Tuesday, 31 December 2013

KUBIS GORENG Banjir Udang


Assalamualaikum semua..

Resepi kali ini disajikan pula oleh Chef Ipin. 

Dapur saya tak berasap lagi lah nampak gaya nya
 ...hehehe syok nya

BAHAN A
Sedikit Minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)

BAHAN B
1 kilo Udang yang bersaiz besar

BAHAN C
Sayur Kubis 
sedikit lobak merah
1 sudu teh perencah 'Maggie Cukup Rasa'
sedikit garam

BAHAN D
2 biji telur ayam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam kuali.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang menjadi kekuningan.
3. Masukkan Udang dan goreng sehingga 1/2 masak.
4. Masukkan bahan C dan teruskan menggoreng.
5. Akhir sekali sebelum angkat masukkan bahan D.

* Selamat menjamu selera ...



Monday, 30 December 2013

SAMBAL TUMIS Bilis Telur


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom kita layan resepi dari Chef Jannah yang amat mengancam selera saya !

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)

BAHAN B (dimesin halus)
sedikit belacan
30 biji cili kering (direbus dan ditapis)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

BAHAN C
sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula putih
1/2 kiub Ikan bilis KNOR
sedikit garam

BAHAN D
6 biji telur ayam (direbus dan dikopek kulit)
1 biji bawang besar

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A.
2. Apabila bawang telah sedikit garing, masukkan bahan  B dan C. 
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga terbit minyak yang banyak.
4. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan D.

* Selamat menjamu selera ...



Saturday, 28 December 2013

GULAI SELAR KUNING Kacang Bendi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua !

Menu saya hari ini Gulai Ikan
Simple aja kan .....

Jom kita semak RESEPI .....

BAHAN A (Bahan Tumis)
sedikit minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bahan Rempah)
1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan Babas
sedikit garam
60 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas

BAHAN C
15-20 ekor Ikan selar Kuning
1 gelas air (menggantikan santan)

BAHAN D (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
2 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar dibelah 2 dan di buang biji
15 biji kacang bendi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A. Sentiasa dikacau supaya bawang tidak hangit.
2. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besarkan api.
3. Apabila tumisan mendidih <> 5 minit, kecilkan api sedikit dan biarkan rempah masak sehingga terbit minyak yang banyak.
* Setiap 5 minit pastikan rempah dikacau supaya tidak hangit dan berkerak .
4. Masukkan air (hari ini saya tidak menggunakan santan) dan kacau lagi supaya rempah sebati dengan air.
5. Masukkan Ikan, bahan D dan kecilkan api.
6. Biar gulai masak perlahan-lahan sehingga mendidih kembali barulah diangkat.

* Selamat menjamu selera ....


Thursday, 26 December 2013

SAMBAL SARDIN Cili Burung..... yang Umphh !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ....

Tentu anda pernah makan sambal sardin kan ?
Nak masak pon senang, tak payah siang-siang ikan ...
Rasa pon sedap

Mengikut selera saya....
Sambal Sardin yang menggunakan CILI PADI... rasa nya emmmm lebih sedap dari Cili KERING.
Pertama kali saya rasa semasa bulan puasa baru-baru ini, beli dari gerai SU berhampiran pejabat. Terus terpikat ...

Jom cuba !

BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih  (Ditumbuk)
1 biji bawang besar  (Ditumbuk)

BAHAN B (Dimesin halus)
30-40  biji cili padi kampong
6 biji cili kering
sedikit belacan

BAHAN C
1 tin Ikan Sardin
2 biji limau kasturi (Di ambil jusnya)
2 biji bawang besar (dipotong tebal)
sedikit garam

Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang sehingga bertukar keperangan.
2. Masukkan bahan B dan masak sehingga terbit minyak yang banyak.
3. Masukkan bahan C dan teruskan memasak dengan api perlahan sehingga mendidih semula. Boleh lah diangkat.
4. Semasa makan, taburkan sediki hirisan bawang putih jika suka.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 24 December 2013

KEK LAPIS SARAWAK... Seri-Kaya


Assalamualaikum semua....

Filem P. Ramlee kan banyak kali diulang tayang kat TV

Macam tu juga resepi ni..resepi ulang tayang aja..
kepada yang terlepas ....

hehehehe....

RESEPI (untuk loyang 8 x 8)

BAHAN A
Gula Halus 100 gram
Serikaya 200 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram

BAHAN B
Telur 10 biji (Gred A)

BAHAN C
Tepung Hong Kong 270 gram

Cara-Cara Mengadun
1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan maksima
2. Masukkan telur (sebiji sebiji) dan pukul lagi juga dengan kelajuan maksima
3. Masukkan Tepung Hong Kong dan adun perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bahagikan kpd 3 bahagian dan warna kan merah, kuning dan hijau


Cara-Cara melapis:-
1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang kecil (api biru).
* saya pakai dapur Kek Lapis yang mengunakan gas 
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

* Selamat menjamu selera .....



Saturday, 21 December 2013

LIMPA GORENG Berjintan-jintan ...



Assalamualaikum semua...

Jom kita kedapur jenguk-jenguk resepi lauk hari ini ... simple aja.


BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN B (Diperap 1/2 jam)
Limpa (anggaran 400 gram)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
1/2 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
sedikit garam

BAHAN C
2 biji bawang besar (dihiris tebal)
kicap masin
1 sudu teh perencah 'Maggie' secukup rasa
15 biji cili padi 

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B.
2. Tutup kuali supaya limpa masak sempurna didalam dan tidak menjadi keras / liat
3. Apabila  hampir masak, masukkan bahan C. Gaulkan seketika dan boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...


Tuesday, 17 December 2013

PUFF RANGGUP Berinti Ayam



Assalamualaikum semua

Makan puff lagi .....
tapi kali ini berinti Ayam pula ...

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
10 keping Puff Pastry

BAHAN B (Inti)
1 sudu besar minyak utk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
Isi Ayam (dipotong kecil)
1/2 sudu makan rempah kari Daging 'Babas'
1/4 kiub Daging Ayam 'Knor'
2 biji Ubi  kentang (dipotong kiub)

1 biji bawang besar (dipotong kuib)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk )
1 sudu besar Gula

BAHAN C (Pelengkap Rasa)
Cili Merah
Daun Sup

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
2. Masukkan ubi kentang, isi ayam, lada hitam, rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga rempah pekat dan bersalut pada ayam.
3. Masukkan kiub Knor dan garam.
4. Sebelum angkat masukkan bawang besar, gula dan daun sup.

Cara-Cara Membalut:-
1..Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan.

* Selamat menjamu selera ..


Monday, 9 December 2013

Oh My.... ... Pavlova.. Pavlova


Assalamualaikum Semua...

Jom layan Pavlova..
Memenuhi permintaan anak saudara ...
Pertama kali buat selepas geledah dapur CMG  dan Bisousatoi ... terpikat sudah !
Terima Kasih kerana Share Resepi dan teknik-teknik membuat nya.

Kepada yang belum pernah merasa....
emmm... based nya cukup ranggup .. se ranggup-ranggup nyaa  lah
sedap dimakan segera...
Ranggup !, Manis ! Masam ! Sejuk ! Nyamannnn... semua ada

BAHAN A (Base) Anggaran 28 keping
Based boleh dibuat awal
150 gram putih telur (anggaran 5 biji telur)
3/4 cawan gula kastor atau 150 g (boleh juga gula kasar dan dimesin halus)
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan

BAHAN B
3/4  cawan Whipping cream
Buah-buahan Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Peach

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 150C
2. Sediakan kertas minyak, buat bulatan dengan menggunakan pensil. Saya mengunakan acuan pie yang besar  untuk melukis bulatan. kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova.Ketepikan.
3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. 
4. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata menggunakan spatula. Jangan terlalu lama.
5. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel  jenis bulat.... Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Buat sehingga habis. 
6. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven.  (Rak kedua dari bawah, api atas dan bawah / tanpa blower). Dah masak simpan dalam balang.

Untuk dihidangkan
7. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..

Gambar kurang memuaskan kerana di ambil pada malam hari



Saturday, 7 December 2013

TOMEH CABAI ...Bebola Daging


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni nak share resepi Bebola daging Product /keluaran Jenama Ramly.
Selama ini memang saya tak tahu pula yang Ramly ada keluarkan Bebola Daging, 
Saya beli minggu selepas semasa ke pasaraya Giant... rancangan asal  nak buat bihun sup bebola daging bila-bila nanti ......
Sedap juga kan

Entah macam mana nak cuba sedikit kelainan, saya masak Tumis cabai.
emmm... sedap

Enak dimakan dengan nasi putih panas-panas...
Kalau makan dengan nasi tomato pon sedap juga

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
Minyak untuk menumis
1 kuntum Bunga Lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
2 batang Kulit Kayu Manis
3 tangkai Daun Kari
sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)

BAHAN B
30 -35 biji Cili Kering (Bergantung kepada saiz cili)  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
3 batang Serai (diketuk)
1 sudu makan Tomato Puri
Garam

BAHAN C
15 biji Bebola Daging

BAHAN D
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2-3 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak hingga cili naik minyak.
4. Akhir sekali masukkan bahan D. Kalau nak letak sedikit kicap Masin KIPAS UDANG pon boleh.
5. Siap boleh dihidangkan

* Selamat menjamu selera .....


Thursday, 5 December 2013

CUCUR BAWANG.. SOS CILI BAWANG




Assalamualaikum semua...

Beberapa hari kebelakangan ini begitu sibuk sekali.
Sibuk dengan projek yang perlu disiapkan segera. 
Dapat tahu pula tu last minit.. !

Kerja-kerja yang dirancang terlebih awal... terpaksa ditolak ketepi sekejap
Perancangan awal.. perjumpaan dan perbincangan dengan vendor yang nak datang ke Malaysia semata-mata untuk perbincangan projek terbaru juga terpaksa ditunda 2 minggu kedepan.

Memang betul-betul beri keutamaan untuk menyiapkan projek SEGERA ini !

Alhamdulillah !
Comitement yang diberikan projek team patut di beri PUJIAN.
Internal dan User testing berjalan lancar tanpa masalah.
User pula beri penuh kerjasama!
Semua nya Siap mengikut perancangan !

ALHAMDULILLAH !!! 
ALHAMDULILLAH !!! 
ALHAMDULILLAH !!!

KAMI SEMUA DAH BERSEDIA !
Bila-bila masa saja boleh LIVE !

Eh eh eh  ...dah melalot pula...
nak lepaskan sedikit perasaan tu....... 

Jom kita kedapor...
Kita goreng Cucoq Bawang ..yang lembut....

CUCUR BAWANG

BAHAN A
1.5 cawan tepung gandum
1 cawan tepung cucur Udang 'Adabi'
air + sedikit garam

BAHAN B
2 genggam taugeh segar
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
15 ekor udang hidup
sedikit kucai (dipotong 1 inci panjang)

Cara-Cara Mengadun
1. Satukan bahan A dan gaul sehingga rata.
2. Masukkan bahan B dan gaul lagi
3. Goreng dalam minyak yang banyak. Pastikan cucur tenggelam semasa meggoreng

SOS CILI BAWANG
BAHAN C
 (Gaul semua bahan yg di bawah dan terus dihidangkan)

15 biji Cili Kering (Direbus sehingga lembut, ditapis)
 Cili diatas  + sedikit belacan + garam (Tumbuk. JANGAN ditambah air. Biar sedikit pekat, kalau nak tambah air, pastikan guna air asam jawa di bawah)
Sedikit asam Jawa sebesar duit 10 sen + 2 sudu besar Air
3 sudu besar penuh Gula Putih
6 ulas Bawang Kecil (dihiris nipis-nipis)

*Pastikan Kuah Cili yang terhasil adalah yang pekat.

* Selamat menjamu selera .....

Saturday, 30 November 2013

PUFF SARDIN BERCORAK ...Kreativiti Nurul Jannah



Assalamualaikum semua...

Dah minum petang ?
Menu apa hari ni ? Tentu menarik kan ?

Hari ni saya sekeluarga layan lagi Puff Sardin
... layan... layan... dan layan
Tapi hari ni disediakan oleh anak saudara saya Siti Nurul Jannah
Dengan corak-corak yang menarik di lorek pada kulit puff menjadikan lebih berselera !!!

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
10 keping Puff Pastry

BAHAN B
2 ekor Ikan Sardin Tin (dilenyek sederhana hancur)
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
1 sudu teh lada hitam ditumbuk 
1 biji limau Kasturi
sedikit garam

Cara-Cara Membalut :-
1. Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas.
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti sardin keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 30-40 minit atau sehingga keperang-perangan. Saya pasangkan suhu oven yang rendah(kebiasaan nya 200C pon boleh) sebab saya nak pastikan puff tersebut menjadi sedikit ranggup.

Thursday, 28 November 2013

LEMAK CILI PADI TELUR ASIN


Assalamualaikum semua...

Resepi hari ni sedikit kelainan..
Jom cuba Masak lemak Cili Padi telur Asin/ Masin

Sedap ...

BAHAN A (Untuk menumis)
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit halia sebesar ibu jari(ditumbuk)
3 batang serai (Ketuk-Ketuk bagi lebam)
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (Ketuk Ketuk bagi lebam)
20-30 biji Cili Padi (Mesin halus). Lagi sedap kalau guna cili padi kampong
1 sudu teh Serbuk Kunyit

BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1/2 kiub Pati Ikan Bilis KNOR
2 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit (Di hiris besar-besar)
2 helai daun limau purut
Sedikit garam (kurang kan sedikit kerana telur sudah sedikit masin)

BAHAN C
3 biji telur Masin (Telur Itik)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai betul-betul layu.
 Pastikan bawang menjadi hampir garing..jika tidak masak lemak kurang menyengat/sedap.
3. Masukkan bahan B dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama kerana minyak dari santan akan terbit dan menjadikan makanan kurang menarik)
4. Masukkan telur Itik sebiji-sebiji sampai habis.
5. Tutup periuk dengan tudung untuk memastikan telur masak dengan sempurna.
6. Siap untuk dihidangkan.


* Selamat menjamu selera .....

Wednesday, 27 November 2013

KERABU PERUT MUDA lagi pedas.. lagi sedap !!!


Assalamualaikum semua...

Kepada yang suka ...boleh lah layan....

Menu yang cukup ringkas tetapi cukup untuk menambahkan selera makan...

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1/2 kilo Perut muda lembu (dibasuh sehingga bersih dan direbus tanpa garam, kemudian dipotong anggaran ~ 1/2 inci panjang)
1 biji limau nipis (diperah)
1/2 sudu makan kerisik
2 genggam taugeh segar
2 biji tomato(dipotong 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 sudu makan beras (dibasuh, disangai dan ditumbuk halus)

BAHAN B (ditumbuk)
1 biji cili merah
15 biji cili padi
sedikit belacan
garam

Cara-Cara Mengadun:-
1. Campurkan semua dan gaul sehingga rata.

* Selamat menjamu selera ...


Tuesday, 26 November 2013

'Cili Burung' ....macam tahu-tahu aje




Assalamualaikum semua

Saja nak enterprame Pokok 'Cili Padi Kampong' a.k.a 'Cili Burung' ...
dari 4 pokok kini tinggal 3.

Bukan saya yang tanam ni... tapi bekas pembantu rumah saya...
bila masa pula yang dia rajin buat projek tanam menanam ni pon tak tahu
tahu tahu dah tumbuh 4 pokok dalam pasu.
semasa Sri masih bekerja Pokok ni macam segan nak hidup aja.
alih-alih bila dah pulang ke Indon baru pokok ni naik subur... berbuah lebat pula tu

Tak ada pula letak apa-apa baja pon, alhamdulillah buah emm..tak habis makan.

Bila nak makan nasi aje ... petik
nak makan nasi aje ... petik
Petik aje... nak makan nasi
Sebagai ulam-ulaman heheheh..
Sekali petik 3-5 biji dah cukup .. pedas..pedas yang teramat.

Alhamdulillah.....

Saturday, 23 November 2013

PUTIH TELUR-BERLADA PUTIH Goreng Butter

Assalamualaikum semua..

Elakkan pembaziran..

Telur putih yang tidak digunapakai dalam bancuhan Kek Lapis Sarawak berbelas-belas biji, saya goreng bersama Lada putih untuk dijadikan sebagai lauk tengahari.

memang enak sekali bagi saya...
disamping kurang kolesterol !

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
1 1/2 camca besar penuh Butter Cup
15 biji telur putih
2 ulas bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji cili merah(dibelah 4 dan di hiris sederhana tebal) atau kalau nak lebih sedap digantikan denagn 5-8 biji cili padi kampong
1/2 camca besar serbuk lada putih 'Ajishio'
sedikit garam

BAHAN B
sedikit daun bawang

Cara-Cara Memasak:
1. Satukan bahan A dan kacau/kocak sehingga sehingga rata.
2. Panaskan butter dalam kuali dan masukkan telur yang telah dikocak.
3. Biarkan seketika baru lah dikacau. Angkat setelah telur masak.
4. Tabur dengan daun bawang.

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 19 November 2013

PUFF DAGING ... mengintai


Assalamualaikum semua ..

Hari tu dah layan Puff Sardin,
Hari ini layan pula Puff Daging.

Saperti biasa....
Kalau dah suka kita makan sampai jemu

Beza puff sebelum dengan puff ini cuma inti nya saja.
yang lain tetap sama !
sedap .....sipi-sipi rasa roti arab sebab taburan jintan hitam atas puff tersebut

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
10 Beberapa keping Puff Pastry

BAHAN B
1 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 biji bawang besar  (dicincang halus)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih


BAHAN C
100 gram Daging (dipotong kecil)
1 sudu besar Serbuk Kari Daging 'BABAS'
sedikit air

BAHAN D
1/3 kiub daging 'KNOR'
sedikit garam
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
8 biji cili padi kampong (dihiris nipis)
sedikit Daun Sup (Dihiris)

BAHAN E
Sedikit jintan hitam

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga garing
2. Masukkan bahan C dan masak sehingga daging lembut dan rempah berpalut pada daging.
3. Akhir sekali sebelum angkat, masukkan bahan D.

Cara-Cara Membalut :-
1. Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian secara menyerong untuk mendapat bentuk 3 segi. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas.
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi. Pastikan kelaran tersebut tidak terlalu panjang jika tidak hasil nya saperti dalam gambar...hehehe
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan tabur sedikit jintan hitam.
7.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200C selama 25 minit atau sehingga keperang-perangan.

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 15 November 2013

FISH BALL MEE .. Curry Kerang



Assalamualaikum dan Salam Hari Jumaat semua

Jom layan..layan dan layan mee curry lagi....

Suka sangat mee curry !!!


BAHAN A
sedikit minyak untuk menumis
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)

BAHAN B (dicampur semua sekali)
3 sudu besar penuh serbuk kari Ikan 'Babas'
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
4 keping asam gelugur
sedikit garam
sedikit air

BAHAN C
Santan Cair dari 1 biji kelapa
1 sudu teh perencah Maggi 'Cukup Rasa'
2 kilo kerang (direbus dan dikopek)
4 paket Fish ball (Anggaran 40 - 50 biji)
15 urat kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci)

BAHAN D
1 kati mee kuning (dicelur dengan air panas mendidih, ditapis dan diletakkan 4 sudu makan minyak masak untuk mengelakkan ia melekat)
1/2 kati taugeh
15 biji cili padi
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Tauhu (direbus)

Cara-Cara memasak kuah :-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A dan goreng sehingga bawang garing.
2. MMasukkan B. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak yang banyak.
3. Masukkan bahan C (kecuali kacang panjang) dan teruskan memasak sehingga kuah mendidih kembali.
4. Sebelum angkat, masukkan kacang panjang.

* Selamat menjamu selera ...

Wednesday, 13 November 2013

KERABU DAGING ... Nangka Muda


Assalamualaikum semua ...

Lama tak makan kerabu daging....
Apa kata kita buat kerabu yang simple ini ....
Yang pasti boleh menambah selera makan. OK !


Jom kita semak resepi

BAHAN A
300 gram Daging (direbus dan dihiris sederhana tebal)
3 ketul nangka muda (direbus dan di carik-carik sedikit)
1 sudu besar beras (dibasuh dan disangai/goreng tanpa minyak sehingga keperangan dan ditumbuk halus)
2 biji limau kasturi
* boleh diletakkan 1 sudu makan gula putih jika suka (Saya abaikan gula)

BAHAN B (ditumbuk)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu teh lada hitam
sedikit belacan
sedikit garam

Cara-Cara nya
1. Bahan A dan B digaul bersama.
2. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera .....

Sunday, 10 November 2013

PUFF SARDIN ... berlapis-lapis




Assalamualaikum semua ..

Jom sarapan Puff Sardin..

Memang terpikat habis semasa menggeledah dapur  CMG.

Ini kali pertama saya menggunakan Puff Pastry dari jenama 'KAWAN' ...
Apa komen ??? 
Emm .. sedap.. berlapis-lapis dan beraroma lagi.
Tak payah canai doh saperti sebelum-sebelum ini... berpeluh-peluh menggelek dah melapis 
dah tu berjam-jam baru boleh makan...

Dah lama saya mencari produk ni di pasaraya besar spt Carefour SJaya PP dan Tesco. 
Akhir nya ...kesampaian juga semasa ke Aeon Bandar Tun Hussein Onn, KL

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
Beberapa keping Puff Pastry

BAHAN B
2 ekor Ikan Sardin Tin (dilenyek sederhana hancur)
1 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
10 biji cili padi kampong (dihiris nipis)
1 biji limau Kasturi
sedikit garam

Cara-Cara Membalut :-
1. Ambil sekeping puff pastry dan alas pastry dengan plastik yang tersedia.
2. Potong pastry kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian sedikit besar yang akan dijadikan pembalut dibahagian atas.
3. Kelar-kelar bahagian yang besar tadi.
4. Pada satu bahagian lagi, sudukan inti sardin keatas nya dan tutup dengan kepingan yang berkelar tersebut.
5. Kemaskan tepinya dan tekan dengan garfu, pastikan ditekan kuat sedikit. Alih ke dalam dulang pembakar yang di sapu dengan sedikit minyak sayur.
6 Sapu atas puff dengan kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga keperang-perangan.


Saturday, 9 November 2013

NASI ARAB MANDY .. Kambing



Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Dah jadi kebiasaan kalau suka sesuatu , saya akan makan sampai jemu...
Jadi menu hari ni Nasi Mandy Kambing lagi dan lagi....

Cuma beza dengan nasi mandy sebelum ini adalah dari segi teknik memasak nasi.

Kali ini saya praktikkan saperti  memasak nasi beriani.
Tujuan nya supaya nasi yang terhasil adalah seroi atau pon sebiji-sebiji tetapi lembut.

Juga menjadikan texture daging kambing bertambah moist....
Tapi dengan syarat.. jangan kambing tua !

Daging Kambing hari ini saya beli di Aeon Cheras, Kuala Lumpur.
Lembut berbanding dengan daging yang saya beli di Tesco S Jaya,PPinang beberapa minggu sudah

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A (Senarai dibawah ditumbuk/mesin halus)
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 camca teh ketumbar biji
1 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
5 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar

BAHAN B 
1 kilo daging kambing
2 sudu teh serbuk Maggie 'Cukup Rasa'
sedikit daun pudina
sedikit daun sup
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak
sedikit garam

BAHAN C
2 sudu besar Tomato Puri
2 kiub KNOR Daging Lembu
5 helai daun pandan
sedikit garam
air untuk merebus beras

BAHAN D
60 gram Beras brasmathi (dibasuh,  direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)

BAHAN E
1 sudu besar Minyak sapi Ghee Blend
Bawang Goreng

BAHAN F
1 cawan tepung gandum + air (adun menjadi doh saperti membuat kulit karipap)

BAHAN G (Air Asam. Campur semua sekali)
4 biji tomato biji (dipotong kecil-kecil)
2 ulas bawang besar (dibelah 2 dan dihiris sederhana tebal)
15-20  biji cili padi merah (dipotong nipis)
2 biji limau kasturi
sedikit asam jawa  anggaran 2 ibu jari (di ambil air nya)
sedikit garam
sedikit belacan

Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A dan B dicampur dan diperap semalaman.
2. Keesokkan hari nya, daging Kambing yang telah diperap disusun-susun dalam periuk supaya ia menutupi dasar/bahagian bawah periuk.
(Pastikan air perapan daging jangan melebihi paras daging. Dan Beras yang akan diletakkan atas daging mestikan tidak enggelam dalam air perapan)

3. Didalam periuk yang lain, masukkan bahan C dan jerang sehingga air mendidih selama 5 minit.
4. Masukkan beras brasmathi dan masak sehingga beras 70% masak, kemudian tapis (buangkan air nya)
5. Masukkan beras yang telah ditapis kedalam periuk (2) diatas dan tabur bahan E.

6. Gentelkan bahan F secara memanjang dan letakkan disekeliling tudung periuk.
7. Tutup periuk (2) diatas dengan tudung ini dan tekan supaya tudung melekat pada periuk dan tiada wap yang boleh keluar semasa memasak.

Teknik memasak
8. Letakkan 1 keping tudung periuk dibawah periuk (Lapikkan periuk) semasa memasak.
9. 5 minit pertama.. Api di kuatkan/besarkan
10. Kemudian perlahankan untuk masa seterusnya selama ~ 1 jam

* Selamat menjamu selera ...

Thursday, 7 November 2013

DAGING GORENG Ber.. Tomato


Assalamualaikum..

Teringat semasa kecil...
Tiap-tiap hari bila ayah beli saja surat khabar...
Yang selalu dicari adalah apa resepi yang disiarkan untuk hari tersebut ...

Masih lagi ingat, resepi pertama yang dicuba...DAGING GORENG TOMATO
...memang sedap sekali ketika itu.
Tapi kini, lupa-lupa ingat resepi nya

Minyak untuk menggoreng
Daging
Lada hitam (ditumbuk)
halia (dihiris)
bawang putih (dihiris)
bawang besar (dihiris)
sedikit daun sup
dan yang pasti tomato sos
garam

ok lah tu....

RENDANG KERANG ... Berkerisik


Assalamualaikum semua ...

Jom sama-sama layan Lauk kerang yang memang tak jemu.

BAHAN A
2 kilo kerang (Direbus dan dikopek kulit. Pastikan Kerang jangan dibasuh selepas dikopek)

BAHAN B
sedikit minyak untuk menumis
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari

BAHAN C (dimesin halus)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
20 biji cili padi
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar minyak masak (untuk mempercepatkan dan menghaluskan kisaran)

BAHAN D
1 camca besar rempah daging 'BABAS'
Santan dari 1 biji kelapa
4 keping asam gelugor
2 sudu teh perencah Maggie 'Cukup Rasa'
1 sudu besar kerisik
sedikit garam

BAHAN E
1 helai daun kunyit (dihiris nipis)
2 sudu makan minyak sapi Ghee Blend.

Cara-Cara Memasak :-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga keperangan.
2. Masukkan bahan C dan D dan masak sehingga pecah minyak dan pekat.
3. Akhir sekali, masukkan kerang dan bahan E.

* Selamat menjamu selera ...

Sunday, 3 November 2013

NASI GORENG .. Lauk Ber'baki



Assalamualaikum semua

Menu Sarapan saya pagi tadi... Salah satu resepi kegemaran saya !

Jika anda ada lauk 'Gulai atau Masak lemak atau Rendang' semalam yang masih berbaki, apa kata kita goreng bersama nasi, tambahkan sedikit kacang buncis atau kacang panjang..atau apa-apa saja sayur yang ada dalam peti sejuk tu .....

~ Jika nak kan lebih pedas.. boleh ditambahkan cili padi kampong
~ Jika nakkan lebih aroma.. tumiskan 2 tangkai daun kari
~ Jika nakkan lebih lemak, gunakan butter semasa menumis
~ Jika nakkan lebih-lebih berselera.. dadarkan sebiji telur, letakkan cili sos life dan gulung

emmmmmmm..................


Saturday, 2 November 2013

KUIH CARA BERLAUK ... Aroma Karipoley


Assalamualaikum semua !

Jom minum petang .. kuih cara berlauk yang simple, lembut  lagi ber' aroma...

BAHAN A (Adunan Tepung)
(*Campur semua dalam blender dan mesin )
1 cawan tepung gandum
1.7 cawan air biasa (lebih sedikit dari 1 1/2 cawan)
3 sudu besar santan pekat (saya guna santan kotak saja)
3 sudu besar minyak masak (Untuk melembutkan)
2 biji telur ayam
sedikit garam
sedikit kunyit atau pewarna kuning

BAHAN B (Inti)
1 sudu besar minyak utk menumis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 tangkai daun kari (dihiris nipis)
Daging (dipotong kecil)
1 sudu makan rempah kari Daging 'Babas'
1/4 kiub Daging lembu 'Knor'
sedikit garam
1 biji bawang besar (dipotong kuib)

BAHAN C (Plelengkap Rasa)
Cili Merah
3 tangkai Daun kari pucuk muda (yang lembut atau sederhana lembut)

Cara-Cara Memasak Inti:-
1. Panas minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
2. Masukkan daging, rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga rempah pekat dan bersalut pada daging.
3. Masukkan kiub Knor dan garam.
4. Sebelum angkat masukkan bawang besar.

Cara-Cara Memasak Kuih Cara:-
1. Panaskan acuan Kuih Cara.
2. Leserkan minyak pada acuan. Pastikan tiada minyak bertakung dalam acuan.
3. Masukkan adunan tepung 2/3 acuan. Tutup dengan tudung periuk sekejap <> 1 minit supaya tepung 1/3 masak. (TIPS: Cara ini menjadikan inti LEBIH TERASA SEDAP kerana inti tidak tenggelam dalam badan kuih cara)
4. Masukkan inti anggaran 1/2 sudu teh dan taburkan cili potong dan daun kari diatas nya.
5. Ambil sedikit adunan tepung dan tuang sedikit atas cili/daun sup supaya melekat antara satu sama lain. Juga untuk TOUCH-UP bahagian bahagian yg kurang penuh.
6. Tutup semula dengan tudung periuk. Tunggu sehingga masak.. dan boleh diangkat.

* Selamat menjamu selera .......

Monday, 28 October 2013

NASI DALCA DAGING menggamit selera ...


Assalamualaikum semua...

Pernah makan nasi Dalca ?
Resepi saya kali ini Nasi Dalca Daging yang perggh !!!

emm.. tak tahu nak perincikan macam mana...

enak lah ...
memang enak ..............
....dengan tumisan dan bauan daun kari bersama rempah empat sekawan...

memang cun lah ...

Tapi ...
Kalau nak masak dalca, sila pastikan yang anda menggunakan kacang dhal yang lembut.. rebus 1/2 jam dah ok.
Jangan pula terbeli dhal yang khusus untuk dibuat tepung...yaaa.
emmm alamatnya ....rebus 1/2 hari pon belum tentu lagi walau pon dah direndam semalaman



Diatas adalah jenis-jenis kacang dhal yang dalam simpanan dapur saya.
Yang lembut tu...  ya...yang paling atas... India mari
Sebelah kiri tu saya tak pasti pula dari mana ... memang keras. Masak berjam-jam tak juga lembut
Yang sebelah kanan pula dari Australia..belum cuba masak, tapi dah terbeli. Menurut kata mamak kedai, yang ini pon keras.

Jadi kalau nak membeli, dicadangkan belilah di Kedai Mamak kerana mereka lebih arif.

Jom kita semak resepi kita kali ini ...

BAHAN A
1 kilo daging (dipotong besar)
1 sudu besar penuh rempah Kari Daging 'BABAS'
1 sudu teh serbuk kunyit
3 camca besar kacang dhal (yang lembut)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
6 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris memanjang)
Air secukup nya

BAHAN B
1 1/2 kiub Daging Lembu KNOR
sedikit santan pekat
garam secukup rasa

BAHAN C
3 cawan beras (biasa atau brasmathi)
3 helai daun pandan

BAHAN D
3 camca besar minyak Sapi Ghee Blend
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
sedikit halia (dihiris memanjang)
5 tangkai daun kari
4 biji bawang besar (dibelah 8)
10 ulas bawang putih (dhiris nipis)
Biji gajus
Kismis Hitam

Cara-Cara Memasak Dalca :-
1. Masukkan kesemua bahan A kedalam periuk dan rebus sehingga Daging empok dan kacang Dhal lembut dan hancur.
2. Sebelum angkat, masukkan bahan B.

Cara-Cara Memasak Nasi :-
1. Masukkan kuah dalca yang telah dimasak kedalam Rice Cooker.
   (Dalam resepi ini disebabkan saya menggunakan 3 cawan beras, jadi kuah 'tanpa daging' haruslah    dengan sukatan 5 cawan). Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan beras, daun pandan dan teruskan memasak.

3. Didalam kuali , panaskan minyak sapi Ghee Blend dan tumis bahan D sehingga bawang layu dan berbau harum.
4. Tuang gorengan bersama minyak sapi kedalam nasi yang telah dimasak dan gaul sedikit. (Pastikan yang nasi telah betul-betul masak)

* Selamat menjamu selera ...