasa ............
Terjah dapur Che Mat Gebu blog Dapur Tanpa Sempadan
Che Mat guna ketulan ayam, tapi akak gantikan dengan isi ayam bahagian dada dalam 4 ketul.
Terima Kasih Che Mat ! Akak share resepi di sini ya.
emmm, sedap resepi ini !
Akak ni ....
Sejak menjak makan BRENGKES hari tu BRENGKES DAGING QURBAN dan BRENGKES IKAN JENAHAK, dah mula minat masakan yang ada iras-iras.
Bahan A
3-4 ketul isi ayam bahagian dada
1 camca teh kunyit serbuk
Sedikit garam
Bahan B (Dikisar halus)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 biji cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup
Bahan C
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan D
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
1 camca besar gula melaka * akak guna gula kabung
Garam secukup rasa
Perasa tambahan *optional
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Isi ayam dipotong kepada ketulan sederhana, digaul dengan kunyit dan garam. Perap 1/2 jam
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
3. Panaskan minyak goreng ayam tadi dan tumis bahan B hingga mendidih dan harum.
4. Masukkan bahan D kacau rata dan perlahankan api. Masak sehingga pekat dan terbit minyak yang banyak.
5. Akhir sekali masukkan isi ayam dan teruskan memasak selama 8-10 minit lagi. Masak dengan api sederhana hingga hampir kering.
6. Siap untuk dihidangkan.
* Resepi asal menggunakan potongan ayam bersama tulang dan ia tidak digoreng. Jika pilihan saperti resepi asal ini maka ayam harus dimasukkan bersama bahan D dengan sedikit air supaya ayam masak sempurna.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
Pasti sedap !
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap AIDA, masak macam ni bertambah sedap kalau dengan nasi panas, makan dengan sedikit kicap lemak masin.
Deletebyk versi gak jumpa resepi ni., sy org trganu tp suka menu ni;)
ReplyDelete