ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN PATIN ... yang KAW-KAW sedap !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Kebiasaan akak ke pasar Bukit Mertajam, jarang terjumpa ikan Patin ni
Takpasti samada akak tak perasan atau memang jarang ada.
Nak dijadikan rezeki,  beberapa hari lepas terperasan kepala ikan Patin dalam pinggan 2 ketul dibelah 2, makna nya 4 bahagian dijual dengan harga RM 5.
Rupa nya semua potongan isi memang sudah ditempah oleh kedai makan.
Yang tinggal hanya kepala sahaja ..........

OK lah dari tak ada, 
Maklum lama tak makan Ikan Patin ni

Dah ada ikan patin ni, terus terfikir ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN PATIN
Kebetulan dalam peti sejuk dirumah masih ada stok Tempoyak.
Maka jadi lah asam pedas tempoyak yang pertama kali akak masak setelah rujuk beberapa entry untuk mendapatkan lauk yang sedap.

Hasil nya memang yummy !!!
Kuah asam pedas memang KAW giler...
Dihirup sampai ketitisan terakhir, tak membazir rezeki ALLAH.


Bahan A
2 biji kepala ikan patin yang bersaiz besar (dibelah 2)
* Boleh gantikan dengan bahagian isi

Bahan B (dikisar halus)
12 biji cili kering *di kurangkan kerana ada yang tak makan terlalu pedas
1 biji cili merah
4 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 1/2 camca kecil lada hitam
1/2 inci lengkuas *akak tak masukkan, tak ada stok
Belacan sebesar 2 ibu jari
Air secukup nya untuk mengisar

Bahan C
1 kuntum Bunga Kantan (dibelah 4)
2 pokok Daun kesom
3 batang serai (diketuk)
3-4 keping Asam Gelugor *Jika tempoyak kurang masam, boleh dilebihkan asam keping
Tambahan Air sebagai kuah

Bahan D
4 camca besar Tempoyak + sedikit air (sebatikan)
1/2 kiub Pati Ikan bilis * Optional
Sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan  bahan B kedalam periuk dan masa dengan api sederhana sehingga kuah sedikit menyusut.
2. Masukkan bahan C dan terus masak sehingga ia mendidih semula selama 5-10 minit.
3. Baru masukkan ikan, tempoyak dan perasakan dengan garam dan pati ikan bilis.
4. Terus perlahankan api sehingga kuah mendidih semula sebelum angkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. Tentu sedap terutama kalau dapat ikan patin liar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beza ka antara yg liar dan pelihara. Dulu Akak Biasa makan kat kedai ja. Ni cuba masak sendiri

      Delete
  2. telan air liur tgk asam pedas tempoyak ni. menarik. boleh try nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah dapat ikan patin di utara ni. Rezeki akak.. Cuba masak tempoyak

      Delete
  3. aduh akak ni, tayang lak kepala mmg peberet tuh... msti best bau nya tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pon suka makan kepala ikan. Tapi kena hati2 tulang...

      Delete

Powered by Blogger.