KENTANG PANGGANG TERLAJAK RANGGUP ...The best cispy roast Potatoes Ever
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Kentang Panggang yang akak masak semalam memang sedap sangat dimakan panas-panas dengan rasa bawang putih, Daun Rosemary dan Parsley, ranggup sekali dibahagian luar dan lembut di dalam tambahan pula akak menggunakan kentang Russet.
Ini adalah kerana ia direbus dalam campuran air yang ber PH alkali.
Ketika memanggang aroma nya memang amat wangi sekali saperti memanggang ayam.
Aduhaiii...
Bila-bila nanti boleh panggang ayam cara ini pulak !
Resepi asal boleh rujuk disini The Best Crispy Roast Potatoes Ever

Bahan A
2 kg kentang Russet *kentang yang berisi lembut dan cepat empuk (dikupas kulit dan dipotong kepada ketulan besar)
1/2 sudu teh (~4g) Soda Bikarbonat
Sedikit Garam
Sedikit Air untuk merebus Ubi
Bahan B
Sedikit Lada Hitam Serbuk * homemade lebih sedap
Sedikit Garam
Bahan C
5 sudu besar (~75ml) minyak zaitun / minyak jagung
3 labu Bawang Putih (dicincang halus)
10 g Daun Rosemary (dicincang halus)
Bahan D
10 g Daun Parsli segar (dicincang halus)
Cara-Cara Menyediakan nya
2. Panaskan minyak dan tumis Bawang Putih dan Daun Rosemary (bahan C) sehingga keperangan.
3. Angkat dan tapis untuk mengasingkan bahan goreng dan minyak. Ketepikan kedua-dua nya.
4. Didihkan air, kemudian masukkan garam dan soda bikarbonat (bahan A). Kacau sehingga larut.
5. Masukkan kentang dan rebus selama ~ 10 minit sehingga 3/4 empuk.
6. Angkat dan toskan air rebusan.
7. Masukkan kentang kedalam minyak goreng bawang putih, kemudian tambahkan bahan B dan kocak-kocak sehingga ubi sebati.
8. Letakkan ubi kedalam dulang pembakar dalam jarak terpisah antara satu sama lain supaya ubi kelak masak dengan mudah dan sekata.
9. Bakar / panggang selama 20 minit pertama.
10. Keluarkan dulang dari oven dan alih-alihkan ubi, kemudian bakar lagi selama 30-45 minit sehingga keperangan. Untuk dapatkan warna dan garing yag sekata, seelok nya dibalik-balikkan beberapa kali.
ps... kentang akak memang di lebihkan keperangan nya kerana akak suka yg terlebih garing ...
10. Keluarkan dari oven dan pindahkan ubi kedalam mangkuk besar.
11. Masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama daun Rosemary sebelum ini.
12. Tambahkan hirisan dan Daun Parsli (bahan D) dan rata kata.
13. Siap untuk dihidangkan.
sesekali layan menu omputih best jgk kan kak....
ReplyDeletekalau bt ngn magic pan msti tak jadi mcm ni kan, avon nya dh lama tak digunakan kak....
ruang kt dpr tak muat huhuhu sadis kan
Boleh juga kalau masak dlm magik pan, mudah sangat nak panggang. Tapi kena dlm kuantiti sikit sikit lah..
ReplyDelete