KETAM BERSAMBAL SEDAP ... Terima Kasih Daun Keladi

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Terima Kasih Daun Keladi , jangan segan-segan hantar lah lagi
Alhamdulillah
Lauk dari jiran sebelah KETAM BERSAMBAL,
Rasa nya manis-manis pedas dan amat menyelerakan sekali.

Akak memang tak berapa suka makan ketam,
Itu dulu,
Kalau makan pon jarang-jarang sebab ia memerlukan kita fokus dan 'co-sen-trait' ketika makan.
Takut tercekik kulit .

Ketam ni kalau buat mee kuah pon sedap tauuu...
Haa... yang ini akak penah buat dulu
Juga akak pernah masak untuk kawan-kawan opisss

Berbalik kepada  KETAM BERSAMBAL SEDAP ini, kerana nikmat nya rasa, kerana yang ini rasa nya lain dari yang pernah akak masak.
Maka saperti biasa akak minta resepi untuk simpanan dan hari kemudian.

Ohh  ! Mudah nya resepi !!!
Patutlah chef nya kata masak campak-campak saja.
Kadang tu masak simple-simple tu yang sedap kan...

Ingatkan banyak bahan yang digunakan.
Tengok tu... Bawang merah pon 1 ulas saja, yang lebih bawang putih
Berbeza dengan akak, masak selalu bawang merah lebih dari bawang putih...

Patut rasa nya lain dan sedap dari kebiasaan akak masak !

Dah tu tabur pula dengan potongan daun bawang, bila tergigit daun ini semasa makan ketam, aduhai sedikit kelainan rasa.

Jomm cuba ...


Bahan A (diperap 10 minit)
4 ekor ketam (dibelah 2)
Sedikit garam
Sedikit kunyit

Bahan B (ditumbuk)
6 ulas Bawang Putih
2 ulas Bawang Merah 
1 inci Halia

Bahan C 
Minyak untuk menggoreng
2 batang serai (diketuk)
1 1/2 camca besar Cili Kering kisar

Bahan D
3 camca besar Cili Sos 'Life'
2 biji Tomato Segar (dibelah 2 atau 4 mengikut size) 
Sedikit air (sikit saja supaya ia sedikit lembab)
Sedikit garam

Bahan E
Daun bawang (dikerat 1 inci panjang)
1 biji Limau Nipis

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ketam dibersihkan dan dibelah 2. Kemudian nya digaul dengan bahan A dan diperap 10 minit.
2. Panaskan minya dalam kuali dan goreng ketam sehingga separuh masak. Pastikan kuali ditutup semasa menggoreng supaya isi didalam cepat masak dan tidak menjadi kering. Angkat dan ketepikan.

3. Menggunakan minyak yang sama tumis bahan B sehingga harum.
4. Masukkan bahan C dan masak sehingga cili sedikit garing.
5. Masukkan bahan D dan biar sehingga kuah sedikit mendidih.
6. Masukkan ketam, ratakan dan tutup tudung kuali supaya kuah meresap kedalam isi ketam agak-agak dalam 5 minit sahaja.
7. Angkat dan tabur dengan bahan E sebelum dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. saya suka makan ketam tapi part nak kopek tu yg tak suka..hehe

    ReplyDelete
  2. Memang sedap, nak2 kalau ketam yang ada telur di dalamnya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.