Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ..
Lauk tengahari ini sangat simple
Goreng Ikan Keli dan Sambal Pedas Manis Thai yang amat menyelerakan !
Ikan keli ini saya tak campurkan sekali dengan sambal nya kerana lebih enak semasa makan nanti kita colek kan sambal ini dengan ikan,
Atau boleh juga sambal ini digaul-gaul dengan nasi sebelum dimakan dengan ikan keli goreng.
Walla....
Emmm.
Esok pagi rasa-rasa nak kena kepasar besar BM.
Nak beli bekalan ikan untuk kucing-kucing kesayangan saya.
Dalam peti sejuk masih berbaki 2 bungkus lagi tuuu..
Jadi hari ini terpaksa habiskan ikan yang tersimpan dalam peti sejuk beku
Masih ada daging
Mungkin esok kita masak daging pulak
Hari-hari makan daging.. boleh migrain kepala ni
3 hari lepas saya migrain teruk dari pagi sampai kepetang
Mungkin tekanan darah naik !
Masalah nya ....
Saya ni malas nak makan ubat.
Alternative...
Saya rendam 3 keping asam gelugor (kalau saiz kecil tu boleh guna 4 keping) dalam air panas mendidih selama 1++ jam dan minum air nya.
Alhamdulillah 2 jam selepas itu sakit kepala berkurangan dan sembuh saperti biasa
Arwah emak dulu kalau terasa sakit belakang leher, orang utara kata 'belakang tengkok', emak akan minum air asam gelugor. Kebiasaan nya sakit ini menandakan tekanan darah naik dari biasa.
Bahan A
Minyak untuk menumis (Saya guna baki minyak goreng ikan keli)
Bahan B (Di blend kasar)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
18 biji cili padi merah
Bahan C
Kicap Lemak Manis (Saya Guna Kicap Manis ABC)
1 biji Limau Kasturi (ambil Jus)
1/2 kiub Tomyam 'KNOR'
1 sudu teh gula putih
sedikit kunyit
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali (minyak lebihkan sedikit kerana kita akan masak/menggoreng sambal ini sehingga pekat).
2. Masukkan bahan blend B dan C dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat dan terbit minyak yang bergeledangan dalam kuali.
Lagi lama kita 'goreng' sambal ini dalam kuali lagi sedap sambal kita .
* Selamat Menjamu Selera ...