CUCUR BAWANG 'BODO-BODO' .... bodo ke ? tapi sedap kan ...

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Nak sediakan cucur bawang sebenar nya tak lah sesusah mana,
Tal perlukan bahan yang banyak pon.
Yang penting ada tepung gandum. Lain nya ikut apa saja bahan yang ada didapur kita.

CUCUR BAWANG 'BODO-BODO' yang akak sediakan ini memang amat sedap kerana ia digoreng sedikit keperangan dan garing bahagian luar dan apabila makan, texture dalam nya amat lembut kerana penggunaan bawang besar Holland yang banyak disamping sayur taugeh.

Memang sedap sangat jika dapat cicah dengan kari atau gulai semalam.
Malah kalau cicah dengan sambal tumis, masak lemak atau pon rendang... aduhai teramat-amat sedap nya...
Sekejap saja habis sepinggam besar.
Tambahan lagi kalau makan waktu panas-panas.

Jomm... akak memang amat suka cucur bawang kosong sebegini. Cuba tengok foto dibawah tentu perasan kelembutan cucur ni.................

Yummy !!!


Bahan A
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1/3 camca teh Serbuk Kunyit * optional
1 biji Telur Ayam
Sedikit garam
Air secukup nya


Bahan B
1 biji Bawang Besar Holland (dibelah 16 dan dihiris tebal)
1/2 mangkuk besar Taugeh
5 urat Daun Sup (dihiris 1/2 inci)

Bahan C
Minyak secukup nya untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan A (kecuali air) dalam mangkuk besar  dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengaul. Pastikan jangan terlalu cair kerana apabila dicampurkan sayuran (bahan B) adunan akan menjadi sedikit cair.
2. Apabila adunan dah sebati, baru dimasukkan bahan B dan gaul semula.

3. Panas kan minyak dalam kuali. Jemput adunan tepung an goreng sehingga keperangan.
4. Angkat dan toskan atas tisu serap minyak.


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

6 comments:

  1. Singgah petang....bodo pun bodo laaaa...hahahaaa janji sodap!

    ReplyDelete
  2. kalau macam ni dah tak bodo ni pandai dah ni ada cicah lagi hehee
    kalau kaknoor suka cicah kuah kacang lagi lah bertambah berat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pon suka cicah kuah kacang. Tapi malas nak buat, cicah je gulai ikan

      Delete
  3. Replies
    1. Aah .. Penapis lama. Barang lama sayang. Walau pon ada yg buruk. masih simpan

      Delete

Powered by Blogger.