SAMBAL MANIS CILI PADI LIDAH LEMBU ... kalau suka boleh cuba. Memang sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Suka makan lidah lembu ?
Pada yang belum pernah rasa, ni akak nak tolong describe kan ya...
Rasa nya macam daging juga
Cuma texture nya kenyal-kenyal.
Sedap tau !

Nak dapat kan lidah ini pon kena pesan kerana tak semua penjual ada menjual nya,
Akak pesan dah lebih sebulan
Lambat sikit ke pasar, dah ada orang lain sambar

Pesan pulak pada penjual daging yang lain
Sampai sekarang tak dengar berita, dikatakan mat-mat bangla memang dah tempah  setiap stok lidah ini.

Nasib akak baik beberapa minggu lalu, bila kepasar tani diawal pagi dapat lah satu.
Dan yang akak masak ini hanya separuh saja...

Dalam perancangan yang separuh lagi nak direbus cicah dengan Sambal Kerisik nanti.

Jomm...


Bahan A
1/2 lidah lembu
Sedikit air untuk merebus

Bahan B
1 camca teh kunyit serbuk
1/2 camca teh jintan putih serbuk
1/2 camca teh jintan manis serbuk
sedikit garam

Bahan C
Sedikit minyak
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia (dipotong batang mancis)

Bahan D (dikisar halus)
12 biji cili padi hijau *ikut kepedasan yang disukai
6 biji cili padi merah hijau *ikut kepedasan yang disukai
sedikit air

Bahan E
8 biji tomato ceri merah
8 biji tomato ceri kuning
6 ulas bawang merah (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
1 camca besar 'penuh' gula perang * ikut kemanisan yang disukai
1 camca besar  Sos Cili Thai
sedikit garam * Sedikit sahaja kerana kita akan tambah kicap masin

Bahan F
4 helai daun limau purut (dicarik)
sedikit kicap masin 'Kipas Udang'


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Lidah dibasuh bersih dan direbus sehingga masak.
2. Keluarkan lidah, disiat kulit luar nya dan kemudian nya di potong kepada ketulan kecil.
Air rebusan jangan di buang ya ...
3. Satukan lidah dengan bahan B dan perap selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng lidah dalam 7-10 minit sahaja. Angkat, tos dan ketepikan ia.

5. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bahan C sehingga wangi.
6. Masukkan bahan D dan air rebusan lidah. Masak dengan api perlahan sehingga air susut separuh.
7. Terus masukkan lidah yang telah digoreng tadi dan bahan E. Teruskan memasak dengan api perlahan sehingga hampir kering.
8. Sebelum angkat masukkan kicap dan hirisan daun limau purut.
9. Siap ...

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

1 comment:

  1. aduhai lama nya tak mkn lidah lembu, kalau teringin mmg mkn kt kedai je kak... sbb nya edy tak mkn lidah lembu... klu msk pun mkn sorang2... tak best

    ReplyDelete

Powered by Blogger.